Assalamualaikum semua. Malam ini merupakan malam resepsi pasangan Isz dan Mila Jirin bertempat di The Palace, e City Hotel di Subang Jaya, Selangor.
Majlis pada malam ini, kata pasangan pengantin adalah bagi mengucapkan terima kasih kepada kaum keluarga kedua-dua belah pihak yang menjayakan majlis pernikahan mereka sebelum ini.
Kata Mila, beliau suami turut menyampaikan penghargaan kepada rakan-rakan media yang sudi membuat liputan pada hari pernikahan mereka dua bulan lepas.
Sekian sahaja laporan saya HASNURUL MOHAMED pada malam ini. Terima kasih dan saya sudahi dengan ucapan Selamat Pengantin Baharu Isz dan Mila. Jumpa lagi.
Assalamualaikum dan selamat petang.
Saya HASNURUL MOHAMED kini berada di Avenue K, Jalan Ampang, Kuala Lumpur bagi melaporkan secara langsung pelancaran album terbaharu Projek Pistol berjudul Revolution.
Uniknya pelancaran album Projek Pistol kali ini ialah mereka mengadakan persembahan di empat stesen LRT bermula di LRT Kelana Jaya dan berakhir di stesen LRT Avenue K.
Konsep pelancaran album yang dilakukan oleh Projek Pistol ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana artis Malaysia iaitu mengadakan persembahan secara busking dari satu stesen LRT ke satu stesen LRT yang lain dalam tempoh sehari.
Album Revolution memuatkan 10 buah lagu. Album berkenaan edaran Life Records.
Sementara menunggu ketibaan Projek Pistol kita layan dahulu buskers.
Persembahan oleh #akbuskers menghiburkan.
Dalam tempoh kurang setengah jam Projek Pistol dijangka sampai di LRT Avenue K untuk persembahan sempena pelancaran album Revolution.
Untuk makluman terkini Projek Pistol berada di stesen LRT Masjid Jamek.
Istimewa pada petang ini CD Revolution boleh dibeli pada harga RM25.
Projek Pistol sudah tiba di Avenue K.
Andai Kata Ku Bisa dari Projek Pistol.