PRK Parlimen Kuala Kangsar (P.067), Sungai Besar (P.093)
Ahad 25 September 2016 / 23 Zulhijjah 1437

PRK Parlimen Kuala Kangsar (P.067), Sungai Besar (P.093)

Laporan langsung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar telah ditetapkan pada 18 Jun 2016 manakala penamaan calon akan diadakan pada 5 Jun sementara undi awal adalah pada 14 Jun 2016.

  • [PRK P.093] Dalam perjumpaan ini, Ahmad Zahid turut mengumumkan pembebasan dua tahanan nelayan Sekinchan di Batam, Chua Lee Teck dan Heng Chee Yong.

    Comment ()

  • [PRK P.093] Hormati ‘signal’ yang diberikan rakyat - Annuar

    Pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu menghormati ‘signal’ atau isyarat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya yang lepas dan kerajaan perlu mengambil iktibar atas keadaan itu.
    Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, rakyat mungkin mempunyai sebab yang tersendiri kenapa mereka tidak menyokong BN ketika itu dan kerajaan tidak boleh memandang enteng terhadap perkara berkenaan.
    “Kita mesti melupakan (perkara) yang lepas, ia sudahpun berlalu dan kita kena menghormati keputusan yang dibuat rakyat dan kita juga kena jadikan iktibar.
    “(Mungkin) rakyat mahu memberi ‘signal’ yang tertentu, jadi kita kena hormati suara rakyat namun pada pilihan raya kali ini, kita perlu menjelaskan dan menerangkan yang kita tetap ingin merayu sokongan sahabat-sahabat kita pengundi Cina,” katanya.
    Bagaimanapun tambah beliau, pemimpin BN tidak perlulah terlalu sinis atau memandang serong terhadap keputusan di kawasan yang mereka mendapat undi sedikit sebagai contoh di Sekinchan dan tidak boleh menyerah kalah.
    Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar ketika membuat lawatan ke Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Hotel KOMP1T di sini hari ini.
    Tambah Annuar, pada pilihan raya kali ini, BN mahukan rakyat terutama pengundi Cina kembali memberi sokongan kepada calon BN, Budiman Mohd. Zohdi agar dia boleh berikan perhatian kepada apa juga susah payah dan kehendak yang dimahukan oleh masyarakat Cina.
    “Sehubungan itu, saya optimis dengan kemampuan BN dan juga YB Budiman untuk melakukan sesuatu dan memberikan pembelaan kepada kelompok-kelompok tersebut,” katanya.
    Dalam perkembangan yang sama, Annuar turut menyatakan, beliau yakin BN mampu memenangi Pilihan Raya Kecil Sungai Besar kali ini dengan mandat yang lebih besar daripada rakyat.

    Comment ()

  • [PRK P.093] Ahli PAN tolak Azhar, sokong Budiman

    SABAK BERNAM 15 Jun - Timbalan Penaja PAN Sungai Besar, Mohd. Sapigni Tulus, bersama 32 ahlinya semalam berpaling tadah menyokong calon Barisan Nasional, Budiman Mohd Zohdi​ yang merupakan satu-satunya calon tempatan di Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar.

    Dakwa Mohd. Sapigni, mereka hilang kepercayaan terhadap calon PAN, Azhar Ab. Shukur dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan tertinggi parti berkenaan.

    Dakwa Mohd. Sapigni lagi, PAN telah meletakkan calon yang mereka sifatkan sebagai calon ‘Touch N Go’ kerana tidak bermastautin di Sungai Besar dan bukan dikira sebagai anak tempatan kerana menetap di Pahang.

    Baru-baru ini dalam ceramah PAN, Azhar berjanji akan balik kawasan dua bulan sekali sekiranya dipilih sebagai Ahli Parlimen.
    Video ihsan PRKSgBesar & PRKualaKangsar​

    Comment ()
  • [PRK P.093] Politik kotor yang dimainkkan pakatan pembangkang semakin ketara selepas beberapa poster calon BN dirosakkan. Lebih keji, logo-logo parti yang tidak bertanding digunakan.

