Utusan Online Lapor Di Lokasi 2016 @ Utusan Live
Jumaat 9 Disember 2016 / 10 Rabiul Awal 1438

Utusan Online Lapor Di Lokasi 2016 @ Utusan Live Live

Utusan Live: Utusan Online melaporkan secara langsung (live) di lokasi acara dan program semasa

  • Turut diputuskan dalam mesyuarat berkenaan tarikh persidangan cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian UMNO masing-masing ditetapkan pada 18 Mac hingga 1 Mei dan 1 Ogos sehingga 15 September.

    Sambutan Ulang Tahun Ke-70 UMNO pula akan ditetapkan kemudian kerana lokasi asal sambutan, Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dapay digunakan kerana sedang dinaik taraf.
  • MT juga membincangkan mengenai pengubahsuaian Bajet 2016 terutamanya dalam hal langkah-langkah untuk memastikan perlaksanaan inisiatif-inisiatif yang disebutkan dalam pembentangannya dapat dilakukan dengan sempurna bagi menambah hasil pendapatan negara.

    Turut dibincangkan ialah langkah-langkah yang perlu diambil bagi membantu rakyat termasuklah pemberian bantuan 20 kg beras sebulan kepada golongan miskin tegar dan MyFarm Outlet, perumahan, latihan dan usaha-usaha berkaitan dilaksanakan dengan cekap serta lancar.
  • Najib memulakan sidang akhbar dengan memberitahu Mesyuarat MT mengambil maklum mengenai perkembangan semasa berkenaan kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara membenarkan penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

    Perbincangan MT tertumpu kepada beberapa perkara selepas perlaksanaan TTPA sekepas dua tahun ratifikasinya yang perlu diberikan perhatian supaya tidak timbul permaslaahan dan kekecewaan termasuk meningaktkan keupayaan syarikat-syatikat malaysia untuk bersaing selepas perlaksanaannya.

  • Mesyuarat MT telah selesai. Najib kini hadir ke dewan sidang akhbar untuk menyampaikan maklumat mengenai mesyuarat kepada media.

  • NST_Online: I was told to leave #Umno Supreme Council meeting: MukhrizMahathir nst.com.my/news/2016/01/1… umnoonline http://pbs.twimg.com/media/CZ392qwWAAAtmun.jpg

  • Mesyuarat MT: Mukhriz beredar sejam selepas tiba
    Oleh NURULANUAR MANSOR

    KUALA LUMPUR 29 Jan. - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini berlangsung tanpa penyertaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

    Mukhriz yang tiba ke Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada kira-kira pukul 3.05 petang untuk meayuarat bulanan tersebut dilihat meninggalkan bangunan tersebut pada pukul 4.10 petang.

    Ketika ditanya para petugas media, beliau hanya mengatakan dirinya diminta meninggalkan mesyuarat kerana hanya ahli-ahli MT yang dijemput sahaja dibenarkan hadir.

    "Hanya mereka (ahli MT) yang dijemput dibenarkan menghadiri mesyuarat," kata beliau kepada petugas media sebelum beredar.

    Mukhriz turut memaklumkan arahan tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

    Perlu dimaklumkan, Pengerusi-pengerusi Perhubungan UMNO Negeri bukanlah secara automatik menjadi ahli MT UMNO. Mereka yang kalah atau tidak dipilih sebagai ahli MT hanya dijemput hadir mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO apabila diperlukan.

    Difahamkan, Mesyuarat MT pada hari ini yang dihadiri semua ahlinya dipercayai akan membincangkan perkembangan politik yang berlaku di Kedah.

    Pada 20 Januari lalu, seramai 14 Ketua Bahagian Negeri dengan diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Hanipah telah mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz.

