PRK Parlimen Kuala Kangsar (P.067), Sungai Besar (P.093)
Laporan langsung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar telah ditetapkan pada 18 Jun 2016 manakala penamaan calon akan diadakan pada 5 Jun sementara undi awal adalah pada 14 Jun 2016.






-
Hanya 75 peratus dijangka keluar mengundi di dua PRK
Oleh NURULANUAR MANSOR
KUALA KANGSAR 17 Jun - Hanya 75 peratus daripada 74, 996 pengundi dijangka keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P.067 Kuala Kangsar dan P0.93 Sungai Besar esok.
Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Sri Mohd. Hashim Abdullah jumlah berkenaan rendah berbanding 88 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.
Menurut beliau, jarak masa yang terlalu hampir dengan Hari Raya Aidil Fitri merupakan antara faktor yang menyumbang kepada peratusan berkenaan. -
[PRK P.067]
Mastura buang undi pukul 8.40 pagi
Oleh NURULANUAR MANSOR
KUALA KANGSAR 18 Jun - Pilihan Raya Kecil (PRK) P.067 Kuala Kangsar bermula secara rasmi tepat pada pukul 8 pagi.
Calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd. Yazid tiba ke pusat pembuangan undi di Sekolah Raja Perempuan Muzwin di sini sekitar 8. 30 pagi ditemani dua anak beliau iaitu Wan Iskandar Wan Mohamad Khair-il, Wan Muhammad Amar dan para penyokong.
Ketiga-tiga saingan beliau tidak mengundi di sini kerana kesemua mereka bukan pengundi berdaftar kawasan Parlimen ini. - UTUSAN ONLINE -
[PRK P.093] Calon Barisan Nasional, Budiman Mohd. Zohdi hadir membuang undi di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau bersama-sama keluarganya yang turut membuang undi di tempat yang sama 8.40 pagi tadi
-
-
-
-
-
[PRK P.093] Keluarga pengundi. Budiman Mohd. Zohdi bersama-sama bapanya, Mohd. Zohdi Abdullah; ibunya, Fatona Saimin dan isterinya, Norma Aida Abdullah membuang undi pada pukul 8.50 pagi.
-
FotoUTUSAN: HAFIZ JOHARI
[PRK P.093] Sebahagian peraih undi parti bertanding di pusat mengundi Balai Raya Bagan Sungai Besar bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar. -
-
-
-
[PRK P.093] Sehingga pukul 12 tengah hari ini, sebanyak 45 peratus atau 19,276 pengundi di Sungai Besar sudah melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar.
-
Gambar sumbangan Diyana Zamri
[PRK0.67]
Peratusan Keluar Mengundi setakat pukul 12.00 tengah hari
Jumlah : 46%
(Tidak Termasuk Undi Awal dan Undi Pos)
Sumber : SPR -
[PRK0.67]
Peratusan Keluar Mengundi setakat pukul 2 petang
Jumlah : 59%
(Tidak Termasuk Undi Awal dan Undi Pos)
Sumber : SPR -
[PRK P.093] BN 5,808; Pas 2,306; PAN 2,621.
Majoriti 3,159 -
[PRK P.093] BN 6,445; Pas 2,648; PAN 2,750
Majoriti 3,695 -
[PRK0.67]
Keputusan pengiraan undi kini telah mula diumumkan. -
-
-
-
-
-
-
-
[PRK P.093] BN 7,315; Pas 2,994; PAN 3,211.
Majoriti 4,104 -
[PRK0.67]
Keputusan rasmi selepas pengiraan undi daripada 25 saluran
BN - 3,844
PAN - 1,719
Pas - 1,419
Bebas - 18 -
[PRK P.093] BN 8,605 ; Pas 3,85; PAN 3,392.
Majoriti 5,023 -
[PRK0.67]
Anak-anak calon BN, Datin Mastura Mohd. Yazid baharu sahaja tiba ke Dewan Jubli Perak.