PRK Parlimen Kuala Kangsar (P.067), Sungai Besar (P.093)
Khamis 8 Disember 2016 / 9 Rabiul Awal 1438

PRK Parlimen Kuala Kangsar (P.067), Sungai Besar (P.093)

Laporan langsung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar telah ditetapkan pada 18 Jun 2016 manakala penamaan calon akan diadakan pada 5 Jun sementara undi awal adalah pada 14 Jun 2016.

  • #VideoUtusan: Suasana terkini di Pusat Penamaan Calon PRK Sungai Besar P.093.
    #BeritaMalaysia #UtusanMalaysia #UtusanOnline #prksungaibesar

    Comment ()
  • [PRK P.093] Budiman Mohd. Zohdi sempat bertanya khabar kepada calon Pas, Dr. Abdul Rani Osman selepas menghantar borang pencalonan.

    Comment ()
  • [PRK P.093] Ketiga-tiga calon, dari PAN, Azhar Ab Shukur, Dr. Abdul Rani Osman (Pas) dan Budiman Mohd. Zohdi (BN) menunjukkan nombor pencalonan masing-masing

    Comment ()
  • [PRK P.093] Pengumuman penerimaan pencalonan oleh Pengarah PRK Parlimen Sungai Besar, Mohd. Khairudin Md. Som (kiri)

    Comment ()
  • [PRK P.093] Pengurus PRK Parlimen Sungai Besar, Mohd. Khairudin Md. Som (kiri) mengumumkan pencalonan Budiman Mohd. Zohdi diterima.

    Comment ()
  • [PRK P.093] Sifat matang antara tiga calon dan penyokong yang akan bertanding di PRK Sungai Besar memudahkan perjalanan proses penamaam calon hari ini.

    Comment ()
  • [PRK P.093] Lebih 300 media berada di Pusat Penamaan Calon PRK Parlimen Sg. Besar hari ini

    Comment ()
  • [PRK P.093] Calon PRK Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi bergambar bersama-sama kepimpinan tertinggi Barisan Nasional selepas pengumuman penerimaan pencalonan oleh SPR.

    Comment ()
  • [PRK P.093] Calon BN, Budiman Mohd. Zohdi mendapatkan restu daripada ayahnya, Mohd. Zohdi Abdullah sebelum ke pusat penamaan calon di Dewan Seri Bernam

    Comment ()
  • [PRK P.093] Budiman mendapatkan restu daripada ibunya, Fatona Saimin sebelum ke pusat penamaan calon

    Comment ()
  • [PRK P.093] Budiman mendapatkan restu isterinya, Norma Aida Abdullah sebelum ke pusat penamaan calon.

    Comment ()
  • #VideoUtusan: Pengumuman penerimaan pencalonan PRK Parlimen Sungai Besar (P.093) oleh Pengurus PRK, Mohd. Khairudin Md. Som di Pusat Penamaan Calon Dewan Seri Bernam.
    #BeritaMalaysia #UtusanMalaysia #UtusanOnline #prksungaibesar

    Comment ()
  • Budiman ditentang Pas dan PAN
    SABAK BERNAM 5 Jun - Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan PAN.

    Pegawai Pengurus PRK berkenaan, Mohd. Khairudin Md. Som mengumumkan demikian pada pukul 10.28 pagi ini selepas penamaan calon selesai.

    BN diwakili Budiman Mohd. Zohdi manakala Pas oleh Dr. Abdul Rani Osman diikuti calon PAN, Azhar Abd. Shukor. - UTUSAN ONLINE

    Comment ()
  • Budiman mahu tembus tembok pembangkang di Sekinchan
    SUNGAI BESAR 5 Jun - Lahir di Sungai Besar memberikan kelebihan kepada calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd. Zohdi dalam meraih undi dan berkhidmat kepada akar umbi.

    Menurut Budiman, 44, sebagai anak jati Sungai Besar, dia sudah mengenali sebilangan besar penduduk di daerah ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

    Malah katanya, jika sebelum ini Sekinchan dikatakan kawasan 'hitam' bagi BN, namun dia berazam untuk memecah tembok pembangkang berkenaan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar (PRK P.093) kali ini.

