UMNO Malaysia, Wanita, Pemuda dan Puteri, 2016
Ahad 27 Mei 2018 / 11 Ramadan 1439

UMNO Malaysia, Wanita, Pemuda dan Puteri, 2016

Laporan langsung aktiviti UMNO Malaysia dan ketiga-tiga Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO sepanjang tahun 2016

    Laporan Majlis Perasmian dan Makan Malam Perhimpunan Veteran UMNO 2016
    >> live.utusan.com.my
    >> live.utusan.com.my

    Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 29 Januari 2016
    >> live.utusan.com.my
    >> live.utusan.com.my

    Media yang masih menunggu di lobi Menara Dato' Onn.

    by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 2/26/2016 10:50:30 AM
    by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 2/26/2016 10:50:32 AM

    Ketibaan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 2/26/2016 10:50:34 AM

    Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melancarkan buku.

    by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 2/26/2016 10:50:36 AM
    by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 2/26/2016 10:50:38 AM

    Buku Najib Razak Kembara Politik 40 Tahun memaparkan kisah suka duka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ahli politik selama 40 tahun yang bermula sebagai Ahli Parlimen Pekan pada 21 Februari 1976.

    by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 2/26/2016 10:50:40 AM

    Video majlis pelancaran.

    by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 2/26/2016 10:50:42 AM

    Sidang akhbar MT UMNO akan berlangsung sebentar lagi.

    by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 2/26/2016 10:50:46 AM
    by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 2/26/2016 10:50:48 AM

    MT UMNO memutuskan mengantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO - Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

    by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 2/26/2016 10:50:51 AM
    Kenyataan akhbar dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor:

    Satu usul untuk menggantung jawatan Timbalan Presiden UMNO yang disandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun dibentang.

    Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO telah minta hak untuk meninggalkan majlis tersebut kerana beliau berdua tidak mahu hadir dalam keputusan yang akan diambil oleh Majlis Tertinggi.

    Selepas apa yang berlaku Majlis Tertinggi telah bersetuju untuk melantik Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn sebagai pengerusi sementara bagi membincangkan usul yang telah dibangkitkan.

    Untuk makluman semua Tan Sri Muhyiddin telah dimaklumkan berkenaan mesyuarat MT Tertinggi ini namun Tan Sri Muhyiddin telah maklumkan melalui faks kepada ibu pejabat beliau tidak dapat hadir. Begitu juga Datuk Seri Shafie Apdal.

    Dan tindakan Tan Sri Muhyiddin tidak hadir tidaklah boleh dianggap sebagai tidak memberi hak untuk membela diri.

    Perbincangan usul untuk menggantung jawatan Timbalan Presiden oleh Muhyiddin telah berlangsung lebih daripada dua jam.

    Semua ahli MT telah diberi peluang dan ruang untuk menyatakan pendapat dan pandangan oleh pengerusi sementara, Datuk Seri Hishammudin.

    MT telah mengambil maklum bahawa UMNO mendukung prinsip kebebasan bersuara dan tidak pernah mengekang mana-mana pemimpin UMNO untuk menyuarakan pendapat tetapi perlulah melalui saluran yang betul.

    Tugas utama Timbalan Presiden seperti yang termaktub Fasal 9.8.2.1 Perlembagaan UMNO ialah untuk membantu Presiden tetapi dalam kes Tan Sri Muhyiddin beliau dilihat tidak menjalankan kewajiban seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan UMNO.

    MT memandang serius mana-mana pemegang jawatan utama UMNO yang dilihat tidak mendukung aspirasi dan dasar parti.

    Keputusan telah diambil, MT telah bersidang pada 26 Feb 2016, telah membuat keputusan sebulan suara seperti berikut.

    1. Di bawah Fasa 10.15 Perlembagaan UMNO yang berbunyi seperti berikut:

    Mengambil sebarang langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas bagi kesempurnaan perjalanan parti, MT telah setuju sebulat suara untuk menggantung jawatan Timbalan Presiden UMNO yang disandang oleh Tan Sri Muhyiddin berkuatkuasa serta merta.

    Tempoh pergantungan jawatan berkuatkuasa sehinggalah pemilihan Majlis Tertinggi yang akan datang.

    Jawatan-jawatan lain yang disandang Tan Sri Muhyiddin masih dikekalkan.

    Segala keputusan MT adalah berdasar peruntukkan Perlembagaan UMNO selepas mengambil kira suasana politik semasa.

    Perilaku Tan Sri Muhyiddin tidak mencerminkan tanggungjawab beliau selaku Timbalan Presiden UMNO yang sepatutnya membantu Presiden UMNO untuk mengukuhkan parti.
    by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 2/26/2016 11:14:45 AM

    Muhyiddin digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO
    Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

    KUALA LUMPUR 26 Feb.-Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyuarat hari ini sebulat suara menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Persiden UMNO berkuat kuasa serta-merta.

    Dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, usul penggantungan tersebut dikemukakan dalam mesyuarat MT yang dipengerusikan oleh Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

    Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskan untuk keluar daripada mesyuarat petang tadi itu dan tidak mengambil bahagian dalam perbincangan dan keputusan berhubung kedudukan Muhyiddin.

    "Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Ahmad Zahid telah minta hak untuk meninggalkan majlis tersebut kerana mereka berdua tidak mahu hadir dalam keputusan yang akan diambil oleh Majlis Tertinggi," kata Tengku Adnan.

    Penggantungan jawatan Muhyiddin dibuat di bawah bawah Perlembagaan UMNO Fasa 10.15 bahawa perilaku Muhyiddin tidak mencerminkan tanggungjawab selaku Timbalan Presiden yang sepatutnya membantu Presiden UMNO untuk mengukuhkan parti.

    "Mengambil sebarang langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas bagi kesempurnaan perjalanan parti, MT telah setuju sebulat suara untuk menggantung jawatan Timbalan Presiden UMNO yang disandang oleh Tan Sri Muhyiddin berkuat kuasa serta-merta.

    "Tempoh pergantungan jawatan berkuat kuasa sehinggalah pemilihan Majlis Tertinggi yang akan datang. Jawatan-jawatan lain yang disandang oleh Tan Sri Muhyiddin masih dikekalkan," kata Tengku Adnan.

    Beliau menegaskan ketidakhadiran Muhyiddin pada mesyuarat berkenaan tidak wajar dianggap sebagai tidak memberi peluang kepada beliau untuk mempertahan diri.

    "Muhyiddin telah dimaklumkan berkenaan mesyuarat MT Tertinggi ini, namun beliau telah maklumkan melalui faks kepada ibu pejabat bahawa beliau tidak dapat hadir.

    "Tindakan Muhyiddin tidak hadir tidaklah boleh dianggap sebagai tidak memberi hak untuk membela diri," jelas Tengku Adnan.

    Menurut beliau, perbincangan usul penggantungan tersebut dibahas lebih dua jam. -UTUSAN ONLINE

    by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 2/26/2016 11:42:04 AM
Powered by ScribbleLive Content Marketing Software Platform