Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, 4 Nov 2013
Selasa 9 Julai 2019

Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, 4 Nov 2013

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah, 23 Okt - 4 Nov 2013

  • PRK: 23 Oktober penamaan, 4 November pengundian

    PUTRAJAYA 3 Okt. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 23 Oktober ini manakala tarikh pengundian 4 November depan.

    Artikel Penuh: www.utusan.com.my
    © Utusan Melayu (M) Bhd
  • BN umum calon 21 Oktober

    ALOR SETAR 3 Okt. - Nama calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, 4 November ini dijangka diumumkan pada 21 Oktober.

    Artikel Penuh: www.utusan.com.my
    © Utusan Melayu (M) Bhd
  • Cabaran getir menanti di Sungai Limau

    Hakikatnya, pilihan raya kecil kali kedua selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) - selepas Kuala Besut - ini tidak semudah yang dijangkakan. Sungai Limau memang kubu kuat Pas sejak dulu lagi.

    Artikel Penuh: www.utusan.com.my
    © Utusan Melayu (M) Bhd
  • BN janji bawa pembangunan

    IPOH 4 Okt - Barisan Nasional (BN) menawarkan pembangunan di Sungai Limau, Kedah jika berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada 4 November ini.

    Artikel Penuh: www.utusan.com.my
    © Utusan Melayu (M) Bhd
  • Calon BN PRK DUN Sungai Limau diumum 21 Oktober - TPM

    YAN 8 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengumumkan nama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 21 Okt ini.

    Artikel Penuh: www.utusan.com.my
    © Utusan Melayu (M) Bhd
  • Ceramah berkelompok BN dekati pengundi Sungai Limau

    JERAI 13 Okt. - Barisan Nasional (BN) akan menggunakan kaedah berceramah secara berkelompok bagi mendekati pengundi-pengundi dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November ini.

    Artikel Penuh: www.utusan.com.my
    © Utusan Melayu (M) Bhd
  • PRK Sungai Limau: BN Kedah senarai 4 nama

    KUALA KANGSAR 16 Okt. - Barisan Nasional (BN) Kedah telah menyenaraikan empat nama untuk dipilih sebagai calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November ini.

    Artikel Penuh: www.utusan.com.my
    © Utusan Melayu (M) Bhd
  • Saya sampai di Gunung Semanggol dari Kuala Lumpur untuk ke Sungai Limau, ramai anggota FRU, mungkin destinasi kami sama.
  • Untuk lihat kedudukan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah atau N.20, sila ke Peta Kawasan Pilihan Raya Negeri Kedah di ww2.utusan.com.my

  • Calon Pas, Azam Samat, bagi PRK DUN Sungai Limau, Kedah

    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 10/21/2013 4:55:28 PM
  • Mat Sabu sekarang, bukan yang dulu
    Oleh BORHAN ABU SAMAH

    'Áku yang dulu bukanlah yang sekarang...''itu antara bait lirik lagu popular dendangan penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar yang sering berkumandang di corong-corong radio pada masa ini.

    Lagu itu menceritakan bagaimana seorang anak kecil berhijrah ke kota mencari kehidupan yang lebih baik. Walaupun tanpa pendidikan kerana kemiskinan tetapi akhirnya dia menjadi artis popular.

    Bagaimanapun situasi berbeza menimpa pemimpin Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu. Satu ketika dahulu beliau memang cukup popular puluhan ribu orang akan hadir ceramah beliau, tetapi semalam hanya dihadiri tidak sampai 100 orang.

    Slot awal buat Timbalan Presiden Pas itu juga menjadi sesuatu yang agak janggal, kerana sebelum ini beliau akan diberi slot terakhir kerana kehadiran beliau memang ditunggu-tunggu.

    Ketika Mat Sabu berceramah pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau malam ini, orang ramai kelihatan seolah-olah acuh tidak acuh dan sibuk berbual-bual di kedai kopi berdekatan. Mereka kelihatan rancak berbual sesama rakan sambil menghirup kopi pekat dan bihun sup yang cukup popular di Kedah.