    Comment ()
  • [PRK P.093] Analisis PRK Sg. Besar: Azmin masih 'sayangkan' Pas

    SEMALAM, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali muncul di Sungai Besar selepas lama menyepi sejak daripada proses penamaan calon pada 5 Jun lepas dan sedikit sebanyak melenyapkan spekulasi bahawa Menteri Besar Selangor itu memboikot Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar (PRK P.093).

    Namun ramai yang mempersoalkan Azmin tidak berkempen bersungguh-sungguh untuk calon Parti Amanah Negara (PAN), parti yang menjadi anggota terbaharu pakatan pembangkang bersama-sama PKR dan DAP selepas menyepak Pas keluar.

    Ketika akar umbi pakatan pembangkang diketuai oleh DAP sedang giat merancakkan kempen untuk calon PAN, Azhar Ab. Shukor, Azmin dikatakan tidak serius dengan situasi itu.

    Semalam dalam program Majlis Iftar Perdana dan Sumbangan Raya, di Kampung Hala Tuju Baru, Sungai Besar, Azmin dilihat masih ‘sayang’ kepada Pas yang menjadi antara pasukan exco negerinya ketika majlis berkenaan dan tidak pula dia menghentam bekas parti pakatan pembangkang itu ketika kedua-dua calon ada bersama-sama walaupun menyatakan sokongan penuh terhadap Azhar.

    Ramai yang melihat, Azmin masih memerlukan Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri atas dasar itulah dia dikatakan ‘menghilang’ dalam masa kempen PRK P.093 Sungai Besar ini.

    Pada majlis semalam, Azmin dilihat amat mesra berbual dengan calon Pas, Dr. Abdul Rani Osman sambil membiarkan calon PAN terpinga-pinga keseorangan dan dilihat kekok untuk bersama menteri besar itu.

    Dalam situasi lain, papan iklan kempen Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Sue Lim yang dilihat bersungguh-sungguh membantu calon PAN diarahkan untuk diturunkan dan digantikan dengan iklan bas percuma Selangor di Sekinchan dan adakah ini salah satu daripada arahan Azmin?

    Hanya tinggal lagi dua hari lagi kempen boleh dijalankan sebelum hari pengundian pada 18 Jun ini dan ramai yang masih bertanya adakah Azmin akan turun lagi untuk membantu saki baki kempen calon PAN habis-habisan.

    Ketika Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berjanji akan datang kerap ke Kuala Kangsar jika calon PAN menang di situ, untuk mengajar penduduk daerah berkenaan bagaimana untuk membuat kuih bengkang walaupun Kajang jarang dia lawat, Azmin pula memainkan peranan ‘play safe’ untuk kurang berkempen bagi calon Pan bagi mengelakkan rakan sebantalnya, Pas, kecil hati.

    Jika Pas berjaya memperoleh undi yang lebih banyak berbanding PAN pada PRK P.093 kali ini, kita tahulah siapa yang menjadi puncanya. - UTUSAN ONLINE

    Comment ()
  • FotoUTUSAN: AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN
    [PRK P.093] Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mennyampaikan sumbangan kepada asnaf pada program tanggungjawab sosial koporat dan pemberian zakat Bank Rakyat di Surau Parit 1, Sungai Panjang, semalam.

    Comment ()
  • FotoUTUSAN: AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN
    [PRK P.093] Tidak kenal erti penat, calon BN meneruskan momentum kejayaan berjumpa 3,000 pengundi setiap hari. Pagi tadi Budiman Mohd. Zohdi berjumpa dengan kakitangan Kemas Sungai Besar di Kampung Simpang Lima dalam 'walkabout' beliau hari ini.

