Laporan Dunia Artis/Selebriti 2016 @ Utusan Live
Sabtu 15 Disember 2018 / 7 Rabiul Akhir 1440

Laporan Dunia Artis/Selebriti 2016 @ Utusan Live

Laporan semasa dan secara langsung perkembangan terkini dunia selebriti dan artis tanah air mahupun antarabangsa.

    Turut berada di atas kapal ialah Presiden Zombie, Miss K yang didukung wataknya oleh Zulin.
    Mencari penawar yang dikatakan tersembunyi di KLCC, pelayaran hantu-hantu zombie mencetuskan pelbagai karenah dan kisah tersendiri tentang mengapa mereka berwajah hodoh.
    Teater Zombie La La La arahan A. Aris Kadir, terbitan bersama Siti Rohaya Attan dan Erma Fatima ini akan berakhir pementasannya pada 21 Februari ini.
    Watak Witch atau nenek kebayan lakonan Amy Mastura agak mencuit hati. Walaupun pratonton tadi hanya sebahagian daripada keseluruhan pementasan namun ia dijangka boleh menggamit penggemar karya Siti Rohaya ke Istana Budaya.
    Sekian sahaja laporan pratonton teater Zombie La La La daripada saya HASNURUL MOHAMED. Terima kasih dan jumpa lagi.
    Zombie La La La sajian ringan penggemar teater
    Oleh HASNURUL MOHAMED

    KUALA LUMPUR 12 Feb. - Jarang benar lapan pelakon berada di atas pentas teater sepanjang persembahan berlangsung.

    Namun itu yang dipaparkan dalam teater bercorak komedi, Zombie La La La arahan A. Aris Kadir yang akan membuat panggung tayangan mulai esok sehingga 21 Februari ini.

    Membariskan pelakon dan penyanyi Amy Mastura, turut beraksi di atas pentas Istana Budaya menerusi teater tersebut ialah Amar Baharin, Siti Saleha, Zulin Aziz, Janna Nick dan Hafreez Adam.

    Selain itu, Pak Yong tanah air, Rosnan Rahman dan Mei Fen juga menjayakan teater terbitan bersama CTRA Production, Rumah Karya Citra Sdn. Bhd., Persatuan Teater Malaysia (PTM) dan Persatuan Generasi Seni Malaysia (GenSem).

    Usai majlis pratonton yang diadakan di Panggung Sari di Istana Budaya di sini semalam, pemilik CTRA Production merangkap penulis skrip Siti Rohayah Attan berkata, teater itu sebenarnya membawa mesej tertentu selain sajian hiburan ringan kepada penggemar teater tempatan.

    Beliau berkata, teater tersebut tidak menampilkan unsur-unsur negatif walaupun istilah zombie yang merujuk kepada hantu, diguna pakai sebagai judul pementasan.

    "Sebenarnya kita mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi menarik sempena kempen pelancongan "Dekat Je".

    "Saya percaya penonton yang membeli tiket untuk menyaksikan teater ini, merasa terhibur," katanya pada majlis sidang akhbar.

    Walaupun mengakui terdapat beberapa kelemahan pada jalan cerita dan lontaran lakonan, Siti Rohayah percaya, Zombie La La La tidak akan mengecewakan. - UTUSAN ONLINE
    by HASNURUL MOHAMED edited by UTUSAN ONLINE 2/12/2016 9:54:01 AM
    Kopratasa ada album baharu! Jom pagi ini ke Institut Integriti Malaysia untuk menyaksikan Dialog & Pelancaran... fb.me/3j4Vt5ev5

    Kopratasa - Mathnawi Rumi - Mawar

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Buat julung kali, para peminat karya-karya penyair agung dan tokoh sufi Islam, Jalaluddin Rumi tempatan bakal dapat menikmati hasil tulisan beliau yang berusia lebih 800 tahun dalam bahasa Melayu.

    Peluang ini menjadi kenyataan dengan pelancaran set buku terjemahan koleksi Mathnawi Rumi dan album dengan judul yang sama oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi pada hari ini, Selasa, 16 Februari 2016.

    Laporan langsung majlis pelancaran yang berlangsung di Institut Integriti Malaysia ini dibawakan kepada anda oleh Anuar Mansor.

    Album yang memuatkan lima lagu puisi yang didendangkan oleh kumpulan Kopratasa ini merupakan terbitan bersama Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Luncai Emas.

    Serentak dengan pelancaran ini, turut didakan satu majlis dialog membincangkan karya Jalauddin Rumi.

    Panelis yang terlibat dalam dialog yang dikendalikan oleh Syed Mohd. Zakir Syed Othman ini ialah (dari kiri) Pengarah Kanan Pusat Ilmu dan Runding Cara Integriti Institit Integriti Malaysia (IIM), Mohd. Nizam Mohd. Ali; Datuk M. Nasir dan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Suzana Suhailawaty Md. Sidek.