    Nampaknya menghirup kopi pekat dan bihun sup lebih enak daripada mendengar ceramah Mat Sabu yang sebelum ini mengesahkan akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Pas yang disandang pada Muktamar Pas bulan hadapan.

    Dahulu bukan sahaja ceramah Mat Sabu menjadi kegilaan orang ramai, bahkan kaset-kaset rakaman ceramah beliau laris seperti goreng pisang panas

    Ceramah Mat Sabu biasanya cukup sinis dan berbisa serta sering diselitkan dengan jenaka yang menyebabkan para hadirin tidak kering gusi ketawa.

    Mungkin Mat Sabu sudah kehilangan modal. Suatu ketika dahulu modal beliau ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu berada di dalam kerajaan. Pelbagai gelaran diberikan kepada pemimpin itu. Bagaimanapun kini mereka berada di dalam kem yang sama menyebabkan Mat Sabu ketandusan idea.

    Hendak bercakap tentang pembangunan negara, apalah sangat pembangunan yang telah dilakukan oleh Pas ketika memerintah Kedah selama satu penggal. Kelantan yang diperintah berpenggal-penggal pun masih ketinggalan seperti Malaysia di tahun 70-an.

    Hendak bercakap tentang ekonomi, itu bukan bidang beliau. Malam ini tinggallah golongan tua yang mendengar ceramah Mat Sabu kerana golongan muda tidak menunjukkan minat.

    Hendak mengutuk berlebihan pemimpin UMNO, mungkin Mat Sabu sedar penduduk di Sungai Limau yang terkenal dengan pegangan agama yang kuat memang tidak gemar dengan politik adu domba, memaki serta mencerca lawan.

    Mat Sabu juga seorang pelupa kerana menuduh Kerajaan Negeri Kedah yang diperintah Barisan Nasional (BN) gagal menyediakan kemudahan asas yang baik di Sungai Limau, sedangkan BN baru beberapa bulan sahaja merampas kembali negeri Jelapang Padi itu daripada Pas yang memerintah selama satu penggal, bahkan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, Tan Sri Azizan Razak adalah wakil rakyat kawasan berkenaan dan pilihan raya kecil diadakan kerana kematian Azizan.

    Jalan-jalan yang baru diturap dituduh sengaja diturap kerana pilihan raya kecil. Persoalannya mengapa Pas tidak pernah berbuat apa-apa setelah menguasai Sungai Limau selama lima penggal berturut-turut dan memerintah Kedah?

    Selama ini juga jalan-jalan yang dibina di Sungai Limau sehingga ke hadapan tangga rumah memang dilakukan oleh kerajaan BN, walaupun penduduk kawasan berkenaan tidak pernah menghargai atau berterima kasih.

    Bayangkan jika mereka memilih BN kali ini. Tentunya pelbagai projek infrastruktur mencurah-curah datang kerana mereka diwakili oleh pemimpin yang datang daripada parti yang memerintah di negeri dan Persekutuan.

    Tidak salah penduduk Sungai Limau melakukan eksperimen dengan memberi peluang kepada BN kali ini, apatah lagi penggal ini hanya tinggal kira-kira empat tahun lagi dan jika pilihan raya diadakan lebih awal penggal kali ini mungkin tinggal hanya tiga tahun.

    Jika terbukti BN tidak menepati janji, penduduk Sungai Limau boleh memberi kembali kerusi berkenaan kepada Pas. Tempoh tiga tahun sangat singkat, pejam celik, pejam celik sudah tamat penggal.

    Jika Penduduk Sungai Limau tidak berani melakukan perubahan mereka akan terus berada ditakuk lama. Orang-orang tua mungkin berasa selesa dengan keadaan sekarang.