    "Saya tidak mempunyai masalah untuk berjumpa dengan para pengundi, tidak kiralah mereka bekerja sebagai petani, nelayan ataupun pekebun.

    "Semua saya kenal, jadi saya tidak ada masalah untuk berjumpa dengan mereka sepanjang tempoh kempen, " katanya ketika ditemui selepas penamaan calon di Dewan Seri Bernam di sini hari ini.

    Tambah Budiman, sepanjang tempoh kempen dua minggu ini, BN telah merancang pelbagai strategi untuk meraih undi lebih-lebih lagi pengundi di Sekinchan yang menjadi kubu kuat pembangkang.

    Budiman yang berasal dari Kampung Sungai Limau dekat sini juga merupakan Setiausaha BN Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang.

    Calon BN PRK P0.93 itu kini sedang melanjutkan pendidikan ke peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Beliau sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 16 tahun.

    Seramai 42,655 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 42,365 pengundi biasa, 286 pengundi awal dan empat pemilih tidak hadir luar negara layak menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK Parlimen Sungai Besar.

    Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong berikutan penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga merupakan Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. - UTUSAN ONLINE

    Comment ()
  • [KUALAKANGSAR]

    Persaingan merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar ini dijangkakan berlaku secara tiga penjuru antara calon BN, Datin Mastura Mohd. Yazid; calon Dr. Najihatussalehah Ahmad dan calon PAN, Dr. Termizi Ramli.

    Comment ()
  • Calon BN hantar pencalonan rasmi
    Oleh NURULANUAR MANSOR

    KUALA KANGSAR 5 JUN - CaIon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd. Yazid selesai menghantar borang pencalonan rasmi beliau pada pukul 9 pagi ini.

    Borang pencalonan balu bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad diserahkan oleh wakil Mastura, Ahli Dewan Undangan Negeri Manong, Mohamad Kamil Shafie bersama ADUN Bukit Chandan, Mazlin Sham Razman sebagai pencadang.

    Mengiringi wakil calon BN ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

    Kerusi P.067 ini kosong ekoran kematian Mohammad Khair-il dalam nahas helikopter di Batang Lupar, Sebuyau pada 5 Mei lalu yang turut mengorbankan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dan empat yang lain.

    PRK Kuala Kangsar berjalan serentak dengan PRK Sungai Besar. - UTUSAN ONLINE

    Comment ()
  • Calon Pas, PAN serah borang pencalonan
    Oleh NURULANUAR

    KUALA KANGSAR 5 Jun - Calon Pas, Dr. Najihatussalehah Ahmad dan calon PAN, Dr. Ahmad Termizi Ramli masing-masing menyerahkan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar kira-kira pukul 9.30 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak di sini.

    Najihatussalehah diiringi pencadang,Yang Di Pertua Pas Kuala Kangsar, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob dan penyokong, Timbalan Ketua Muslimat Pas Kuala Kangsar, Rahimah Musa.

    Manakala Ahmad Termizi hadir ke pusat penamaan diiringi diiringi Pegawai Komunikasi PAN Kuala Kangsar, Ahmad Zubair Yaacob sebagai pencadang dan Ahli Jawatankuasa PAN Kuala Kangsar, Mejar (B) Yahya Ariff Kamaruzzaman sebagai penyokong.

    Yang turut hadir memberi sokongan kepada calon masing-masing ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah; Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub. - UTUSAN ONLINE

    Comment ()
  • Anak sedia kongsi Mastura dengan masyarakat
    Oleh SAFINA RAMLI

    KUALA KANGSAR 5 Jun - Anak-anak kepada calon Barisan Nasional (BN) Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd. Yazid bersedia untuk menerima hakikat bahawa mereka akan  berkongsi seorang ibu dengan masyarakat setempat jika wanita itu menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar nanti.