    Mereka merasakan demikian ekoran dakwaan yang mengatakan Mukhriz gagal membawa masuk pembangunan ke Kedah selain tidak berjaya menggerakkan jentera parti peringkat negeri. - UTUSAN ONLINE

    by ANUAR MANSOR edited by UTUSAN ONLINE 1/29/2016 8:47:11 AM
  • KUALA LUMPUR 29 Jan. 2015 - Rakaman Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir ketika beliau meninggalkan Menara Dato' Onn pada pada sekitar pukul 4 petang tadi. - UTUSAN ONLINE/ANUAR MANSOR

  • Maklumat terkini yang diterima mengatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib telah tiba dan memasuki bilik mesyuarat.
  • Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir tiba ke Menara Dato' Onn ini sekitar pukul 3.05 petang tadi. Namun, beliau sebentar tadi dilihat meninggalkan premis ini.

    Ketika ditanya para petugas media mengapa beliau meninggalkan mesyuarat, Mukhriz hanya menjawab beliau telah diberitahu tidak perlu hadir mesyuarat pada kali ini.

    Menurut sumber UMNO, beliau telah diberitahu mengenai perkara ini pada pagi tadi, tetapi beliau tetap hadir untuk ke mesyuarat ini.

    by ANUAR MANSOR edited by UTUSAN ONLINE 1/29/2016 8:09:16 AM
  • #Kedah Menteri Besar @MukhrizMahathir arrives at the Menara Dato Onn for #Umno Supreme Council meeting http://pbs.twimg.com/media/CZ3yIPoWEAA2g1r.jpg

  • Timbln Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir di Mesyuarat MT UMNO hari ini http://pbs.twimg.com/media/CZ3vzYQWkAAMsdP.jpg

    by Malaysia Gazette via twitter edited by UTUSAN ONLINE 1/29/2016 8:08:29 AM
  • #Umno deputy president, Tan Sri @MuhyiddinYassin arrives for the party's supreme council meeting in Menara Dato Onn http://pbs.twimg.com/media/CZ3x0CiWwAEKtHM.jpg

  • MB Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tiba di Menara Dato Onn sebentar tadi bagi menghadiri Mesyuarat MT UMNO. http://pbs.twimg.com/media/CZ3usQSWwAAa84W.jpg

  • Ketibaan DS Mukhriz pada Mesyuarat MT UMNO disambut ramai penyokongnya di Menara Dato Onn @501Awani @MukhrizMahathir http://pbs.twimg.com/media/CZ3qTIdXEAEacwl.jpg

  • Setakat ini, semua Ahli MT telah tiba ke PWTC kecuali Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Perdana Menteri, dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Timbalan Perdana Menteri.
    by ANUAR MANSOR edited by UTUSAN ONLINE 1/29/2016 7:54:43 AM
  • Suasana di sini agak sesak dengan jumlah kehadiran petugas media yang agak ramai berbanding biasa rentetan perkembangan politik di Kedah dan nasib Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

  • Assalamualaikum dan slaam sejahtera.

    Utusan Online kembali bersama anda di mana pada kali ini, saya, Anuar Mansor akan membawakan anda laporan langsung dari Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur lokasi di mana berlangsungnya Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

    by ANUAR MANSOR edited by UTUSAN ONLINE 1/29/2016 7:43:43 AM
  • Penjenamaan semula BTN bagi kembalikan keyakinan
    Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

    KUALA LUMPUR 21 Jan. - Biro Tatanegara (BTN) bakal melalui penjenamaan semula melalui modul baharu yang kini dalam proses perbincangan dan akan dilaksanakan akhir Mac ini.

    Ketua Pengarah BTN, Datuk Ibrahim Saad berkata, penjenamaan semula itu bagi mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia bahawa institusi berkenaan bermatlamat untuk meningkatkan tahap patriotisme terhadap negara tanpa mengira agama, kaum dan lapisan masyarakat.

    "Sebelum ini ramai yang ragu-ragu mengenai kewujudan BTN sehingga ada yang menyatakan ia hanya sebagai institusi yang memperjuangn ketuanan Melayu semata-mata.

    "Namun sebenarnya ia terbuka kepada semua kaum dalam mempertingkat tahap patriotisme terhadapa negara.