    Bagaimana pula dengan nasib orang muda yang terpaksa berhijrah ke bandar yang terdekat iaitu Alor Setar dan Sungai Petani, hingga ke Pulau Pinang untuk mencari pekerjaan kerana kerja di sawah dan sebagai nelayan tidak menjanjikan kehidupan yang lebih baik memandang saiz sawah padi yang kecil dan tangkapan yang sedikit sebagai nelayan pesisiran pantai.

    Ada anak muda yang terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memperbaiki taraf hidup keluarga. Sedangkan Sungai Limau yang terletak tidak jauh dari kaki Gunung Jerai dan berdekatan dengan pantai mempunyai potensi besar untuk dibangunkan.

    Pembangunan bermakna peluang pekerjaan diwujudkan bertambah. Pembangunan juga bermakna pendapatan yang lebih tinggi.

    Dalam tempoh tujuh tahun lagi negara kita akan menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi. Inilah peluang penduduk Sungai Limau untuk bersama-sama dengan kerajaan yang mempunyai wawasan jelas untuk kesejahteraan rakyat.

    Penceramah terakhir malam ini ialah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub. Orang ramai mulai berpusu-pusu sehingga petugas terpaksa menambah kerusi. - UTUSAN ONLINE

    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 10/23/2013 2:24:41 PM
  • Calon BN Dr. Ahmad Sohaimi Lazim memakai lencana BN kepada penyokong Abidin Md Sin semasa beliau melakukan tinjauan sekitar Sungai Limau.

  • Video: Lawatan calon BN Dr. Ahmad Sohaimi Lazim mangsa ribut Sungai Limau.
    Rumah yang juga kedai milik mangsa Abidin Md. Sin, 59, tercabut bumbung.

    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 10/24/2013 2:34:33 AM
  • Mahfuz nafi tolak kepimpinan Allahyarham Azizan
    oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

    JERAI 24 Okt. – Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar membuat penafian tegas bahawa beliau menolak kepimpinan bekas Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

    Bercakap pada satu sidang akhbar di sini hari ini, Mahfuz menafikan sebaran mesej pesanan ringkas (SMS) yang berlegar semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kini bahawa kononnya, beliau menolak kepimpinan Allahyarham Azizan.

    "Dia kata tolak? Saya hari-hari jumpa Ustaz Azizan dia kata tolak? Itu SMS-SMS hantu sajalah. Itu SMS hantu yang hendak melaga-lagakan.

    “Sepatutnya tidak wajar untuk dia membangkitkan perkara saya dengan Ustaz Azizan. Ustaz Azizan sudah tidak boleh jawab.

    “Hari-hari saya telefon Ustaz Azizan mai datang rumah minum kopi," kata Mahfuz dalam sidang akhbar tersebut.

    Mahfuz turut mempersoalkan kewajaran membandingkan calon Pas bagi PRK DUN Sungai Limau, Mohd. Azam Abd Samat dengan Allahyarham Azizan.

    "Nak ambil bayangan buat apa? Orang itu sudah mati. La ni dok hidup, ambil bayangan orang yang hidup ni.

    “Macam Menteri Besar Kedah ini. Bayangan pak dia tu sampai nak bertanding Naib Presiden pun mak kena buat satu wawancara, pak pun terpaksa. Itu pun tak menang," jelas Mahfuz.

    Hari pertama sidang akhbar Pas bagi PRK DUN Sungai Limau hari ini menyaksikan kepimpinan dan calon parti itu, Mohd. Azam Abd Samat terpaksa menjelaskan beberapa isu yang menjadi beban Pas sepanjang tempoh berkempen sehingga hari pilihan raya pada 4 November nanti.

    Antara lain, persepsi kononnya Mohd. Azam menumpang populariti dan imej bekas Menteri Besar Kedah yang juga ADUN Sungai Limau selama 5 penggal, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

    Mohd. Azam yang turut hadir pada sidang akhbar itu menafikan cara beliau yang menampilkan ciri-ciri berpolitik secara damai dalam kempen PRK DUN Sungai Limau dibayangi pendekatan yang diambil oleh Allahyarham Azizan yang disenangi kawan dan disegani lawan politik itu.