    KUALA LUMPUR 16 Feb. 2016 - Temu bual bersama Datuk M. Nasir mengenai penerbitan album Mathnawi Rumi oleh syarikat beliau, Luncai Emas selepas beliau menghadiri sesi dialog buku terjemahan tajuk yang sama di Inatitut Terjemahan dan Buku Malaysia di sini hari ini.

    by ANUAR MANSOR edited by UTUSAN ONLINE 2/16/2016 3:25:45 AM

    Majlis pelancaran kini bermula dengan ketibaan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

    Selesai bacaan doa, majlis telah menjemput Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Dr. Anis Yusal Yusoff.

    Secara rumusannya, ucapan Anis menekankan kepentingan karya sastera berasaskan ketuhanan seperti tulisan Jalaluddin Rumi kerana boleh membantu masyarakat untuk berintegriti tinggi.

    by ANUAR MANSOR edited by UTUSAN ONLINE 2/16/2016 3:41:48 AM

    Majlis diteruskan dengan ucapanm oleh Pengarah Urusan ITBM, Mohd. Khair Ngadiron.

    Khair dalam ucapan beliau berkata, penterjemahan yang dilakukan terhadap karya Rumi adalah usaha untuk menggalakkan penyelidikan dan Mathnawi dan karya- karya lain bagi memperkayakan sastera Melayu dan menyatukan rohani dan intelektual orang Melayu dalam arus perdana umat Islam.

    Majlis seterusnya menjemput Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.untuk menyampaikan ucapan perasmian dan melengkap pelancaran ini.

    Asyraf dalam masa menyarahkan agar usaha-usaha dipertingkatkan bagi mempromosikan karya-karya sastera hebat seperti yang dihasilkan oleh Rumi dan Hamzah Fansuri. Beliau dalam masa sama bercadang untuk meminta agensi-agensi di bawah portfolionya untuk menggunakan buku-buku seperti Mathnawi Rumi sebagai hadiah sagu hati.

    SIARAN MEDIA
    16 Februari 2016

    PELANCARAN ALBUM MATHNAWI RUMI NYANYIAN KOPRATASA
    Karya Penyair Agung Dan Tokoh Sufi Islam Jalalludin Rumi Yang Dilagukan

    KUALA LUMPUR, 16 Feb 2016 – Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dengan kerjasama Luncai Emas Sdn Bhd melancarkan sebuah album yang julung kali diterbitkan sebagai pengisian baru ke pasaran umum untuk lagu-lagu puisi bermutu tinggi .

    KOPRATASA MATHNAWI RUMI adalah sebuah album yang mengangkat sajak/ puisi penyair agung dan tokoh sufi Islam… Jalalluddin Rumi kepada sebuah genre muzikal yang dimelodikan dan dinyanyikan oleh kumpulan puisi terkenal tanahair, Kopratasa.

    Mengandungi 5 lagu/ puisi Rumi terpilih di dalam album ini:
    Mawar – Seruling 2 – Ujud 2 – Ujud 1 – Seruling 1

    Kopratasa, penyanyi puisi yang popular dengan lagu-lagu seperti ‘Masihkah Kau Ingat’, Permata Untuk Isteriku, Mulia dan banyak lagi kini kembali dengan mengiramakan syair/ puisi agung Jalaludin Rumi dengan sentuhan muzik dan emosi yang cukup mencengkam rasa yang diilhamkan mereka melalui 5 sajak/ puisi terpilih Jalalludin Rumi ini.

    Album yang diterbitkan sepenuhnya oleh ITBM dengan kerjasama dan diedarkan oleh Luncai Emas ini dan dijual dengan harga RM30.00 akan mula menemui khalayak mulai 16 Februari 2016 melalui peringkat pertama jualan digital di iTunes Store dan akan disusuli nanti selewat hujung Februari ini ke rangkaian kedai-kedai muzik dan buku terpilih,

    Pesanan awal bagi mendapatkan album ini boleh dibuat secara terus kepada :

    Institut Terjemahan & Buku Malaysia ITBM
    +603-4145 1800 I www.itbm.com.my
    Luncai Emas Sdn Bhd
    +603-6156 1357 / 6700 I Lcemas2@gmail.com

    KOPRATASA kini merupakan sebuah kumpulan duo bervokal yang dianggotai oleh Sani Sudin dan Usop.

    Kumpulan yang begitu konsisten dengan puisi/ sajak sejak 25 tahun yang lalu, kini kembali dengan hasil karya (melodi) yang digabungkan dengan puisi-puisi indah penyair agung dunia Jalaludin Rumi.