    Comment ()
  • Jambatan Manong permudahkan hidup masyarakat setempat
    Oleh NURULANUAR MANSOR

    KUALA KANGSAR 15 Jun - Ibu bapa mana yang tidak akan resah melihat anak-anak mereka terpaksa mengharung arus deras Sungai Perak dengan sebuah bot kecil untuk ke sekolah setiap pagi? Pasangan mana yang tidak bimbang melihat suami atau isteri mereka melalui pengalaman yang sama untuk mencari rezeki?

    Menaiki bot penambang adalah rutin harian yang terpaksa dihadapi oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Tajul Ariffin dan para penduduk di kawasan kampung di sini.

    Perkhidmatan bot penambang yamg terletak di pekan Manong merupakan satu-satunya laluan terpantas untuk menguhubungkan Manong dan Manong seberang sejak berdekad lamanya selain jalan biasa sepanjang lebih 40 kiliometer yang sedia ada.

    Namun, kesukaran itu bakal ber­akhir apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan pembinaan Jambatan Manong dengan kos RM43.5 juta, baru-baru ini.

    Rancangan pembinaan jambatan menghubungkan Kampung Seberang Manong ke Pekan Manong merupakan berita gembira buat penduduk kawasan itu yang selama ini terpaksa menggunakan perkhidmatan bot penambang.

    Jambatan itu bakal memberi manfaat kepada kira-kira 500 penduduk daripada 100 keluarga yang terdiri kalangan pekebun getah dan kelapa sawit di kawasan itu untuk berurusan di Pekan Manong atau untuk ke bandar Kuala Kangsar.

    Impaknya paling dirasai oleh para pelajar seperti Najmi Daniel, 17, dan rakan-rakan beliau yang terpaksa menggunakan khidmat bot penambang sejak dari tadika lagi.

    "Bila ada jambatan itu nanti mudah bagi kami untuk berulang alik ke sekolah dan tidak lagi bergantung ke pada pasang surut air Sungai Perak," katantya ketika ditemu bual oleh Utusan Online di jeti penambang di Pekan Manong.

    Petani, Sam Ah Kau pula menyatakan penduduk penduduk di kawasan ini sudah lama menantikan berita gembira ini kerana ia dapat memudahkan pergerakan ke bandar Kuala Kangsar untuk melakukan pelbagai urusan.

    "Sekarang ini kami terpaksa menempuh perjalanan darat sejauh kira-kira 45 kilometer apabila hendak pergi kedua-dua kawasan itu," katanya.

    Bagi Ketua Kampung Lempor, Mohd. Zulkifli Shaari, dengan terbinanya jambatan itu nanti, taraf ekonomi dan hidup penduduk di kawasan berkenaan akan turut dapat diperbaiki.

    "Ini kerana jambatan berkenaan akan memudahkan dan mempercepatkan penghantaran hasil serta maklumat ke luar," kata beliau.

    Tambah Zulkifli, bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad telah lama memperjuangkan isu jambatan itu termasuk membentangkan perkara tersebut di Dewan Rakyat dan sudah beberapa kali memohon kepada Jabatan Kerja Raya supaya menyegerakan pembinaan jambatan tersebut.

    Oleh itu katanya, kelulusan projek jambatan ini seperti yang diumumkan Perdana Menteri benar-benar satu rahmat bagi penduduk di Manong. - UTUSAN ONLLINE

    Comment ()

  • [PRK P.093] Sokong Pas, PAN: Azmin cuba kelirukan rakyat

    Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyelar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana cuba mengelirukan rakyat selepas menyokong secara terbuka calon Pas, Dr. Abdul Rani Osman dan calon PAN, Azhar Ab. Shukor dalam satu majlis semalam.

    Comment ()
  • FotoUTUSAN: HAFIZ JOHARI
    [PRK P.093] Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari hadir pada sambutan Hari Telekomunikasi dan Pelancaran Pusat Internet 1Malaysia Pasir Panjang, Sg. Besar.