    "Jadi, sidang meja bulat hari ini bagi mengumpulkan ahli-ahli akademik, sejarahwan dan juga pakar undang-undang dalam menilai dan membincangkan modul-modul baharu latihan yang boleh diguna pakai dalam meningkatkan tahap patriotisme rakyat Malaysia kepada negara," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas sidang meja bulat penjenamaan semula BTN di Akademi Kenegaraan, BTN, Jalan Bellamy, di sini hari ini.

    Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Otman Said berkata, kerajaan akan merombak serta menambah baik modul BTN dengan memberikan lebih fokus kepada generasi muda di peringkat sekolah, kolej dan universiti awam.

    Kata beliau, pengisian baharu itu memberi tumpuan terhadap patriotisme dan kurikulum yang memupuk semangat perpaduan melibatkan semua kaum.

    Dalam pada itu, Ibrahim turut menambah, perbicangan kini sedang giat diadakan dan resolusi untuk modul-modul baharu itu akan disiapkan Februari ini dan jika mendapat kelulusan, ia akan dapat dilaksanakan Mac nanti.

    Menurut Ibrahim, modul-modul BTN yang dibincangkan itu akan mengalami pembaharuan dan kemungkinan ada antara modul-modul akan ditukar sesuai dengan kehendak generasi muda dan peredaran zaman.

    Dalam pada itu, Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, penjenamaan semula itu memerlukan pengukuhan identiti nasional disebabkan sekarang negara sudah alami perbezaan ketara.

    Menurut beliau, selian itu, cara penyampaian kandungan kursus juga penting disebabkan anak muda kini berbeza dengan generasi lama.

    Sementara itu, Felo Utama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd. Aziz berkata, penjenamaan semula BTN ini perlu kerana, sebelum ini institusi ini hanya dikenali sebagai sesuatu yang agak negatif walaupun sebenarnya, BTN adalah untuk semua kaum dan lapisan masyarakat.

    "BTN perlu memberikan penjelasan mengenai apa fungsi mereka yang bukan hanya untuk agenda satu-satu bangsa sahaja jika ingin medapatkan kembali keyakinan daripada keseluruhan rakyat Malaysia," katanya.

    Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Dewan Negara yang juga bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, beliau agak bimbang hasrat kerajaan untuk menjenamakan semula BTN kerana ia tidak akan dapat diterima sepenuhnya oleh kumpulan tertentu.

    "BTN telah diarahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi peluang kepada semua kaum. Jadi yang menjadi persoalan sekarang, adakah kaum-kaum lain akan beri sokongan positif atau negatif sebaik sahaja BTN dijenamakan semula?

    "Jika rakyat Malaysia benar-benar ikhlas dan mahu melihat Malaysia aman dan makmur dalam kepelbagaian kaum, hasrat kerajaan ini kena diterima sebulat hati. Kena ada kejujuran daripada kaum lain. Kena ada keikhlasan kaum lain.

    "Sokongan pemimpin tidak kira apa parti politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang juga diperlukan," katanya. - UTUSAN ONLINE

  • Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah BTN, Datuk Ibrahim Saad turut menyatakan sidang meja bulat penjenamaan semula BTN itu turut ada membincangkan mengenai soal rakyat Malaysia yang menjadi militan dan terlibat dalam keganasan.

    Menurut beliau, kemungkinan ada silibus sekolah-sekolah selain sekolah kerajaan yang memungkinkan segelintir mereka terlibat dalam aktiviti militan.

    Namun kata beliau, dalam modul terbaharu BTN nanti kemungkinan perkara itu akan dimasukkan dalam memberi bantuan menangani penularan aktiviti berkenaan dalam kalangan rakyat Malaysia.
  • Dalam pada itu, Ahli Dewan Negara yang juga bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, beliau agak bimbang hasrat kerajaan untuk menjenamakan semula BTN kerana ia tidak akan dapat diterima sepenuhnya oleh kumpulan tertentu.

    BTN telah diarahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi peluang kepada semua kaum. Jadi yang menjadi persoalan sekarang, adakah kaum-kaum lain akan beri sokongan positif atau negatif sebaik sahaja BTN dijenamakan semula?

