Utusan Online Lapor Di Lokasi 2016 @ Utusan Live
Khamis 8 Disember 2016 / 9 Rabiul Awal 1438

Utusan Online Lapor Di Lokasi 2016 @ Utusan Live Live

Utusan Live: Utusan Online melaporkan secara langsung (live) di lokasi acara dan program semasa

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Pada hari ini, Jumaat, 12 Februari 2016, bertempat di Bangunan Shell di Kuala Lumpur berlangsung Majlis Menandatangani Kerjasama Program Penilaian Jalan Raya Antarabangsa (IRAP) antara Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan Shell.

    Membawakan anda laporan langsung yang akan disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ini adalah wartawan Utusan Online, Anuar Mansor.

    by ANUAR MANSOR edited by UTUSAN ONLINE 2/12/2016 8:31:48 AM
  • Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dr. Zahari Husin menyerahkan keempat-empat Perodua Axia kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

    by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 2/10/2016 7:12:40 AM
  • Op Selamat mengecewakan, kompaun akan dinaikkan
    Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

    KUALA LUMPUR 10 Feb.- Polis Diraja Malaysia, PDRM hari ini memberitahu, pihaknya akan mencadangkan agar kompaun kesalahan jalan raya dinaikkan berbanding jumlah RM300 sekarang.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang kecewa dengan hasil Operasi Selamat (Op Selamat) 8/2016 yang dilakukan sempena Tahun Baharu Cina berkata, jumlah kompaun yang dikenakan kini ternyata tidak memberi kesan kepada pengguna jalan raya.

    "Saya rasa Op Selamat ini tidak menampakkan apa juga penambah baik dari segi bilangan kemalangan khususnya kemalangan maut.

    "Apa yang kami runsingkan ialah sikap. Ia semua berpunca daripada sikap pengguna jalan raya itu sendiri yang masih lagi tidak mahu mematuhi peraturan-peraturan lalu lintas," kata Khalid kecewa.

    Justeru beliau berkata, PDRM akan mencadangan agar jumlah kompaun yang dikenakan sekarang dinaikkan bagi mengajar pengguna jalan raya yang tidak berdisiplin.

    "Kerana RM300 ini nampaknya semua rasa macam kacang sahaja dia nak bayar."Mungkin pertambahan jumlah kompaun boleh menyakitkan "poket" orang, jadi dia mungkin boleh berubah sikap," tegas Khalid.

    Khalid ditemui media selepas majlis penyerahan empat buah kereta Perodua Axia oleh Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd kepada PDRM di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

    Dua daripada kereta tersebut akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur dan masing-masing satu kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfield dan Ibu Pejabat Polis Daerah Taman Tun Dr. Ismail.

    Kereta tersebut akan digunakan bagi tujuan rondaan komuniti - UTUSAN ONLINE

    by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 2/10/2016 3:11:03 AM
  • Dua daripada kenderaan bagi kegunaan rondaan komuniti ini akan diserahkan kepada IPK Kuala Lumpur, satu kepada IPD Brickfield dan IPD Taman Tun Dr. Ismail.

  • Penyerahan pagi ini melibatkan empat buah Perodua Axia kepada PDRM.

  • Assalamualaikum dan selamat pagi.

    Pagi ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hadir pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kereta Perodua Axia oleh Syarikat Perodua kepada PDRM. Saya, KHAIRULANUAR YAHAYA akan melaporkan majlis yang berlangsung di Lobi Menara 1, Bukit Aman, Kuala Lumpur.

    by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 2/10/2016 1:30:47 AM
  • Kumpulan Utusan anjur Utusan Business Awards
    Oleh NURULANUAR MANSOR

    KUALA LUMPUR 4 Feb. - Buat julng kali dalam 77 tahun sejarah penubuhannya, Kumpulan Utusan mewujudkan Utusan Business Awards yang dijadualkan berlangsung pada 1 Mac di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

    Anugerah yang dinaungi dan akan disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tersebut diadakan sebagai pengiktirafan kepada syarikat-syarikat dan para penerajunya yang banyak menyumbang kepada kemajuan negara serta kesejahteraan masyarakat.