    Gabungan melodi dan susunan muzik Kopratasa dengan puisi Jalalludin Rumi ini telah membentuk sebuah karya baru dalam bentuk lagu dan sebagai persembahan terbaru kumpulan ini buat tatapan peminat seni.

    Kerjasama kedua-dua penyanyi/ komposer ini yang bernaung di bawah Luncai Emas manakala ITBM pula memiliki hakcipta karya agung Jalalludin Rumi ini di Malaysia membuatkan album istimewa KOPRATASA MATHNAWI RUMI ini dilahirkan serta diedarkan oleh ITBM & Luncai Emas Sdn Bhd secara kerjasama.

    Album Kopratasa Mathnawi Rumi ini disasarkan kepada khalayak seni yang lebih khusus memandangkan album ini bukanlah album lagu-lagu arus perdana semasa. Kekuatan syair yang indah karangan Rumi ini serta getar rasa irama dan suara Kopratasa adalah sandaran kami bagi menjual album ini.

    Siapa sasaran pembeli album?
    Peminat karya2 Jalaludin Rumi
    Peminat Kopratasa
    Peminat sastera / penggemar buku2
    Pelajar university / kolej
    Masyarakat umum

    Luncai Emas berharap para peminat karya-karya Jalalludin Rumi dan kumpulan Kopratasa dapat memberi sokongan terhadap album ini dengan membeli secara atas talian mahupun pesanan terus sebagai koleksi peribadi mahupun untuk menghadiahi orang tersayang .

    Sekian, terima kasih dan selamat mendengar KOPRATASA MATHNAWI RUMI !

    KeonOmar,
    Pengarah Produksi
    LUNCAI EMAS SDN BHD
    www.luncaiemas.com.my

    Bahagian Komunikasi Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
    03-41451840 /1845/1844
    bkom@itbm.com.my

    by ANUAR MANSOR edited by UTUSAN ONLINE 2/16/2016 5:02:30 AM

    KUALA LUMPUR 16 Feb. 2016 - Temu bual bersama kumpulam Kopratasa mengenai penerbitan album Mathnawi Rumi sesi dialog buku terjemahan tajuk yang sama di Inatitut Terjemahan dan Buku Malaysia di sini hari ini. - UTUISAN ONLIBNE/ANUAR MANSOR

    Kopratasa lagukan karya Rumi dalam Mathnawi Rumi
    Oleh NURULANUAR MANSOR
    KUALA LUMPUR 16 Feb. - Buat julung kalinya, para peminat karya puisi ciptaan penyair terkemuka dan tokoh sufi Islam, Jalalludin Rumi akan dapat menikmatinya dalam bentuk lagu.

    Tampil untuk memberikan irama kepada karya-karya agung berusia lebih 800 tahun ialah kumpulan Kopratasa dalam album terbitan dan edaran Luncai Emas.

    Menurut ahli kumpulan itu, Mohd. karya-karya Rumi adalah bertaraf antarabangsa dan dikenali serta dipelajari oleh ramai orang dosluruh dunia.

    "Kopratasa sudah lama mengenali karya-karya Rumi, cuma sebelum ini terjemahannya sahaja yang tiada. Apabila Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) menterjemahnya, kami terus ambil keputusan untuk menghasilkan karya beliau.

    "Kami cuba untuk menjadi (penyanyi) antarabangsa dengan karya-karya Rumi ini," katanya ketika ditemu bual Utusan Online selepas majlis pelancaran album bertajuk Mathnawi Rumi di ITBM di sini hari ini.

    Album beharga RM30 itu dilancarkan bersama set buku enam jilid Mathnawi Rumi terjemahan pensyarah Sastera Amerika, Sastera Inggeris dan Sastera Dunia di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Syyid Mohamed Ajmal Abdul Razak Al-Aidrus yang diterbitkan oleh ITBM.

    Hadir menyempurnakan pelancaran berkeanaan ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia, Dr. Anis Yusal Yusoff; Pengarah Urusan ITBM, Mohd. Khair Ngadiron dan Pengarah Urusan Luncai Emas, Datuk M. Nasir. - UTUSAN ONLINE

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Dari majlis pelancaran buku dan album Mathnawi Rumi, Utusan Online beralih ke sidang akhbar pengumuman Pameran dan Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

    Laporan langsung pameran dan konsert yang diadakan dengan kerjasama Bank Rakyat, Agrobank, Istana Budaya dan Yayasan Luhur Nurani ini dibawakan kepada anda oleh Anuar Mansor.

    by ANUAR MANSOR edited by UTUSAN ONLINE 2/16/2016 7:37:38 AM

    Pameran dan konsert ini merupakan sebahagian acara Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-85.

