Laporan Dunia Artis/Selebriti 2016 @ Utusan Live
Laporan semasa dan secara langsung perkembangan terkini dunia selebriti dan artis tanah air mahupun antarabangsa.
3rd & 7 37yd
3rd & 7 37yd
B
S
O
close
close

-





-
Melangkah setapak dengan menjalin rangkaian pengedaran di 200 outlet seluruh negara, Arteffects turut melebarkan rangkaian kerjasama dengan syarikat rakaman luar termasuk di Dubai, London dan Indonesia seperti bersama ETM International, Andante Records, The Lights Records, Sigma Manajemen, Tombo Ati dan Positif Art Music.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Alhamdulillah selesai majlis Sidang Media dan pelancaran 10 tahun Arteffects International.
Terima kasih kepada... fb.me/4X0ziggFKby hafizhamidun via twitter 2/18/2016 10:24:26 AM -
Arteffects International empayar Hafiz Hamidun
Oleh HASNURUL MOHAMED
KUALA LUMPUR 18 Feb. - Dalam usia 31 tahun Hafiz Hamidun bekerja keras untuk membina empayar perniagaan berasaskan muzik.
Bermula semenjak di bangku institusi pengajian tinggi, Hafiz selaku Pengarah Urusan, membuka Arteffects Production pada tahun 2006.
Sepuluh tahun berlalu, hari ini di bawah produksi tersebut, Hafiz menengembangkan langkahnya dengan melahirkan Mikraj Concept, Suflyka, Yellowpacks dan CDNasyid.
Pada majlis meraikan media massa yang dikatakan banyak membantu memperkenal Hafiz Hamidun sehingga menjadi satu branding, pemuda yang bakal mengikat tali pertunangan pada tahun ini itu mengambil kesempatan bercerita tentang usaha gigihnya membina syarikat produksi berkenaan.
"Di bawah Suflyka misalnya, saya memperkenal jenama minyak wangi, produk kesihatan dan kecantikan serta kosmetik.
"Manakala Yellowpack ialah sebuah pertubuhan kebajikan yang saya ilhamkan ketika sama-sama terlibat menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan beberapa tahun lalu," katanya.
Namun apa yang lebih menggembirakan hati anak muda ini ialah beliau melahirkan buku pertamanya bertajuk Cerita Hati Hafiz Hamidun, terbitan Nubook Press.
Katanya, cetakan pertama 10,000 naskah menandakan sambutan hangat dalam kalangan peminat dan pengikut Hafiz Hamidun di laman sosial Facebook dan Instagramnya.
Pada majlis yang sama, Hafiz turut menguar-uarkan kerjasama beliau dengan Skop Productions dalam menerbitkan lagu runut bunyi bagi filem terbaharu arahan Syamsul Yusof, Munafik.
Lagu runut bunyi itu kolaborasi di antara penyanyi, Mawi dengan Syamsul sendiri yang menunjukkan bakatnya sebagai rapper. - UTUSAN ONLINE -
-
Selamat petang para pelayar Utusan Online.
Saya HASNURUL MOHAMED sekarang ini berada di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kuala Lumpur bagi membawakan liputan secara langsung majlis sidang akhbar persembahan Tribute To Living Legend - Tan Sri SM Salim. -
-
-