    Dalam ucapan pelancaran yang disampaikan di Kuala Lumpur, Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Noordin Abbas berkata, Sebanyak 37 kategori yang dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu Kecemerlangan Industri (25 kategori), Kecemerlangan Kepimpinan (sembilan kategori) dan Pencapaian Sepanjang Hayat (tiga kategori) akan disampaikan dalam majlis anugerah ini.

    "Anugerah ini bertujuan menyokong pertumbuhan komuniti perniagaan agar lebih kukuh dan lebih berjaya dan membolehkan syarikat-syarikat dari semua industri untuk meletakkan penanda aras yang tinggi bagi pencapaian masing-masing.

    "Pada masa sama, penganjuran Utusan Business Awards 2015 ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kumpulan utusan untuk memperkukuhkan penjenamaan kumpulan utusan," kata beliau dalam ucapan perasmian pada majlis pelancaran anugerah berkenaan di sini hari ini.

    Noordin turut memberitahu pemberita selepas pelancaran tersebut, Kumpulan Utusan jug merancang untuk menjadikan Anugerah Perniagaan Utusan sebagai acara tahunan syarikat.

    Turut hadir ke majlis ini ialah Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad; Penolong Ketua Pengarang (1) Kumpulan Utusan; Pengurus Besar di Pejabat Pengarah Urusan Kumpuan Utusan, Azlan Naim Abdullah; Datuk Zaini Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif MyEvents, Datuk Shahul Hameed Dawood dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Utusan, Datuk Dr. Ganesh Arumugam . - UTUSAN ONLINE


  • TEKS UCAPAN YBHG DATUK NOORDIN ABBAS,
    PENGARAH URUSAN KUMPULAN, KUMPULAN UTUSAN
    PADA MAJLIS PELANCARAN UTUSAN BUSINESS AWARDS 2015
    4 FEBRUARI 2016

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

    ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

    YBHG DATUK ABDUL AZIZ ISHAK
    KETUA PENGARANG KUMPULAN, KUMPULAN UTUSAN

    YBHG DATUK OTHMAN MOHAMAD
    TIMBALAN KETUA PENGARANG KUMPULAN, KUMPULAN UTUSAN

    YANG BERUSAHA PUAN WAN NOR ASMAH WAN ISMAIL
    KETUA PEGAWAI KEWANGAN, UTUSAN MELAYU (M) BHD

    YANG BERUSAHA ENCIK SHAHUL HAMEED DAWOOD.
    KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN MYEVENTS SDN BHD

    BARISAN PENGURUSAN KANAN KUMPULAN UTUSAN DAN KETUA-KETUA MEJA

    RAKAN-RAKAN MEDIA SETERUSNYA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN.

    ALHAMDULLILLAH BERSYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH SWT DI ATAS RAHMAT DAN LIMPAH KURNIANYA YANG MENGIZINKAN KITA SEMUA UNTUK BERKUMPUL BERSAMA-SAMA PADA PETANG YANG BERBAHAGIA INI SEMPENA MAJLIS PELANCARAN UTUSAN BUSINESS AWARDS 2015.

    UTUSAN BUSINESS AWARDS 2015 YANG AKAN BERLANGSUNG PADA 1 MAC 2016 DI KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE MERUPAKAN ANUGERAH YANG JULUNG-JULUNG KALI DIADAKAN OLEH SEBUAH SYARIKAT MEDIA MELAYU UNTUK MENGIKTIRAF DAN MENGHARGAI SYARIKAT SERTA INDIVIDU DI DALAM PENCAPAIAN LUAR BIASA DI PELBAGAI SEKTOR SERTA PEMBANGUNAN EKONOMI MALAYSIA.

    ANUGERAH INI JUGA BERTUJUAN MENYOKONG PERTUMBUHAN KOMUNITI PERNIAGAAN AGAR LEBIH KUKUH DAN LEBIH BERJAYA DAN MEMBOLEHKAN SYARIKAT-SYARIKAT DARI SEMUA INDUSTRI UNTUK MELETAKKAN PENANDA ARAS YANG TINGGI BAGI PENCAPAIAN MASING-MASING.

