Utusan Online Lapor Di Lokasi 2016 @ Utusan Live
Sabtu 15 Disember 2018 / 7 Rabiul Akhir 1440

Utusan Online Lapor Di Lokasi 2016 @ Utusan Live

Utusan Live: Utusan Online melaporkan secara langsung (live) di lokasi acara dan program semasa

    Pas-Ikatan bentuk blok baharu pembangkang
    oleh ANUAR MANSOR

    KUALA LUMPUR 16 Mac - Selepas setahun bergerak tanpa regu politik, Parti Islam Malaysia (Pas) hari ini mengumumkan penubuhan satu blok pakatan baharu dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

    Pengumuman blok baharu itu dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang akhbar selepas pertemuan dengan pimpinan tertinggi Ikatan yag diketuai Presidennya, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

    Utusan Online melaporkan, perjanjian kerjasama untuk membina persefahaman politik lebih tersusun daripada pakatan sebelumnya itu turut ditandatangani dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengah hari tadi. - UTUSAN ONLINE

    by ANUAR MANSOR edited by UTUSAN ONLINE 3/16/2016 8:06:19 AM

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Pada hari ini, Khamis, 17 Mac 2016, sekitar pukul 11.30 pagi bertempat di Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur akan berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP) yang akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran, Datuk Ahmad Tajuddin Jab dan Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN), Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

    Anda bersama saya, Anuar Mansor yang akan membawakan laporan langsung perjalanan majljs ini.

    by ANUAR MANSOR edited by UTUSAN ONLINE 3/17/2016 3:34:53 AM

    Majlis kini dimulakan dengan ketibaan Ahmad Tajuddin diiringi para pegawai kanan BSN.

    Semua penerima hadiah SGSP telah diarak masuk sejurus selepas nyanyian lagu Negaraku.

    Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi BSN.

    Dalam ucapan yang disampaikan mengatakan, SGSP merupakan salah satu usaha BSN untuk menggalakkan tabiat menabung dalam kalangan pelajar.

    Sehingga tahun 2015, lebih 961,000 pelajar dan lebih 7,300 buah sekolah telah menyertai SGSP dengan jumlah simpanan melebihi RM581 juta.

    by ANUAR MANSOR edited by UTUSAN ONLINE 3/17/2016 3:47:37 AM

    Selesai ucapan Ahmad Tajuddin, majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi kategori-kategori yang telah ditetapkan.

    Berikut adalah senarai para pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam SGSP dan hadiah yang diterima -

    INDIVIDU

    Sekolah Rendah Bandar
    Pertama - Pelajar SK Infant Jesus, Sushmet Kaur Terlok Singh (RM2,000)
    Kedua - Pelajar SJK (C) Kepong 1, Lim Jie En (RM650)
    Keiga - Pelajar SK Iskandar Perdana, Perak, Nur Fareny Khairy (RM500)

    Sekolah Rendah Luar Bandar
    Pertama - Pelajar SJKT (T) Jalan Paya Besar, Kedah, Sharshana Varman Uthama Seelan (RM2,000)
    Kedua - Pelajar SK Sri Jaya, Benut, Johor, Siti Safwabi Nusrah Shamsul Bahri (RM650)
    Ketiga - Pelajar SJK (C) Kg Baru Gedok, Gemencheh, Negeri Sembilan, Gan Chern Pei (RM500)


    Sekolah Menengah Bandar
    Pertama - Pelajar SJK Infant Jesus Convent (M), Johor Bahru, Rashmeet Kaur (RM2,500)
    Kedua - Pelajar SMK Dato Jaafar, Johor Bahru, Harvind Singh Terlok Singh (RM900)
    Ketiga - Pelajar SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru, Johor, Mohd. Fairuz Azwan Hashim (RM700)

    Sekolah Menengah Luar Bandar
    Pertama - Pelajar SMK Gemas Negeri Sembilan, Ahmad Aliff Iqmal Rosli (RM2,000)
    Kedua - Pelajar SMK Dengkil, Selangor, Siti Asniza Mohd Kusni (RM900)
    Ketiga - Pelajar SMK Permatang Rawa, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Sharanya Maniam (RM700)

    >SEKOLAH

    Sekolah Rendah Kurang 500 Murid
    Pertama - SK Pendidikan Khas Johor Bahru, Skudai, Johor (RM4,500)
    Kedua - SKPK Princess Elizabeth, Johor Bahru, Johor (RM2,000)
    Ketiga - SK Pendidikan Khas Ipoh, Perak (RM1,000)

    Sekolah Rendah Kurang 500 Murid
    Pertama - SK (P) Methodist Jalan Gambut, Kuantan, Pahang (RM5,500)
    Kedua - SJKC True Light, Pulau Pinang (RM2,500)
    Ketiga - SK Sultan Hishammuddin Alam Shah, Kuala Lumpur (RM2,000)

    Sekolah Menengah Kurang 800 Murid
    Pertama - SMK Pendidikan Khas Persekutuan (P), Pulau Pinang (RM6,500)
    Kedua - SM Pendidikan Khas Vokasional Kuantan, Pahang (RM3,000)
    Ketiga - SMK Pendidikan Khas Setapak (B), Kuala Lumpur (RM2,500)

    Sekolah Menengah Lebih 800 Murid
    Pertama - Pelajar
    Kedua - Pelajar
    Ketiga - Pelajar