    Beliau turut memberi cadangan, jika rakyat Malaysia benar-benar ikhlas dan mahu melihat Malaysia aman dan makmur dalam kepelbagaian kaum, hasrat kerajaan ini kena diterima sebulat hati. Kena ada kejujuran daripada kaum lain. Kena ada keikhlasan kaum lain. Sokongan pemimpin tidak kira apa parti politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang.
  • Menyokong kenyataan berkenaan, Felo Utama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd. Aziz berkata, penjenamaan semula BTN ini perlu kerana, sebelum ini institusi ini dikenali sebagai sesuatu yang agak negatif walaupun sebenarnya, BTN adalah untuk semua kaum dan lapisan masyarakat.

    BTN perlu memberikan penjelasan mengenai apa fungsi mereka yang bukan hanya untuk agenda satu-satu bangsa sahaja.
  • SHAGUL HAMID: Ketika ini apa yang boleh difikirkan BTN ialah menaikkan identiti bangsa dan negara.
  • SHAGUL HAMID: Tidak boleh tumpu kepada mahasiswa semata-mata kena pergi ke sekolah, maktab, golongan belia, termasuk di pekerja-pekerja kilang disebabkan kemungkinan mereka tidak pernah terdedah kepada patriotisme negara.
  • Dalam pada itu bekas Ketua Pengarah BTN, Datuk Shagul Hamid Abdullah pula menyatakan BTN harus merangkumi semua golongan daripada pelajar sekolah, pelatih guru, penjawat awam, mahasiswa dan graduan. Semangat perlu dipupuk kepada generasi masa depan. Tidak boleh tumpu kepada mahasiswa sahaja.
  • KOK SEONG: Selain identiti nasional, cara penyampaian kandungan kursus juga penting disebabkan anak muda kini berbeza dengan generasi lama.
  • Sementara itu, Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, penjenamaan semula ini memerlukan pengukuhan identiti nasional disebabkan sekarang negara sudah alami perbezaan ketara. Jika ini dapat dilakukan patriotisme dan perpaduan akan menyusul dengan mudah.
  • IBRAHIM: Apa yang perlu sekarang ialah kita mengembalikan matlamat utama kami membina tahap patriotisme terhadap negara.
  • IBRAHIM: Setakat ini kami masih lagi di peringkat perbincangan dan belum ada sebarang resolusi. Semua modul akan ditambah baik dan kemungkinan ada bahagian yang akan ditukar terus mengikut kehendak generasi muda dan peredaran zaman.
  • IBRAHIM: Penyediaan modul baharu itu sedang giat dijalankan dan insya-Allah ia akan dilaksanakan pada penghujung Mac ini. Penyediaan modul baharu BTN akan diselia oleh panel-panel profesional yang terdiri daripada ahli undang-undang dan juga akademik.
    by MOHD. HAZLI HASSAN edited by UTUSAN ONLINE 1/21/2016 9:57:35 AM
  • IBRAHIM: Biro Tatanegara (BTN) kini dalam penyediaan modul baharu yang ditambah baik sebagai penjenamaan semula agensi ini dalam menarik kembali keyakinan orang ramai yang agak skeptikal dengan kewujudan BTN.
    by MOHD. HAZLI HASSAN edited by UTUSAN ONLINE 1/21/2016 9:55:12 AM
  • Asalamualaikum dan salam sejahtera.

    Saya MOHD. HAZLI HASSAN kini berada di Akademi Kenegaraan, Biro Tatanegara (BTN) di Kuala Pumpur di mana sebentar lagi akan diadakan sidang media sempena sidang meja bulat penjenamaan semula Biro Tatanegara yang akan disampaikan oleh Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Datuk Ibrahim Saad
    by MOHD. HAZLI HASSAN edited by UTUSAN ONLINE 1/21/2016 8:13:37 AM
  • Orang ramai, pelancong masih merasakan KL selamat
    Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

    KUALA LUMPUR 20 Jan. - Orang ramai dan pelacong asing yang ditemui sekitar segi tiga emas Bukit Bintang hari ini masih merasakan keadaan persekitaran yang selamat walaupun beberapa kejadian insiden keganasan militan berlaku di negara serantau.