    PADA MASA SAMA, PENGANJURAN UTUSAN BUSINESS AWARDS 2015 INI JUGA MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA USAHA KUMPULAN UTUSAN UNTUK MEMPERKUKUHKAN PENJENAMAAN KUMPULAN UTUSAN.

    UTUSAN BUSINESS AWARDS 2015 MERUPAKAN SATU LAGI KOMITMEN KUMPULAN UTUSAN UNTUK MEMBANTU MEMANDU INOVASI, KECEMERLANGAN SELAIN MEMBAWA PERKEMBANGAN POSITIF UNTUK EKONOMI MALAYSIA DAN GLOBAL.

    UNTUK MAKLUMAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKELIAN, UTUSAN BUSINESS AWARDS 2015 MENAWARKAN 37 ANUGERAH MEWAKILI TIGA KATEGORI UTAMA IAITU ANUGERAH KECEMERLANGAN INDUSTRI, ANUGERAH PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT DAN ANUGERAH KEPIMPINAN CEMERLANG.

    KAMI DI KUMPULAN UTUSAN JUGA MENJUNJUNG KASIH KE ATAS DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN, SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH YANG TELAH BERKENAN MENJADI PENAUNG DIRAJA SERTA BERKENAN MENCEMAR DULI MENGHADIRI MAJLIS INI.

    DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK JUGA BERKENAN UNTUK MENYEMPURNAKAN PENGANUGERAHAN KEPADA PARA PENERIMA PADA HARI BERKENAAN.

    SESUNGGUHNYA PERKENAN BAGINDA MERUPAKAN SATU PENGHORMATAN YANG AMAT BERMAKNA DAN INI MEMBUKTIKAN KEPERCAYAAN BAGINDA KEPADA USAHA KUMPULAN UTUSAN DALAM MEMARTABATKAN PENCAPAIAN INDIVIDU DAN SUMBANGAN MEREKA DALAM KERANGKA INDUSTRI MASING-MASING,

    SEBELUM MENGAKHIRI UCAPAN INI, SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENYAMPAIKAN RASA TERIMA KASIH KUMPULAN UTUSAN KEPADA RAKAN-RAKAN MEDIA YANG HADIR PADA PETANG INI UNTUK MEMBERI MEMBERI SOKONGAN PADA PROGRAM UTUSAN BUSINESS AWARDS 2015.

    TIDAK KETINGGALAN KEPADA PELBAGAI PIHAK YANG TURUT BEKERJASAMA YANG MENJAYAKAN PENGANJURAN INI.

    SEKIAN, WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAHI WABARAKATUH.

  • Majlis kini bermula dengan kehadiran Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Noordin Abbas diiringi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak (tiga dan empat dari kiri). Turut hadir ke majlis ini ialah (dari kiri) Penolong Ketua Pengarang (1) Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif MyEvents, Datuk Shahul Hameed Dawood, (lima dari kiir) Pengurus Besar di Pejabat Pengarah Urusan Kumpuan Utusan, Azlan Naim Abdullah, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Utusan, Datuk Dr. Ganesh Arumugam dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad.

  • Penganjuran anugerah ini, menurut penganjur, diharapkan dapar menggalakkan dan merangsangkan iklim persaingan positif dalam sektor perniagaan tempatan.

  • Sebanyak 37 kategori yang dipecahkan kepada tiga bahagian utama akan disampaikan dalam acara yang dijadualkan berlangsung pada 1 Mac di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini.

    Bahagian-bahagian tersebut adalah Kecemerlangan Industri (25 kategori), Kecemerlangan Kepimpinan (sembilan kategori) dan Pencapaian Sepanjang Hayat (tiga kategori).

  • Untuk makluman, anugerah yang julung kali diadakan ini diwujudkan sebagai satu penghargaan kepada syarikat-syarikat dan para penerajunya yang banyak menyumbang kepada kemajuan negara serta kesejahteraan masyarakat.