    Comment ()
  • [PRK P.093] Calon PRK Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi beramah mesra dengan penunggang motosikal di pekan Sungai Haji Dorani dalam siri walkaboutnya.

    Comment ()
  • [PRK P.093] Budiman sempat singgah di gerai kuetiaw goreng dan bertanya khabar peniaga di bazar Ramadan pekan Sungai Haji Dorani.

    Comment ()
  • [PRK P.093] Calon PRK Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi menyampaikan ucapan dari atas kenderaan pacuan empat roda dalam siri kempen di bazar Ramadan pekan Sungai Haji Dorani.

    Comment ()
  • [PRK0.67]

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi menghadiri majlis berbuka puasa bersama penduduk di Masjid Kubang Pekan, Manong di sini.

    Comment ()
  • [PRK0.67]

    Di majlis ini beliau telah memberikan tazkirah ringkas yang berkisar tentang keikhlasan dalam kehidupan dan perjuangan.

    Comment ()
  • [PRK0.67]

    Ahmad Zahid pada majlis yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Malaysia (Yakeb), Datuk Malek Noor itu turut merasmikan kempen 1 Malaysia 1 Harapan.

    Comment ()
  • [PRK0.67]
    Ahmad Zahid turut menyampaikan wang sumbangan untuk para asnaf di Kampung Kubang Pekan.

    Comment ()
  • [PRK0.67]

    Selesai acara Ahmad Zahid dan tetamu jemputan menunaikan solat Maghrib berjemaah diimamkan oleh imam dari Mekah, Sheikh Dr. Idris Ismail Al-Misrafi.

    Comment ()
  • [PRK P.093] Datuk Seri Hishamuddin Tun Husein bersama calon BN, Budiman Mohd. Zohdi beramah mesra dengan Veteran ATM pada majlis berbuka puasa di Kampung Tebuk Haji Yusof, Sungai Besar.

    Comment ()
  • Hishammuddin Tun Hussein bertanyakan sesuatu kepada seorang pengundi, Mohd. Syakir Ismail, 46, yang mengalami sakit tulang belakang akibat kemalangan ketika mengadakan walkabout di Dewan Parit 9, Sungai Leman, hari ini. - FotoUTUSAN: MOHD. HAZLI HASSAN



    [PRK P.093] Hishammuddin selar Azmin cuba kelirukan rakyat

    SABAK BERNAM 15 Jun - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyelar tindakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana cuba mengelirukan rakyat dengan menzahirkan sokongan kepada calon Pas, Dr. Abdul Rani Osman dan dalam masa yang sama menyokong calon Parti Amanah Negara (PAN), Azhar Ab. Shukor.

    Menurut Hishammuddin, situasi yang berlaku di Kampung Hala Tuju Baru, Sungai Besar semalam menunjukkan Azmin tidak mempunyai pendirian sama ada ingin membantu kempen calon PAN atau terus menyokong Pas.

    Ketika ditanya wartawan Malaysiakini bukankah itu (perbuatan Azmin menyokong Pas dan PAN) adalah satu politik yang matang, Hishammuddin menegaskan: “Macam mana nak kata matang kalau ia mengelirukan rakyat.”

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program walkabout bertemu pengundi di Dewan Parit 9, Pusat Daerah Mengundi Sungai Leman, di sini hari ini.

    Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, kecelaruan tindakan Azmin itu boleh menimbulkan tanda tanya kepada rakyat namun tidak akan mengambilnya sebagai kelebihan kepada Barisan Nasional pula.

    “Saya daripada awal lagi menyatakan, kelemahan, ketidaktentuan dan pendirian tidak jelas parti-parti di dalam pakatan pembangkang tidak boleh dijadikan kekuatan kepada parti, yang penting kita mesti memastikan rumah tangga kita kuat.

    “Apa pun, kalau perkara itu memberi sedikit kelebihan kepada BN, kita perlu akui juga, dicampur pulak dengan kekuatan, konsistensi, perpaduan dan kesatuan jentera kita, saya percaya ia memang memberi kelebihan.

