Veteran UMNO saran segerakan kerjasama UMNO-PasOle...
Ahad 19 November 2017 / 29 Safar 1439

From

Utusan Online Lapor Di Lokasi 2016 @ Utusan Live

  • Veteran UMNO saran segerakan kerjasama UMNO-Pas
    Oleh NURULANUAR MANSOR

    KUALA LUMPUR 18 Jan - Golongan yang cuba mempolemikkan usaha kerjasama UMNO-Pas atas apa jua alasan perlu diingatkan bahawa persaudaraan bangsa yang serumpun dan seagama jika diputuskan akan menjadi ibarat membunuh diri sendiri.

    Pengerusi Veteran UMNO, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali yang berkata demikian turut mengingatkan, adat orang Melayu tidak suka bermusuhan sesama sendiri dan jika perkara ini tidak diendahkan, kekuatan bangsa Melayu pasti akan roboh.

    Justeru, Tajol Rosli menyarankan UMNO perlu berusaha dan memastikan kerjasama dengan Pas seperti yang telah disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 lepas segera dilaksanakan.

    "Perkara ini (kerjasama UMNO-Pas) tidak harus dipolemikkan oleh mana-mana pihak kerana sejarah membuktikan Pas pernah bersama-sama dengan UMNO dalam Barisan Nasional.

    "Pihak yang cuba mempolemikkan perkara ini perlu diingatkan sebusuk-busuk darah daing sendiri, itulah nyawa, itulah nadi jika dibuang seolah-olah membunuh diri," kata beliau dalam ucapan alu-aluan pada Majlis Perasmian dan Makan Malam Perhimpunan Veteran UMNO 2016 di sini malam tadi.

    Majlis yang disempurnakan oleh Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Noordin Yaani; Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Ya'akub ; Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim; dan Setiausaha Presiden Persatuan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Rahman Ibrahim.

    Persidangan selama sehari yang akan berlangsung esok itu dijangka akan dihadiri 700 perwakilan dari sekuruh negara. - UTUSAN ONLINE
    by ANUAR MANSOR edited by UTUSAN ONLINE 1/18/2016 9:13:34 PM
View the full stream
Powered by ScribbleLive Content Marketing Software Platform