Warna-warna Kehidupan 2016 @ Utusan Live
Melaporkan secara langsung aktiviti dan program yang mewarnai kehidupan masyarakat di Malaysia
-
Ikuti laporan langsung Utusan Online yang lalu mengenai aktiviti dan program yang mewarnai kehidupan masyarakat di Malaysia di:
Laporan 2014 >> live.utusan.com.my
Laporan 2015 >> live.utusan.com.my
3rd & 7 37yd
3rd & 7 37yd
B
S
O
close
close

-





-
Assalamualaikum. Saya HASNURUL MOHAMED sekarang berada di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur bagi membawakan laporan secara langsung usaha sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang akan menghulurkan bantuan makanan kepada golongan gelandangan di sekitar Kompleks Kota Raya, Jalan Silang dan Jalan Pudu berdekatan hentian bas Puduraya malam ini.
-
Kumpulan NGO yang menamakan pertubuhan mereka sebagai Pertubuhan Sahabat Alam Maya (SAM) yang ditubuhkan kira-kira setahun yang lalu melakukan aktiviti kemasyarakatan mereka hari ini dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid yang menyediakan platform kemudahan memasak dan sokongan daripada syarikat korporat dari Sungai Petani, Kedah.
-
Untuk makluman semua pelayar Utusan Online yang sedang mengikuti laporan secara langsung ini, semua aktiviti memasak menu nasi ayam untuk diagih-agihkan malam ini sudah selesai. Kerja-kerja membungkus makanan untuk diedarkan kepada golongan gelandangan juga sudahpun dilakukan. Sekarang kita sama-sama menunggu NGO SAM mengumpul beg berisu makanan dan minuman sebelum bergerak menuju ke destinasi.
-
-
Sebentar tadi saya menemu bual Presiden SAM, Rushdi Abdul Majid dan dua lagi individu untuk rakaman juruvideo yang bertugas bersama-sama dengan saya malam ini, MOHD. FIKRI. Rakamannya akan dapat disaksikan esok dalam Kapsul Berita TV Utusan.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dalam pada itu, syarikat koporat dari Sungai Petani, Kedah , Pengkalan Iman Sdn. Bhd.memaklumkan bahawa mereka turut menaja belanja bahan-bahan mentah selain daripada tajaan penginapan ahli-ahli sukarelawan yang terlibat dalam akvitivi memasak dan pengagihan makanan kepada golongan gelandangan.
-
-
-
-
-
Selesai tinjauan di dapur dan 'orang dapur' yang sibuk dengan pembungkusan, saya difahamkan pada pukul 11.30 malam nanti, kesemua yang terlibat dalam kerja-kerja pengagihan diminta berkumpul di hadapan rangkaian makanan segera di Jalan Silang berdekatan dengan Bangunan Cahaya Suria, Kuala Lumpur.
-
-
-
-
-
-
-
Taklimat ringkas disampaikan oleh wakil daripada NGO Kindness Malaysia yang jauh berpengalaman dalam melakukan akiviti pemberian bantuan kemanusiaan kepada golongan gelandangan.
Antara syarat yang perlu diberikan perhatian oleh para sukarelawan SAM ialah tidak dibenarkan berselfie dengan gelandangan, tidak boleh bertanyakan soalan berbentuk provokasi kerana tujuan para sukarelawan ialah menghulurkan bantuan makanan dan bukannya untuk ditemubual. -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Program Rantaian Kasih prihatin golongan gelandangan
Oleh HASNURUL MOHAMED
KUALA LUMPUR 10 Jan. - Nasib golongan gelandangan di ibu kota Kuala Lumpur tidak dipinggirkan kerana sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Sahabat Alam Maya (SAM) membuka tirai aktiviti tahun baharu mereka dengan mengunjungi golongan ini bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan.
Presiden SAM, Rushdi Abdul Majid berkata, kira-kira 241 beg berisi makanan dan minuman diedarkan kepada golongan gelandangan di sekitar Jalan Tun Perak, Jalan Silang dan Jalan Pudu.
Beliau berkata, aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan SAM turut mendapat sokongan daripada syarikat korporat, Pengkalan Iman Sdn. Bhd., dari Sungai Petani, Kedah.
"Kerjasama tiga entiti iaitu SAM, Pengkalan Iman dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Kampung Baru membuatkan kami amat berterima kasih kerana tanggungjawab sosial yang kami usahakan menjadi lebih mudah daripada yang kami jangkakan," katanya.
Beliau berkata, aktiviti memasak makanan untuk diagih-agihkan kepada golongan gelandangan dilakukan di dapur Masjid Kampung Baru.
"Sementara bahan mentah pula ditaja oleh Pengkalan Iman Sdn. Bhd., termasuk penajaan dari tempat penginapan ahli-ahli sukarelawan SAM," ujarnya.
Beliau menambah, golongan gelandangan yang wujud boleh menimbulkan masalah sosial sekiranya nasib mereka tidak diberikan perhatian sewajarnya. - UTUSAN ONLINE -
-
-
-
-