    “Tetapi ia tidak mencukupi kalau kita sendiri tidak memastikan apa yang dirancang di atas kertas dapat diterjemahkan dalam satu perjalanan yang betul-betul dapat dirasai masa pembuangan undi Sabtu ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE

    Comment ()
  • Ikhlas penting dalam perjuangan - Ahmad Zahid
    Oleh NURULANUAR MANSOR

    KUALA KANGSAR 15 Jun - Setiap pejuang sama ada di atas pIatform politik, organisasi, ibadah dan sebagainya perlu diterap nilai keikhlasan

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ingatan tersebut turut mengingatkan agar masyanakat tidak melakukan sesuatu untuk mendapatkan maksud tertentu.

    Kata beliau dalam tazkirah sebelum majlis berbuka puasa bersama masyarakat di Masjid Kubang Pekan hari ini, pejuang perlu mengelakkan sama sekali meletakkan tujuan mengatasi keikhlasan.

    "Jika kita meletakkan perkara lain di atas keikhlasan, kekecewaan pasti akan timbul apabila apa yang dihajati tidak capai.

    "Ini akan menyebabkan masyarakat tidak boleh disatukan," kata beliau.

    Mengulas lanjut, Ahmad Zahid juga mengingatkan semua pihak supaya mengutamakan keikhlasan dan bukan melakukan sesuatu tugas kerana harapkan pulangan.

    "Insya-Allah yang ikhlas bekerja dari 5 hingga 18 Jun ini Allah akan balas, bukan harapkan pulangan pelbagai bentuk.

    "Kalau ini kita dapat tanamkan tanpa mengira parti, organisasi, insya-Allah akan ada hidayah dan petunjuk sesuatu yang lebih baik," jelas beliau.

    Yang turut hadir di majlis berbuka puasa tersebut ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Malaysia (Yakeb), Datuk Malek Noor.

    Pada majlis yang sama, Ahmad Zahid turut menyampaikan bantuan aidilfitri sumbangan Yakeb kepada anak-anak yatim. - UTUSAN ONLINE

    Comment ()

  • [PRK P.093] Jentera Pemuda, Puteri UMNO Sabah santuni waris wira Ops Daulat

    Jentera Pemuda dan Puteri UMNO Sabah yang diketuai oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Armizan Mohd. Ali menziarahi Som Mat Salleh, 78, ibu kepada wira Ops Daulat yang terkorban di Lahad Datu, Sabah, Allahyarham Koperal Sabaruddin Daud di Sabak Bernam hari ini.

    Mereka turut mengadakan gotong royong sejak petang tadi dengan membersihkan kawasan rumah dan mengadakan tahlil. Mereka turut berbuka puasa bersama keluarga di samping menyampaikan sumbangan untuk persediaan Aidil Fitri.

    Comment ()
  • FotoUTUSAN: AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN
    [PRK P.093] Jentera Pemuda dan Puteri UMNO Sabah yang diketuai oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Armizan Mohd. Ali (dua dari kanan) menziarahi ibu kepada Koperal Sabaruddin Daud, Som Mat Salleh ,78, yang terkorban dalam OPS Daulat di Lahad Datu, Sabah, di Sabak Bernam, hari ini.

    Comment ()
  • FotoUTUSAN: AMIR HAFIZ ABD RAHMAN
    [PRK P.093] Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendengar rintihan Mohd. Syakir Ismail, 46, yang cacat anggota tubuh akibat kemalangan dan hilang punca pendapatan ketika mengadakan tinjauan mesra Dewan Mini, Parit 9, Kampung Sungai Leman, hari ini.

    Comment ()
  • FotoUTUSAN: AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN
    [PRK P.093] Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama masyarakat setempat melaungkan 'Hidup BN' ketika mengadakan tinjauan mesra Dewan Mini Parit 9, Kampung Sungai Leman, hari ini.