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Hari ini, Khamis, 4 Februari 2016, Kumpulan Utusan mengadakan majlis pelancaran Utusan Business Awards 2015 (Anugerah Bisnes Utusan 2015). Ini kali pertama sebuah syarikat media berbahasa Melayu menganjurkan augerah perniagaan sedemikian.

    Ikuti laporan langsung pelancaran anugerah yang dinaungi Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di ibu pejabat Kumpulan Utusan yang dibawakan oleh Anuar Mansor.

  • Aplikasi perbandingan harga per unit boleh bantu KPDNKK
    OLEH Nurulanuar Mansor

    KUALA LUMPUR 2 Feb - Pengetahuan mengenai harga seunit barangan bukan sahaja dapat memperkasa pengguna, tetapi dalam masa panjang dapat membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menanmbah keberkesanan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

    Menurut, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu, dengan pengetahuan berkenaan, pengguna dan KPDNKK akan dapat memastikan tawaran harga yang dibuat oleh penjual dibuat dalam lingkungan yang munasabah.

    Namun, untuk perkara ini dilakukan di Malaysia, ia memerlukan kajian dan pengumpulan data yang terperinci selain kerjasama daripada kedua-dua pihak iaitu penjual dan pengguna.

    Sebagai usaha membantu merealisasikan cadangan ini, phaknya dan
    Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standard Users) telah membina dan melancarkan pada hari ini di Kuala Lumpur aplikasi yang dinamakan SmartShopper bagi terlebih dahulu memperkasa kuasa pengguna.

    "Di Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan Jepun, undang-undang kepenggunaan mewajibkan agar peniaga memaparkan tanda harga seunit yang mewakili berat, isi padu, dan saiz produk selain harga asal barangan yang dijual," kata beliau ketika majlis pelancaran aplikasi berkenaan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

  • Dalam masa sama, Marimuthu turut menyatakan bahawa, maklumat yang terkandung di dalam applikasi ini juga dapat memabntu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperkasa dan menambahbaik Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

    Kata beliau, di Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan Jepun, undang-undang kepenggunaan mewajibkan agar peniaga memaparkan tanda harga seunit yang mewakili berat, isipadu, dan saiz produk selain harga asal barangan yang dijual.

  • Menyentuh perkara sama, Ketua Pegawai Eksekutif Blue Tangent, Soon Chee Kwang memberitahu pihaknya telah bekerjasama ,membangunkan satu applikasi dengan kerjasama Persatuan Pengguna-Pengguna Standard (Standard Users) bagi memudahkan pengguna membuat perbandingan seperti yang digambarkan Marimuthu.

  • Menury Chee Kwang, applikasi yang dinamakan SmartShopper itu dapat membantu pengguna membuat perbandingan harga seunit barangan memaparkan senarai harga barangan yang sama yang dijual di pasar-pasar raya di seluruh negara.

    Dengan senarai itu, para pengguna akan dapat mengetahui harga sebenar yang harus dibayar dan nilainya dalam bentuk berat dan sebagainya.

  • Menurut, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof. Datuk Dr. Marimuthu Nadason (paling kiri), harga seunit merupakan sistem pelabelan di mana pengguna boleh membandingkan harga bagi satu-satu barangan yang hendak dibeli dalam jumlah yang sama.

    Beliau memberi contoh pembelian syampu dalam botol dan pek isian semula yang mana melalui kaedah ini, pengguna dikatakan dapat membuat perbandingan harga yang lebih mudah sebelum membuat keputusan pembelian.

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Kaedah untuk membuat pembelian yang lebih menjimatkan? Adakah ini satu perkara yang mungkin dilakukan?

    Untuk menjawab persoalan ini, saya, Anuar Mansor menghadiri sidang media oleh Persatuan Pengguna ERA Malaysia (ERA Consumer Malaysia) dan Persatuan Pengguna Standard Malaysia (Standard Users) yang mendakwa mereka telah berjaya membangunkan satu aplikasi yang membolehkan pengguna membuat perbandingan harga pada seunit barangan yang hendak dibeli.