    Menurut Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal, pihaknya menaja acara ini kerana melihat manafaatnya menyedarkan rakyat tentang kepentingan memelihara institusi diraja.

    by ANUAR MANSOR edited by HASNURUL MOHAMED 2/16/2016 7:37:56 AM

    Menurut Penaung Diraja pameran dan konsert, Tengku Kamaruzzaman Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, acara ini telah mendapat perkenan baginda dan dijangka Permaisuri Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom dijangka mencemar duli hadir ke acara berkenaan.

    by ANUAR MANSOR edited by UTUSAN ONLINE 2/16/2016 8:15:16 AM

    Seramai tujuh orang artis akan menjayakan konsert yang menjadi kemuncak kepada acara sambutan ini. Mereka adalah Jamal Abdillah, David Arumugam, Hattan, Leonard Tan, Yusni Hamid, Siti Nurhaliza dan Rossa.

    Tiket-tiket untuk konsert beharga RM50, RM800, RM1,500, RM3,000 dan RM5,000 boleh dibeli dengan menghubungi talian 0145223696, 0173910746 atau 0132009481.

    by ANUAR MANSOR edited by UTUSAN ONLINE 2/16/2016 8:18:25 AM

    KUALA LUMPUR 16 Feb. 2015 - Temu bual dengan penaung Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada, Tengku Datuk Seri Kamaruzzaman Sultan Sir Abu Bakar mengenai penganjuran acara berkenaan pada 27 Februari ini. - UTUSAN ONLINE/ANUAR MANSOR

    Pameran, Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada 24-27 Feb
    Oleh NURULANUAR MANSOR

    KUALA LUMPUR 16 Feb. - Orang ramai yang berminat untuk melihat dengan lebih dekat sejarah Kesultanan Pahang dapat berbuat demikian pada 24 hingga 27 Februari ini di Istana Budaya.

    Pada tarikh berkenaan, satu pameran dan konsert, Raja dan Rakyat Berpisah Tiada akan diadakan sempena sambutan Ulang Tahun Kelahiran Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-85.

    Menurut penaung diraja acara, Tengku Datuk Seri Kamaruzzaman Sultan Sir Abu Bakar, acara berkenaan diharap dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat mengenai kepentingan institusi diraja kepada agama, bangsa dan negara.

    "Usaha ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap sejarah Kesultanan Pahang dan juga negara," kata beliau kepada pemberita selepas majlis pelancaran acara berkenaan di sini hari ini.

    Seramai tujuh orang artis akan menjayakan konsert yang menjadi kemuncak acara sambutan ini. Mereka adalah Jamal Abdillah, David Arumugam, Hattan, Leonard Tan, Yusni Hamid, Yusni Hamid, Siti Nurhaliza dan Rossa.

    Tiket-tiket untuk konsert beharga RM50, RM800, RM1,500, RM3,000 dan RM5,000 boleh dibeli dengan menghubungi talian 0145223696, 0173910746 atau 0132009481. - UTUSAN ONLINE

    by ANUAR MANSOR edited by UTUSAN ONLINE 2/16/2016 9:31:26 AM
    Assalamualaikum dan selamat petang.

    Hari ini diadakan majlis ulang tahun sempena 10 tahun Arteffects International wujud sebagai salah satu pemain dalam industri muzik tempatan. Majlis bersama media ini akan saya HASNURUL MOHAMED laporkan bagi diikuti oleh para pelayar Utusan Online.
    by HASNURUL MOHAMED edited by UTUSAN ONLINE 2/18/2016 6:30:34 AM
    Arteffects International dimiliki penyanyi Hafiz Hamidun. Selain beliau, turut bernaung di bawah label Arteffects ialah Juara Gegar Vaganza musim lepas, Siti Nordiana; kumpulan nasyid Brothers, Suhaimi Saad; The Mikraj; Mahmood Al-Wosabi; Fahmi Asraf; dan ramai lagi.
    by HASNURUL MOHAMED edited by UTUSAN ONLINE 2/18/2016 6:36:26 AM
    Pada petang ini juga Hafiz Hamidun akan membuat beberapa pengumuman tentang perjalanan syarikat serta perkembangan artis-artis Arteffects. Terus ikuti secara langsung laporan saya.
    Sementara menunggu majlis dimulakan saya nyatakan sedikit latar belakang penubuhan Arteffects.
    Ditubuhkan pada tahun 2006 dan diperbadankan pada Mac 2011, Arteffects menerbitkan album penyanyi nasyid dan menjadi pengedar album-album bercorak Islamik.
    by HASNURUL MOHAMED edited by UTUSAN ONLINE 2/18/2016 6:44:11 AM
Powered by ScribbleLive Content Marketing Software Platform