    Comment ()
  • Ikhlas penting dalam perjuangan - Ahmad Zahid
    Oleh NURULANUAR MANSOR

    KUALA KANGSAR 15 Jun - Setiap pejuang sama ada di atas pIatform politik, organisasi, ibadah dan sebagainya perlu diterap nilai keikhlasan

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ingatan tersebut turut mengingatkan agar masyanakat tidak melakukan sesuatu untuk mendapatkan maksud tertentu.

    Kata beliau dalam tazkirah sebelum majlis berbuka puasa bersama masyarakat di Masjid Kubang Pekan hari ini, pejuang perlu mengelakkan sama sekali meletakkan tujuan mengatasi keikhlasan

    Comment ()
  • Kecoh, Rizal dihalang hadiri sidang akhbar Rafizi
    Oleh SAYED HESHAM IDRIS

    KUALA KANGSAR- Sidang media Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di Ibu Pejabat Amanah Kuala Kangsar, semalam kecoh apabila Pegawai Khas Isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor dihalang daripada menghadiri majlis tersebut.

    Kekecohan yang berlaku kira-kira 15 minit itu bermula apabila beberapa petugas Amanah menghalang Rizal memasuki tempat sidang akhbar atas alasan beliau tidak mendapat sebarang undangan daripada parti itu.

    Rizal ketika ditemui pemberita berkata, tindakan Rafizi itu sama sekali berbeza dengan personalitinya yang dikatakan berfikiran terbuka dan tidak menyekat hak kebebasan bersuara.

    "Kebebasan media dan kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan oleh Rafizi hanya pembohongan dan retorik semata-mata. Terbukti dia tidak menerima kehadiran saya," katanya.

    Menurut beliau, tujuan kedatangannya adalah untuk mendengar sendiri penjelasan Rafizi berhubung isu jet peribadi yang dikaitkan dengan Rosmah.

    "Saya datang sendiri ke sini nak dengar apa yang dia cakap supaya saya boleh ambil nota, dan saya boleh sediakan jawapan yang sepatutnya bagi menjawab segala tuduhan," katanya.

    Beliau berkata, laporan polis berkemungkinan dibuat dan ia berdasarkan laporan yang diperolehi daripada pihak media.

    "Akan tengok untuk buat laporan bergantung pada laporan media yang boleh melaporkan berita sepenuhnya," katanya.

    Ditanya sama ada menghadiri Pentas Perdana Pakatan Harapan Amanah yang turut dihadiri Rafizi selaku penceramah, katanya, ia bergantung atas jemputan Rafizi.

    "Insha ALLAH, kalau dijemput saya akan hadir dan duduk di bahagian paling hadapan," katanya. - UTUSAN ONLINE

    Comment ()
  • Kecoh, Rizal dihalang hadiri sidang akhbar Rafizi
    Oleh SAYED HESHAM IDRIS

    KUALA KANGSAR- Sidang media Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di Ibu Pejabat Amanah Kuala Kangsar, semalam kecoh apabila Pegawai Khas Isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor dihalang daripada menghadiri majlis tersebut.

    Kekecohan yang berlaku kira-kira 15 minit itu bermula apabila beberapa petugas Amanah menghalang Rizal memasuki tempat sidang akhbar atas alasan beliau tidak mendapat sebarang undangan daripada parti itu.

    Rizal ketika ditemui pemberita berkata, tindakan Rafizi itu sama sekali berbeza dengan personalitinya yang dikatakan berfikiran terbuka dan tidak menyekat hak kebebasan bersuara.

    Comment ()
  • YB Budiman pagi tadi bersahur bersama pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Falah, Simpang 5, Sg Besar.Moga Allah permudahkan perjalanan kempen YB Budiman sehingga ke akhir hari pengundian nanti.Amin yrb.#inilahbudiman-admin-

    Comment ()
Powered by ScribbleLive Content Marketing Software Platform