Petugas haji: Kena ada 'World Class Mentality' Ole...
Khamis 21 September 2017 / 29 Zulhijjah 1438

From

Utusan Online Lapor Langsung Di Lokasi 2015

  • Petugas haji: Kena ada 'World Class Mentality'
    Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

    PETALING JAYA 12 Ogos - Para petugas haji hari ini diminta mempunyai mentaliti dunia kelas pertama dalam menjalankan tugas di tanah suci pada musim haji 2015.

    Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, ini untuk memastikan perkhidmatan TH di tanah suci kekal terbaik, yang kini turut diiktiraf oleh kerajaan Arab Suadi.

    "Kita disanjung oleh kerajaan Arab Saudi kerana perkhidmatan kepada jemaah haji adalah yang terbaik dan mereka turut meminta negara-negara Islam lain agar mencontohi apa yang kita lakukan.

    "Pengiktirafan yang kita terima inilah yang kita kena kekalkan agar jemaah haji kita selesa untuk melakukan ibadah mereka," katanya di sini pagi ini.

    Beliau berkata demikian di hadapan para petugas akhir kumpulan ketiga TH bagi musim haji 2015 yang akan berlepas ke tanah suci dari TH Hotel, Kompleks Haji Kelana Jaya di sini.

    Syed Saleh yang juga ketua rombongan musim haji 2015 turut menegaskan, para petugas juga diminta menjaga tingkah laku dan disiplin ketika berada di tanah suci bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

    "Kita sudah menambah baik peraturan yang perlu diikuti petugas dan kami berharap agar semua petugas dapat mengikuti peraturan dan operasi standard yang telah TH tetapkan.

    "Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan termasuk menghantar pulang petugas yang melanggar disiplin walaupun belum waktu wukuf kalau terbukti mereka telah melakukan kesalahan," tegasnya. - UTUSAN ONLINE

    by MOHD. HAZLI HASSAN edited by MOHD. HAZLI HASSAN 8/12/2015 5:46:02 AM
View the full stream
Powered by ScribbleLive Content Marketing Software Platform