Utusan Online Lapor Di Lokasi 2016 @ Utusan Live
Ahad 11 Disember 2016 / 12 Rabiul Awal 1438

Utusan Online Lapor Di Lokasi 2016 @ Utusan Live Live

Utusan Live: Utusan Online melaporkan secara langsung (live) di lokasi acara dan program semasa

Options

Font Size
Viewer Comments
Sounds
Translate posts and comments.
Make a comment
  • Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Bersua kembali di Perhimpunan Agung UMNO 2016. Kami di Utusan Online akan membawakan laporan secara langsung dari semasa ke semasa persekitaran dan perkembangan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di mana Perhimpunan Agung UMNO 2016 bermula hari ini sehingga 3 Disember 2016.
    Tahun ini, Utusan Online membawakan segemen Sembang Online yang akan dikendalikan oleh wartawan Utusan Online yang juga bertindak sebagai pengacara. Terus ikuti laporan secara langsung, laporan secara bergambar dan Sembang Online Perhimpunan Agung UMNO 2016 dari PWTC. Terima kasih. 
  • Rawatan barah: Selaraskan perkhidmatan hospital di bawah dua kementerian
    Oleh ANUAR MANSOR

    KUALA LUMPUR 19 Julai - Perbezaan kos rawatan barah di hospital-hospital yang terletak di bawah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dikatakan antara punca mengapa kawalan serta kempen kesedaran penyakit berkenaan tidak memberikan impak maksimum.

    Menurut Presiden Persatuan Advokasi Kesihatan Kanser Malaysia (TAC), Ranjit Kaur, ketika ini rawatan barah di hospital-hospital di bawah KPT dikenakan caj yang agak tinggi membebankan pesakit terutamanya dalam kalangan berpendapatan sederhana dan rendah.

    Menurut beliau, walaupun kos rawatan di hospital di bawah Kementerian Kesihatan rendah, kekurangan pakar dan fasiliti terutamanya di luar bandar menjadi halangan kepada pesakit untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.

    Justeru, Ranjit berkata, masanya telah tiba untuk kerajaan menyelaraskan perkhidmatan rawatan barah di hospital di bawah kedua-dua kementerian demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat.

    "Antara yang boleh dilakukan ialah menyelaraskan belanjawan yang diperuntukkan untuk institusi-institusi berkenaan untuk menyelaraskan kos rawatan barah agar tidak membebankan pesakit.

    "Saya yakin perkara ini boleh dilaksanakan dengan berkesan memandangkan kedua-dua kementerian tersebut berada di bawah satu kerajaan," kata beliau kepada media selepas Majlis Pelancaran Buku Elevating The Voice of Cancer Patients di Menata CIMB di sini hari ini.

    Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dan dihadiri oleh para pesakit barah yang bernaunh di bawah TAC. - UTUSAN ONLINE

  • Nazir Razak tiba ke majlis pelancaran ini sekitar pukul 1.30 petang.

  • Ahli-ahli Jawatankuasa TAC bergambar kenang-kenangan sebelum majlis bermula.

  • Buku yang dilancarkan itu merupakan satu himpunan pengalaman sepuluh penghidap dan waris penghidap barah.

    Mereka menceritakan dalam buku tersebut halangan-halangan dan cabaran-cabaran yang terpaksa dilalui sepanjang usaha mereka menewaskan penyakit maut tersebut.

  • Satu persamaan dalam setiap kisah penghidap barah ialah pengalaman mereka ketika memerangi penyakit maut tersebut.

    Pengalaman-pengalaman berkenaan menjadi lebih berharga bagi mereka yang berjaya menewaskan barah.

    Menyedari nilai tidak terhingga pengalaman-pengalaman tersebut, Persatuan Advokasi Kesihatan Kanser Malaysia (TAC) telah mengambil inisiatif untuk mengumpul dan membukukannya.

    Justeru, pada hari ini, Selasa, 19 Julai 2016, satu majlis pelancaran telah diadakan bagi memperkenalkan buku yang bertajuk Elevating The Voice Of Cancer Patieant telah diadalan di Menara CMB di sini hari ini.

    ikuti laporan langsaung majlis yang disempurnakan oleh Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Sri Nazir Razak yang dibawakan oleh wartawan Utusan Online, ANUAT MANSOR.