    Anak sulung Mastura, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar berkata, dia dan tiga lagi adiknya, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Amar sudah terbiasa dengan perjuangan arwah bapa, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang aktif dalam dunia politik sejak mereka kecil.

    "Tidak menjadi masalah jika ibu menjadi pilihan pengundi bagi mewakili penduduk di Parlimen Kuala Kangsar kerana sejak dulu kami tahu papa dan juga ibu kami milik masyarakat. 

    "Malah kami gembira jika ibu terpilih kerana ibu dapat menyambung perjuangan arwah papa yang begitu sayangkan Kuala Kangsar," katanya ketika ditemui di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

    Menurut Wan Emir Astar, mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk menyokong dan bersama-sama ibu bagi menghadapi cabaran sepanjang kempen PRK Kuala Kangsar berlangsung.

    "Kami sebenarnya masih menghadam perasaan dan pengalaman ini (kehilangan papa dan ibu dipilih sebagai calon BN untuk PRK Kuala Kangsar).

    "Semua ini satu pengalaman yang luar biasa buat kami, malah hari ini untuk mengambil semangat papa saya pakai kasut arwah serta kami memakai baju yang sama warna dengan baju dipakai papa sewaktu hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

    Katanya, dia berharap agar pengundi di Kuala Kangsar membuat pilihan yang bijak dengan memilih ibunya yang berhasrat menyambung perjuangan arwah bapanya.


    "Ibu kami ini sebenarnya mengganggap jasadnya membawa roh arwah papa, dan undi yang diberikan ialah untuk Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar namun melalui Mastura Yazid, bergitulah keadaannya," jelasnya.

    Dalam pada itu, Wan Emir Astar juga berharap semua penyokong menjaga adab ketika berkempen termasuk ketika di laman sosial.

    "Memang sebagai Muslim kita kena menjada adab terutama di bulan Ramadan, kita kena praktik budi bahasa yang baik, kami juga ada hati dan perasaan, memang ada pandangan berbeza tetapi adab perlu dijaga,"katanya.

    Sementara itu, bapa Mastura, Datuk Seri Mohd. Yazid Baba yang juga Timbalan Presiden Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), berkata, selain sokongan daripada beliau, jentera Mubarak juga akan turun membantu kempen Mastura pada PRK kali ini.

    "Seluruh jentera Mubarak akan membantu Mastura dan kita harap kemenangan berpihak kepadanya nanti," jelasnya. - UTUSAN ONLINE

    Comment ()
  • KUALA KANGSAR 5 Jun - Rakaman proses penamaan calon PRK P. 067 Parlimen Kuala Kangsar yang berlangsung di Dewan Jubli Perak di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE /ANUAR MANSOR

    Comment ()
  • Abu Backer tidak mahu hantar pencalonan, bukan ditolak - SPR
    Oleh NURULANUAR MANSOR

    KUALA KANGSAR 5 Jun - Pengarah Pilihan Raya Negeri, Ahmad Adli Abdullah hari ini menjelaskan, Datuk Abu Backer Sidek, 48, sebenarnya tidak mahu menghantar borang pencalonan ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar pagi tadi dan bukannya permohon beliau ditolak oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.

    Justeru, menurut beliau, Abu Backer tidak sepatutnya bertindak mengoyak Surat Akuan Sumpah Kerahsiaan, menepuk meja dan memarahi Pengurus Pilihanraya Kuala Kangsar, Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria ketika berurusan dengan pegawai tersebut di Pusat Penamaan Calon Dewan Jubli Perak.

    Ahmad Adli menjelaskan, pegawainya telah bersikap walaupun Abu Backer tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan.

    "Ketika bertemu dengan Pengurus Pilihan Raya, Abu Backer memberitahu dia menunggu seseorang dan jika individu berkenaan tiba, dia tidak akan menjalani proses pencalonan.

    "Pegawai saya hanya meminta beliau tidak menunggu di meja pencalonan agar perjalanan proses penamaan calon tidak terganggu," jelas beliau ketika ditemui Utusan Online.