    Agugerah SGSP Terbaik Kategori Sekolah

    Peningkatan Deposit Terbaik

    Sekolah Rendah Kurang 500 Murid
    SK Simpang Pulai, Perak (RM5,500)

    Sekolah Rendah Lebih 500 Murid
    SK Bandar Rinching, Selangor(RM6,500)

    Sekolah Menengah Kurang 800 Murid
    SMK Tun Sulaiman Niman Shah, Johor (RM7,000)

    Sekolah Menengah Lebih 800 Murid
    SMK Batu Unjur, Selangor (RM8,000)

    Peningkatan Penyertaan Terbaik

    Sekolah Rendah Kurang 500 Murid
    SK Kemahang 1, Kelantan (RM5,500)

    Sekolah Rendah Kurang 500 Murid
    SK Bandar Rinching, Selangor(RM6,500)

    Sekolah Menengah Kurang 800 Murid
    MRSM Johor Bahru, Johor (RM7,000)

    Sekolah Menengah Lebih 800 Murid
    SMK Batu Unjur, Selangor (RM8,000)

    >Anugerah Tabungan Berhemah

    Sekolah Rendah Kurang 500 Murid
    SK Simpang Pulai, Perak (RM7,000)

    Sekolah Rendah Kurang 500 Murid
    SK Bandar Rinching, Selangor(RM9,000)

    Sekolah Menengah Kurang 800 Murid
    SMK Sungai Pelek, Selangor (RM10,000)

    Sekolah Menengah Lebih 800 Murid
    SMK Batu Unjur, Selangor (RM13,000)

    >Anugerah Khas
    Jabatan Pelajaran Selangor

    by ANUAR MANSOR edited by UTUSAN ONLINE 3/17/2016 5:01:32 AM

    Dua beradik antara pemenang utama SGSP BSN
    Oleh ANUAR MANSOR

    KUALA LUMPUR 17 Mac - Kerajinan menabung sedikit demi sedikit jelas membawa laba kepada dua beradik apabila mereka hari ini terpilih sebagai pemenang utama kategori individu Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) 2015.

    Sushmeet Kaur, 13; Rashmeet Kaur, 16, Harvind Singh, 17 bersama seorang pelajar kurang upaya, Ahmad Aliff Iqmal, 16, terpilih sebagai pemenang utama kategori masing-masing berdasarkan simpanan mereka yang berjumlah hampir RM100,000.

    Utusan Online melaporkan, setiap daripada mereka menerima hadiah berbentuk trofi dan wang tunai dalam satu majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan), Datuk Ahmad Tajuddin Jab di Kuala Lumpur petang tadi.

    Sementara itu, Jabatan Pelajaran Selangor telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas SGSP 2015 dalam majlis yang turut dihadiri oleh Presiden BSN, Tan Sri Abu Bakar Abdullah itu. - UTUSAN ONLINE

    by ANUAR MANSOR edited by UTUSAN ONLINE 3/17/2016 9:36:33 AM

    Kata beliau, berbanding sektor lain, PKS adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan walaupun dalam senario ekonomi yang mencabar ketika ini sektor berkenaan terus mencatatkan prestasi yang amat memberangsangkan.

    Dalam tempoh 2010 hingga 2014, pengeluaran Produk Dalam Negara Kasar (GDP) PKS berkembang pesot pada kadar 8.3 peratus berbanding 5.4 peratus per kembangan ekonomi negara secara keseluruhan.

    Pada 2015, prestasi PKS dijangka pada kadar sekata 5 hingga 6 peratus seiring dengan perkembangan ekonomi negara.

    Walaupun berhadapan dengan cabaran ekonomi semasa, pertumbuhan PKS dijangka akan terus meningkat sehingga tahun 2020 dengan sokongan program-program kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

    PKS dijangka dapat memenuhi sasaran makro untuk menyumbang 41 peratus GDP; 65 peratus pekerjaan; dan 23 peratus eksport menjelang 2020.

    Mohd. Al Amin selanjutnya berkata, untuk terus menangkin pertumbuhan ini, E50 akan terus menjadi pentas untuk mengetengahkan serta mempromosikan kejayaan PKS.

    Untuk anugerah tahun ini, SME Corp turut menjemput penyertaan daripada kalangan usahawan wanita yang mana dewasa ini dilihat semakin bertambah dan menguasai sektor PKS.

    Selesai ucapan beliau, Mohd. Al Amin Abdul Majid diiringi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Hafsah Hashim; Pengurus Bersekutu Deloitte Malaysia, Tan Theng Hooi menyempurnakan m Majlis Pelancaran Anugerah E50 2015 ini.

    Ahli-ahli Jawatankuasa TAC bergambar kenang-kenangan sebelum majlis bermula.

    Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Bersua kembali di Perhimpunan Agung UMNO 2016. Kami di Utusan Online akan membawakan laporan secara langsung dari semasa ke semasa persekitaran dan perkembangan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di mana Perhimpunan Agung UMNO 2016 bermula hari ini sehingga 3 Disember 2016.
    Tahun ini, Utusan Online membawakan segemen Sembang Online yang akan dikendalikan oleh wartawan Utusan Online yang juga bertindak sebagai pengacara. Terus ikuti laporan secara langsung, laporan secara bergambar dan Sembang Online Perhimpunan Agung UMNO 2016 dari PWTC. Terima kasih. 
Powered by ScribbleLive Content Marketing Software Platform