  • Kemelut kepimpinan Kedah: UMNO persembah beberapa syor
    Oleh NURULANUAR MANSOR

    KUALA LUMPUR 29 Jan. - UMNO telah mempersembah kepada Jemaah Penasihat Pemangku Sultan Kedah hari ini beberapa cadangan atas nama parti untuk menyelesaikan kemelut politik yang melanda kepimpinan negeri itu.

    Menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, perkara berkenaan telah dimaklumkan kepada Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti yang bermesyuarat petang tadi di Kuala Lumpur.

    Beliau dalam masa sama menafikan berlaku penolakan terhadap cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh UMNO bagi meleraikan kekusutan politik di Kedah.

    Selain itu, Presiden UMNO berkenaan juga menolak desas-desus yang mengatakan tiga nama pengganti telah dipersembahkan kepada pengerusi jemaah penasihat berkenaan seperti yang tersebar dalam media.

    "Pucuk pimpinan UMNO pusat mengambil maklum permasalahan yang diutarakan oleh 14 Ketua Bahagian Negeri Kedah pada 20 Januari lepas dan memberi pertimbangan serius kepada perkara itu," katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat MT tersebut.

    Ditanya pula mengenai isu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir diminta tidak menghadiri mesyuarat MT hari ini, Najib berkata, Mukhriz hanya ahli MT yang dijemput untuk turut hadir.

    Mengulas perkara sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan, jika MT UMNO memutuskan ahli MT yang dilantik tidak perlu hadir, maka ahli MT berkenaan tidak perlu menghadiri mesyuarat MT.

    Penjelasan berkenaan diberikan ekoran makluman yang diberikan oleh Mukhriz kepada pemberita bahawa beliau telah diminta untuk beredar meninggalkan mesyuarat tersebut selepas hampir sejam tiba. - UTUSAN ONLINE

  • Menyentuh perkara sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan, jika MT UMNO memutuskan ahli MT yang dilantik tidak perlu hadir, maka ahli MT berkenaan tidak perlu menghadiri mesyuarat MT.
  • Najib turut menafikan berlaku penolakan terhadap cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh UMNO bagi meleraikan kekusutan politik di Kedah.

    Beliau dalam masa sama menolak desas-desus yang mengatakan tiga nama pengganti telah dipersembahkan kepada pengerusi jemaah penasihat berkenaan seperti yang tersebar dalam media.

    Ditanya pula mengenai isu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir diminta tidak menghadiri mesyuarat MT hari ini, Najib berkata, Mukhriz hanya ahli MT yang dijemput untuk turut hadir.
    by ANUAR MANSOR edited by UTUSAN ONLINE 1/29/2016 12:00:58 PM
  • Mengenai kemelut kepimpinan UMNO Kedah pula, Najib memberitahu pucuk pimpinan parti yelah telah mempersembah kepada Jemaah Penasihat Pemangku Sultan Kedah hari ini beberapa cadangan atas nama parti untuk menyelesaikan kemelut politik yang melanda kepimpinan negeri Jelapang Padi itu.

    Menurut beliau, perkara berkenaan telah dimaklumkan kepada Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti yang bermesyuarat petang tadi di Kuala Lumpur.
  • Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengumumkan penyusunan semula dalam struktur MT.

    Penstrukturan tersebut adalah seperto yang berikut -

    1. Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan dilantik sebagai Ahli MT memegang Biro Teknologi Maklumat (IT).

    2. Tan Sri Annuar Musa dilantik menjadi Ketua Penerangan UMNO.

    3. Datuk Abdul Azeez Abd Rahim dilantik sebagai Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih.

    4. Datuk Shamsul Anuar Nasarah dilantik Pengerusi Biro Kebajikan menggantikan Abdul Azeez.

    5. Satu portfolio baharu, Biro Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diteraju, Datuk Razali Ibrahim turut diumumkan.

    6. Datuk Reezal Merican dilantik sebagai Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara.

    7. Datuk Johari Ghani dilantik Pengerusi Biro Ekonomi menggantikan Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis
Powered by ScribbleLive Content Marketing Software Platform