    Jelas Ahmad Adli, Abu Backer sepatut telah jelas dan faham dengan prosedur yang ada kerana beliau sebelum ini pernah bertanding di PRK Gelugor pada 2015.

    Walau bagaimanapun, Ahmad Adli memberitahu insiden berkenaan dapat diselesaikan dengan baik dan tidak merencat proses penamaan calon. - UTUSAN ONLINE

    Comment ()
  • KUALA KANGSAR 5 Jun - Pengarah Pilihan Raya Negeri, Ahmad Adli Abdullah menjelaskan mengenai insiden pegawai pilihan raya dimarahi dimarahi ketika menguruskan proses penamaan calon di Dewan Jubli Perak di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ANUAR MANSOR

    Comment ()
  • KUALA LUMPUR 5 Jun - Temubual bersama anak calon PRK P0.67 Parlimen Kuala Kangsar, Wan Emir Astar mengenai pencalonan ibu beliau Datin Mastura Mohd.Yazid. - UTUSAN ONLINE/SAFIENA RAMLI

    Comment ()
  • Saya wanita Kuala Kangsar, fokus saya isu tempatan - Mastura
    Oleh NURULANUAR MANSOR

    KUALA KANGSAR 5 Jun - "Saya wanita Kuala Kangsar dan telah 27 tahun berkhidmat bersama arwah suami ( Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad), untuk masyarakat di sini," tegas calon Pilihan Raya Kecil (PRK) P.067 Parlimen Kuala Kangsar Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd. Yazid dalam sidang akhbar di rumah beliau di sini hari ini.

    Tambah Mastura, soal "orang luar" tidak timbul dalam pencalonan beliau pada PRK ini kerana masyarakat di sini lebih bijak menilai berdasarkan kerja-kerja pembangunan kawasan ini yang telah dilakukan sejak 27 tahun lalu bersama arwah Khair-il Anuar.

    Mastura turut menjelaskan, beliau dengan rela hati menerima pencalonan oleh pimpinan parti kerana memikirkannya sebagai satu peluang untuk memberi fokus kepada isu-isu tempatan serta meneruskan kerja-kerja arwah suaminya untuk masyarakat tempatan.

    "Saya berkahwin dengan orang sini dan telah bekerja bersama arwah untukarwah untuk masyarakat Kuala Kangsar .

    "Bialah apa orang mahu kata, masyarakat di sini lebih tahu cara kerja kami dan saya yakin serta serahkan kepada orang Kuala Kangsar untuk membuat pilihan yang bijak," kata beliau dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir itu.

    Turut hadir, keempat-empat anak Mastura iaitu Wan Emir Astar Wan Imar Izzat, Wan Iskandar, Wan Muhammad Amar serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Mohd. Kamil Shafie serta ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman. - UTUSAN ONLINE

    Comment ()
  • KUALA KANGSAR 5 Jun - Sidang media yang diadakan oleh calon PRK P.067 Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd. Yazid di kediaman beliau di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ANUAR MANSOR

    Comment ()


  • Rumah bilal masjid hangus terbakar

    SABAK BERNAM 5 Jun - Ketika umat Islam negara ini sedang bersiap sedia menyambut Ramadan, bilal Masjid Hasyimiah Sungai Limau menerima ujian awal apabila rumahnya yang terletak di Jalan Haji Harun dekat sini hangus terbakar 70 peratus malam tadi.

    Ketika kejadian, bilal berkenaan Musolli Resad, 63, bersama isteri dan menantunya berada di masjid bersiap sedia mengerjakan solat sunat Terawih.

    Bomba yang menerima panggilan pada pukul 9.02 malam bergegas ke tempat kejadian dan tiba pada pukul 9.10 malam manakala api berjaya dikawal 10 minit kemudian.

    Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam, Pegawai Bomba Kanan Azhar Ngah Rawi berkata, dua jentera bomba dari Sungai Besar dan Sabak Bernam bersama satu ambulans EMRS bersama 14 anggota berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya pada pukul 9.50 malam.

    Api dikatakan berpunca dari bahagian belakang rumah dan kerugian dianggarkan RM300,000.

    Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar turut berada di tempat kejadian untuk menghulurkan sumbangan awal RM10,000. - UTUSAN ONLINE

    Comment ()

  • Abang Budi solat tarawih bersama jemaah Binjai Jaya

    Ketibaan bulan Ramadan tidak menghalang calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi membataskan pergerakkan untuk bertemu para pengundi.

    Kesempatan itu juga diambil Budiman atau lebih mesra dipanggil Abang Budi untuk menunaikan solat secara berjemaah termasuk solat sunat tarawih di masjid-masjid sekitar Sungai Besar.

    Semalam, Abang Budi bersama-sama 100 jemaah Binjai Jaya di Sungai Panjang menunaikan solat sunat tarawih sebaik sahaja selesai solat Isyak di Masjid Nurul Hidayah, Parit 16, Sungai Panjang.

    Abang Budi turut menyertai penduduk kampung untuk menikmati hidangan moreh selepas solat sunat tarawih sebelum begegas ke Sungai Limau menziarahi bilal Masjid Hasyimiah, Musolli Resad, di mana rumahnya musnah dalam satu kebakaran malam tadi. - UTUSAN ONLINE


    #BeritaMalaysia #UtusanMalaysia #UtusanOnline #prksungaibesar

    Langgan akhbar digital Utusan di bit.ly

    Comment ()


  • Padi Sekinchan menguning, bukan semuanya menjadi

    Melalui kawasan dari Tanjung Karang, Sekinchan ke Sungai Besar sampailah ke Sabak Bernam pasti mata tak akan terlepas pandang kehijauan sawah dan kekuningan padi yang sedang masak.

    Dalam semua daerah itu, Sekinchan sering menjadi tumpuan dan boleh dikatakan kawasan berkenaan merupakan jelapang padi bagi negeri Selangor, namun fenomena El Nino yang berlaku sebelum ini turut memberi kesan mendalam.

    Kekuningan padi yang dilihat mungkin disangkakan padi sudah masak namun sebenarnya menyimpan satu realiti yang tidak semua tahu iaitu, padi angin.

    Padi angin bermaksud padi yang mudah relai dan masak lebih awal sehingga menyebabkan padi berkenaan tidak dapat menghasilkan kualiti padi yang dikehendaki dan ini membimbangkan para pesawah. - UTUSAN ONLINE

    #BeritaMalaysia #UtusanMalaysia #UtusanOnline #prksungaibesar

    Langgan akhbar digital Utusan di bit.ly

    Comment ()
  • [PRK P.093] Foto Utusan HAFIZ JOHARI

    Sementara menanti waktu berbuka, calon BN PRK Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi bersama-sama Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong mengadakan walkabout di sekitar penempatan berhampiran Jeti Sekinchan. Peluang itu diambil Budiman atau lebih mesra dikenali sebagai Ahmad dalam kalangan pengundi berbangsa Tionghua, untuk berkempen sempena PRK ini.

    Comment ()
  • [PRK P.093] Foto Utusan HAFIZ JOHARI

    Comment ()
  • [PRK P.093] Foto Utusan HAFIZ JOHARI

    Comment ()
  • Perbaiki khidmat kesihatan, ekonomi belia pinta pengundi Kuala Kangsar
    Oleh NURULANUAR MANSOR

    KUALA KANGSAR 6 Jun - Naik tarafkan perkhidmatan kesihatan, perluaskan peluang ekonomi belia dan perbaiki kemudahan awam merupakan permintaan para pengundi di Kuala Kangsar kepada bakal Ahli Parlimen baharu kawasan P. 067 ini.

    Rata-rata pengundi di sini menyatakan berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah diberikan oleh penyandang sebelum ini, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan mahukan pengantinya meneruskan dan memperhebatkan lagi usaha beliau.

    Salah seorang warga Kuala Kangsar yang ditemui, Mohd. Mulyadi Ali, 46, memberitahu, kepadatan penduduk di kawasan ini menjadikan usaha naik taraf perkhidmatan kesihatan di sini satu kepentingan.

