Laporan Dunia Artis/Selebriti 2016 @ Utusan Live
Laporan semasa dan secara langsung perkembangan terkini dunia selebriti dan artis tanah air mahupun antarabangsa.
3rd & 7 37yd
3rd & 7 37yd
B
S
O
close
close

-





-
-
-
-
-
-
"Kita tidak menjual tiket tetapi sumbangan daripada mereka yang hadir terutamanya daripada badan-badan korporat amat dialu-alukan.
"Ini adalah sebuah persembahan amal kerana niat kita adalah bagi mengumpul derma untuk tabung dana. Setakat ini, pihak YA1M masih belum menentukan berapakah yang akan diserahkan kepada Tan Sri S.M Salim. Kita tunggu dan lihat," jelasnya. -
Tambah beliau, kapasiti auditorium hanya mampu menampung antara 600 hingga 700 orang penonton.
Jadi, kata Dave yang akan menyertai artis-artis lain pada malam 12 Mac nanti, tiket untuk menyaksikan konsert boleh diperoleh menerusi secara dalam talian dengan melayari laman web YA1M. -
-
-
-
-
Maka itulah, selain daripada Datuk Yusni Hamid, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Datuk Andre Goh, Noraniza Idris, Zur Eda dan Datuk A. Rahman Hassan, penyanyi angkatan muda seperti Ezad Lazim, Bob Yusof dan Datin Alyah ujar Nasir, dipercayai mampu menyampaikan lagu-lagu S.M Salim dengan baik.
-
-
-
-
-
18 artis jayakan Konsert tribute Tan Sri S.M Salim
OLEH HASNURUL MOHAMED
KUALA LUMPUR 22 Feb. - Menghargai dan mengiktiraf jasa seseorang seniman atau anak seni selalunya dilakukan selepas insan itu tiada lagi di dunia ini.
Namun kali ini, Persatuan Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) merasa terpanggil untuk menganjurkan sebuah konsert tribute kepada insan seni, Seniman Tan Sri S.M Salim yang walaupun keadaan kesihatannya tidak begitu baik tetapi beliau masih hidup lagi.
Pada 12 Mac ini, seramai 18 orang penyanyi dan bertaraf penghibur seperti Datuk Yusni Hamid, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Datuk Andre Goh (sekadar menyebut beberapa nama) akan tampil menyanyikan lagu-lagu yang dipopularkan oleh S.M. Salim.
Selaku Pengerusi YA1M, Datuk DJ Dave berkata, selain daripada menghargai jasa-jasa S.M Salim sebagai penyanyi selama lima dekad, konsert tersebut juga bertujuan mengumpul derma untuk mengisi tabung persatuan.
"Hasil daripada kutipan derma, kita akan bahagikan kepada Tan Sri S.M Salim selain daripada menyalurkan bantuan kewangan kepada artis-artis yang memerlukan," katanya pada majlis sidang akhbar.
Konsert yang bakal diadakan di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut pada malam 12 Mac itu nanti, kata Dave, tidak berdasarkan kepada penjualan tiket.
Bagaimanapun, orang ramai khususnya daripada sektor korporat, boleh mendapatkan tiket-tiket untuk menyaksikan 18 artis beraksi untuk konsert tribute itu menerusi permohonan dalam talian dengan kelayari laman sesawang YA1M.
Katanya lagi, perolehan tiket dan tempat duduk di auditorium yang mampu menampung kapasiti antara 600 hingga 700 penonton adalah berdasarkan 'siapa cepat, dia dapat'.
"Kita kutip derma. Bukan jual tiket. Jadi, mereka yang hadir pada malam itu, boleh salurkan derma dan sumbangan kepada YA1M," ujarnya.
Sementara itu, konsert tribute tersebut bakal diiringi kira-kira 60 pemuzik daripada Orkestra DBKL di bawah pimpinan Mohd. Azan Mohd. Fadzil menakala Datuk M.Nasir pula selaku Pengerusi Jawatankuasa Konsert merangkap penerbit Konsert Tribute To Living Legend - Tan Sri S.M Salim. - UTUSAN ONLINE -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kumpulan Pitahati 'jual' muzik
OLEH HASNURUL MOHAMED
PETALING JAYA 22 Feb. - Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Pitahati tampil dengan karya berjudul Selamat Datang Ke Panggung Suara.
Artis berkumpulan yang dianggotai Ilham (vokalis), Yasin (dram), Masrin (bass), Zahar dan Hidayat (gitar) melahirkan album mereka itu dengan keunikan dan kelainan.
Tidak seperti kelaziman artis-artis yang membuat rakaman dalam studio, album Selamat Datang Ke Panggung Suara itu dirakamkan secara "outdoor".
Memberi penjelasan mengapa mereka membuat rakaman tidak mengikut cara konvensional, dalam sidang akhbar selepas majlis pradengar album tersebut, Ilham berkata, "idea lahir rentetan daripada filem Dari Langit, arahan Nik Amir Mustapha, di mana muzik latarnya dihasilkan dariapda bunyi-bunyian.
"Apa yang dihasilkan itu adalah ekspresi kami, Pitahati. Ia adalah muzik dan kami menjual muzik."
Album Selamat Datang Ke Panggung Suara di bawah label Luncai Emas itu turut dizahirkan menerusi piring hitam yang tidak lagi dilakukan oleh penyanyi hari ini.
Kata Ilham, piring hitam yang dicetak adalah terhad dan sekeping dijual pada harga RM130.
Sementara itu, rasionalnya album terbaharu itu diadakan dalam bentuk piring hitam, jelas Masrin, adalah bagi memberi kepuasan kepada pendengar.
Setakat ini, cetakan piring hitam album Selamat Datang Ke Panggung Suara ialah sebanyak 500 unit dan pembeli awal, boleh membelinya pada harga potongan. - UTUSAN ONLINE -
-
-
Berkongsi label yang sama dengan artis-artis lain, majlis pada petang ini juga merupakan platform bagi Janna untuk mengukur sejauh mana beliau mampu meredah cabang seni suara kerana pelbagai persepsi positif dan skeptikal akan diterimanya kelak.
Bagaimanapun jika bakat nyanyian ada dalam diri gadis kelahiran Sungai Petani, Kedah maka beliau tidak perlu gusar untuk memahat namanya sebaris dengan penyanyi wanita tanah air. -
-
-
-
-
-
-
-
-
-