  • Cabaran ekonomi tidak jejaskan PKS
    Oleh ANUAR MANSOR

    KUALA LUMPUR 5 April - Syarikat-syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara diyakini tidak akan terjejas dengan kemelesetan ekonomi semasa hasil daripada bimbingan dan perancangan kerajaan.

    Menjelaskan perkara ini, Pengerusi SME Corporation Malaysia (SME Corp), Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid, PKS tempatan telah mendapat bimbingan yang mencukupi untuk membolehkan mereka melakukan penyesuaian mengikut senario ekonomi semasa.

    Jelas Mohd. Al Amin, latihan, terutamanya yang ditelah diberikan oleh agensi beliau memberikan SME tempatan kemampuan untuk melakukan penyelarasan pentadbiran, kewangan dan operasi untuk menyesuaikan syarikat dengan cabaran ekonomi semasa.

    "Kemampuan untuk mengadaptasikan diri inilah memberikan PKS tempatan kebingkasan untuk menghadapi apa jua keadaan ekonomi.

    "Perkara ini jelas dapat dilihat dalam perkembangan pesat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) PKS pada 8.3 peratus berbanding 5.4 peratus per kembangan ekonomi negara secara keseluruhan antara tahun 2010 hingga 2015," kata beliau ketika ucapan Pelancaran Anugerah Enterprise 50 (E50) di ibu pejabat SME Corp di sini hari ini.

    Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. AI Amin turut memberitahu tujuan utama agensi beliau menganjurkan E50 adalah untuk terus memangkinkan kejayaan PKS tempatan.

    Jelas beliau, anugerah yang dianjurkan sejak 1997 itu telah berjaya menjadi pentas bagi mempromosikan PKS tempatan selain membuka peluang kerjasama ekonomi kepada 1,854 buah syarikat.

    Majlis pelancaran anugerah yang akan berlangsung pada November depan itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Datuk Dr. Hafsah Hashim; Pengurus Bersekutu Deloitte Malaysia, Tan Theng Hooi dan Pengarah Eksekutif Deloitte Malaysia, Dr. Nordin Zain. - UTUSAN ONLINE

  • Selesai ucapan beliau, Mohd. Al Amin Abdul Majid diiringi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Hafsah Hashim; Pengurus Bersekutu Deloitte Malaysia, Tan Theng Hooi menyempurnakan m Majlis Pelancaran Anugerah E50 2015 ini.

  • Mohd. Al Amin selanjutnya berkata, untuk terus menangkin pertumbuhan ini, E50 akan terus menjadi pentas untuk mengetengahkan serta mempromosikan kejayaan PKS.

    Untuk anugerah tahun ini, SME Corp turut menjemput penyertaan daripada kalangan usahawan wanita yang mana dewasa ini dilihat semakin bertambah dan menguasai sektor PKS.

  • Walaupun berhadapan dengan cabaran ekonomi semasa, pertumbuhan PKS dijangka akan terus meningkat sehingga tahun 2020 dengan sokongan program-program kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

    PKS dijangka dapat memenuhi sasaran makro untuk menyumbang 41 peratus GDP; 65 peratus pekerjaan; dan 23 peratus eksport menjelang 2020.

  • Kata beliau, berbanding sektor lain, PKS adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan walaupun dalam senario ekonomi yang mencabar ketika ini sektor berkenaan terus mencatatkan prestasi yang amat memberangsangkan.

    Dalam tempoh 2010 hingga 2014, pengeluaran Produk Dalam Negara Kasar (GDP) PKS berkembang pesot pada kadar 8.3 peratus berbanding 5.4 peratus per kembangan ekonomi negara secara keseluruhan.

    Pada 2015, prestasi PKS dijangka pada kadar sekata 5 hingga 6 peratus seiring dengan perkembangan ekonomi negara.

  • Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Pengerusi SME Corp, Tan Sri Ir. Mohd. Al Amin Abdul Majid.

    Mohd. AI Amin dalam ucapan beliau berkata, E50 merupakan salah satu contoh terbaik kejayaan kerjasama strategik antara kerajaan dan swasta.

    Kerjasama ini telah membantu menjamin kesinambungan kejayaan program ini dan memperkosakan lagi kesannya kepada PKS.

Powered by ScribbleLive Content Marketing Software Platform