Kumpulan Utusan anjur Utusan Business AwardsOleh N...
Khamis 21 September 2017 / 29 Zulhijjah 1438

From

Utusan Online Lapor Di Lokasi 2016 @ Utusan Live

  • Kumpulan Utusan anjur Utusan Business Awards
    Oleh NURULANUAR MANSOR

    KUALA LUMPUR 4 Feb. - Buat julng kali dalam 77 tahun sejarah penubuhannya, Kumpulan Utusan mewujudkan Utusan Business Awards yang dijadualkan berlangsung pada 1 Mac di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

    Anugerah yang dinaungi dan akan disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tersebut diadakan sebagai pengiktirafan kepada syarikat-syarikat dan para penerajunya yang banyak menyumbang kepada kemajuan negara serta kesejahteraan masyarakat.

    Dalam ucapan pelancaran yang disampaikan di Kuala Lumpur, Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Noordin Abbas berkata, Sebanyak 37 kategori yang dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu Kecemerlangan Industri (25 kategori), Kecemerlangan Kepimpinan (sembilan kategori) dan Pencapaian Sepanjang Hayat (tiga kategori) akan disampaikan dalam majlis anugerah ini.

    "Anugerah ini bertujuan menyokong pertumbuhan komuniti perniagaan agar lebih kukuh dan lebih berjaya dan membolehkan syarikat-syarikat dari semua industri untuk meletakkan penanda aras yang tinggi bagi pencapaian masing-masing.

    "Pada masa sama, penganjuran Utusan Business Awards 2015 ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kumpulan utusan untuk memperkukuhkan penjenamaan kumpulan utusan," kata beliau dalam ucapan perasmian pada majlis pelancaran anugerah berkenaan di sini hari ini.

    Noordin turut memberitahu pemberita selepas pelancaran tersebut, Kumpulan Utusan jug merancang untuk menjadikan Anugerah Perniagaan Utusan sebagai acara tahunan syarikat.

    Turut hadir ke majlis ini ialah Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad; Penolong Ketua Pengarang (1) Kumpulan Utusan; Pengurus Besar di Pejabat Pengarah Urusan Kumpuan Utusan, Azlan Naim Abdullah; Datuk Zaini Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif MyEvents, Datuk Shahul Hameed Dawood dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Utusan, Datuk Dr. Ganesh Arumugam . - UTUSAN ONLINE


View the full stream
Powered by ScribbleLive Content Marketing Software Platform