    "Selama ini jika ada kes kesihatan yang kritikal kami terpaksa merujuk ke Ipoh atau Taiping kerana ketiadaan doktor pakar di sini," kata beliau ketika ditemui Utusan Online.

    Seorang lagi pengundi, Nadia Idris, 26, berharap agar Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang baharu akan mewujudkan peluang-peluang ekonomi untuk golongan belia.

    "Purata pendapatan bekerja sendiri di sini adalah antara RM1,000 hingga RM 2,000 yang mana tidak memadai dengan keperluan semasa," kata peniaga dalam talian itu.

    Rata-rata mereka yang ditemui juga berharap agar perkhidmatan awam di kawasan ini diperbaiki bagi menjaga kepentingan mereka. - UTUSAN ONLINE

    Comment ()
  • KUALA KANGSAR 5 Jun - Rakaman tinjauan harapan pengundi Kuala Kangsar kepada bakal pengganti Ahli Parlimen Kuala Kangsar. - UTUSAN ONLINE/ANUAR MANSOR

    Pengundi 1 - MOHD. MULYADI ALI
    Pengundi 2 - KAMISAH RAMLAN
    Pengundi 3 - MOHD. ROSLAN ALIAS
    Pengundi 4 - PUAN CHIA
    Pengundi 5 - NADIA ALIAS

    Comment ()
  • Pengundi Cina kembali sokong BN - Megat Ahmad Shahrani
    Oleh NURULANUAR MANSOR

    KUALA KANGSAR 7 Jun - Pengundi Cina bagi kawasan Parlimen Kuala Kangsar menunjukkan gambaran positif akan memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd. Yazid dalam PilihanRaya Kecil (PRK) kawasan itu pada 18 Jun ini.

    Menurut wakil calon BN, Datuk Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin, kesimpulan tersebut diperolehi daripada beberapa siri tinjauan dan perbincangan yang dibuat dengan wakil-wakil parti Gerakan dan MCA Perak.

    Jelas beliau, masyarakat Cina khususnya di Kuala Kangsar kini sedar kepentingan menyokong BN selepas melihat pergolakan-pergolakan yang berlaku dalam kalangan parti penbangkang.

    "Mereka kini tidak lagi meyakini pembangkang seperti pada tahun 2008 dan 2013 yang lalu dan kembali menyedari bahawa BN benar-benar menjaga kepentingan semua pihak.

    "Peluang untuk BN menguasai pilihan raya kali adalah cerah dengan sokongan mereka dan juga disebabkan oleh persaingan antara Pas dan PAN," kata beliau kepada Utusan Online ketika program bertemu pengundi Cina di sin,i semalam.

    Megat Ahmad Shahrani berkata, sekarang adalah waktu untuk jentera pilihan raya BN menumpukan usaha memperkukuhkan lagi sokongan pengundi dan memastikan kemenangan di Kuala Kangsar. - UTUSAN ONLINE

    Comment ()
  • KUALA KANGSAR 7 Jun - Temu bual dengan wakil calon PRK P.067 Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Megat Ahmad Shahrani Megat Sharudin mengenai sokongan pengundi Cina terhadap BN. UTUSAN ONLINE/ANUAR MANSOR

    Comment ()
  • [P.O67]

    KUALA KANGSAR 7 Jun - Penduduk kampung, Ahmad Yusof Hurmaini menunjukkan tanda 1 Malaysia kepada pemberita ketika melakukan persiapan akhir menyambut ketibaan anak-anak calon PRK KUALA KANGSAR BN, Mastura Mohd. Yazid ke PDM Kampung Bekor di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ANUAR MANSOR

    Comment ()
  • [P.O67]
    KUALA KANGSAR 7 Jun - Para petugas media sabar menanti ketibaan anak-anak calon PRK KUALA KANGSAR BN, Mastura Mohd. Yazid yang dijadualkan tiba ke PDM Kampung Bekor pada pukul 9 pagi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ANUAR MANSOR

    Comment ()
Powered by ScribbleLive Content Marketing Software Platform