    Mereka yang ditemui Utusan Online menyatakan kehadiran pihak keselamatan terutama polis juga memberikan gambaran kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi dari aspek keselamatan dan itu yang membuatkan mereka lebih yakin.

    Seorang pelancong dari Australia, Rhonda, 46, berkata, walaupun baru pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia dan Kuala Lumpur khasnya, dia dan keluarganya tidak rasa terkonkong dan bebas untuk berjalan-jalan sekitar bandar raya tidak kira waktu.

    "Kami tahu berkenaan insiden yang berlaku di Jakarta, namun tidak merasakan ia akan berlaku di sini. Kehadiran polis juga lebih memberi keyakinan kepada kami untuk bersiar-siar," katanya.

    Semalam, mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengambil keputusan untuk melakukan kawalan keselamatan bersama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan strategik.

    Kata Perdana Menteri, langkah itu bertujuan memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa negara masih selamat dan kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap sebarang kemungkinan yang boleh berlaku untuk mengelakkan serangan pengganas seperti di Jakarta, Paris dan Amerika Syarikat (AS) berlaku di Malaysia.

    Dalam pada itu, seorang pekerja swasta, Amirah Nabila Yusnuar, 25, berkata, pada awalnya beliau agak ragu-ragu dengan keadaan keselamatan di Kuala Lumpur selepas menerima viral khabar angin di media sosial namun peningkatan aspek keselamatan memberikan kelegaan kepadanya.

    "Apa pun, saya masih risau tetapi kehadiran anggota polis memberikan sedikit kelegaan untuk kami yang berkerja sekitar kawasan ini untuk bergerak bebas," katanya.

    Manakala, bagi rakannya, Ahmad Zahiruddin Adnan, 28, menyatakan, beliau lebih risau dengan kejadian samun dan ragut berbanding khabar angin di media sosial yang mengatakan persekitaran Bukit Bintang tidak selamat.

    Namun kata beliau, langkah pihak polis berada di kawasan tumpuan adalah baik dan perlu dipertingkatkan bagi memberikan lebih keyakinan kepada orang ramai.

    Bagi Paul, 30, pelancong dari Ireland, melihat keadaan sekitar Kuala Lumpur setakat ini tidak memberikan sebarang kebimbangan kepada beliau untuk merayau-rayau mencari lokasi pelancongan di bandar raya ini.

    "Dengan adanya pihak polis, saya lebih yakin. Tapi walaupun saya baharu menjejakkan kaki ke sini, saya dapat merasakan Malaysia adalah sebuah negara yang selamat," katanya.

    Kenyataan itu disokongan rakannya, James, 32, dari England yang mengatakan, beliau akan datang lagi ke Malaysia untuk melawat negeri-negeri lain ekoran keadaan keselamatan yang terjamin. - UTUSAN ONLINE

  • Walaupun akan berlepas pulang esok, saya akan melancong lagi ke Malaysia dan mungkin akan ke negeri lain pula selain Kuala Lumpur. - James, England

  • Apa yang terjadi di negara jiran pasti tidak akan berlaku di Kuala Lumpur selepas pihak berkuasa meningkatkan keselamatan dan rondaan. - Paul, Pelancong Ireland

  • Walaupun baru pertama kali menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur, namun masih merasakan kota raya ini selamat daripada sebarang ancaman. - Rhonda, Pelancong Australia

  • Pada awalnya, kejadian di Jakarta merungsingkan namun masih merasakan Kuala Lumpur selamat ekoran keadaan keselamatan yang terpelihara dengan kehadiran polis. - Amirah Nabila Yusnuar, Pekerja Swasta

  • Walaupun viral di media sosial mengatakan kawasan tumpuan di Bukit Bintang bakal menerima ancaman pihak militan namun dia masih merasakan itu hanyalah khabar angin dan kehadiran polis di situ menambah keyakinan keselamatan dalam negara. - Ahmad Zahiruddin Adnan, Pekerja Swasta

Powered by ScribbleLive Content Marketing Software Platform