    "Rakyat pernah bagi Pas peluang mentadbir dengan politik berdamai bukan dimulakan oleh Ustaz Azizan tetapi daripada kepimpinan ulama-ulama terdahulu.

    “Saya berpendidikan agama dan diajar oleh agama untuk kita berpolitik secara damai. Bukan nak ambil bayangan siapa-siapa," kata Mohd. Azam yang menafikan dakwaan tersebut. - UTUSAN ONLINE

    by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 10/24/2013 7:04:42 AM
  • Saya sekarang berada di Pejabat Penghulu Mukim Sala yang akan berlangsung Program Yayasan Felda yang akan dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad. Calon BN Dr. Ahmad Sohaimi Lazim dijangka hadir.

    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 10/24/2013 7:17:42 AM
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir turut hadir.

    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 10/24/2013 7:34:46 AM
  • Isa memberitahu, 700 orang diberi cermin mata termasuk ahli Pas antara yang awal datang.

    Sebanyak 23 buah masjid diberi buku agama. Sistem pembesar suara. Sebanyak 30,000 surah Yassin juga diberikan.

    Felda turu mengedarkan minyak masak Saji dan sabun mandi keluaran Felda.
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 10/24/2013 7:38:17 AM
  • Isa berkata, Felda agihkan kekayaan dan di Kedah sebanyak 1,300 buah rumah diperbaiki dengan belanja keseluruhan RM7 juta.
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 10/24/2013 7:40:40 AM
  • Isa kata penggundi Sungai Limau cuba pilih Dr. Ahmad Sohaimi dan pelbagai bantuan oleh kerajaan negeri dan Pusat. Jika terus pilih Pas, pengundi terpaksa tolong diri sendiri.

    Belum menang pelbagai bantuan diberi. Bayangkan jika sudah menang.

    Orang Sungai Limau diminta mendengar Bajet diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apa yang diberikan kepada rakyat. Jangan hanya dengar cakap pemimpin Pas sahaja.
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 10/24/2013 7:44:27 AM
  • Isa berkata, pengundi Sungai Limau jangan tolak tuah yang ada di depan mata.

    Isa selaku Pengerusi Yayasan Felda memberitahu, duit disalurkan untuk bantuan kepada rakyat dan tidak berunsur keuntungan.
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 10/24/2013 7:46:57 AM
  • VIDEO: Ustaz Azizan menjadi mangsa serangan peribadi pemimpin Pas sendiri

    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 10/24/2013 11:24:07 AM
  • VIDEO: Mukhriz diserang peribadi oleh lawan dan taktik sama mereka lakukan kepada Ustaz Azizan.

    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 10/24/2013 11:24:11 AM
  • VIDEO: Mukhriz perjelaskan isu jalan raya Sungai Limau.

    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 10/24/2013 11:24:15 AM
  • Siapa anak murid Allahyarham Ustaz Azizan yang sebenarnya?
    Oleh BORHAN ABU SAMAH

    Tan Sri Azizan Razak telah meninggal dunia. Namun legasi yang beliau tinggalkan berterusan. Beliau cukup dihormati oleh lawan dan teman.

    Begitu juga rakyat Kedah keseluruhannya masih terasa kehilangan pemimpin yang disegani dan dikasihi. Bagaimanapun rasa kehilangan itu sedikit terubat dengan perwatakan menteri besar yang baharu Datuk Mukhriz Mahathir.

    Walapun datang dari kem yang berbeza, tetapi gaya mereka hampir sama. Setiap tutur kata Mukhriz disusun dengan rapi dan berhati-hati agar tidak mengguris hati mana-mana pihak, walaupun pihak lawan tidak pernah berhenti menghina, menfitnah dan mencerca beliau, Mukhriz konsisten untuk tidak melayannya.

    Gaya beliau yang hampir menyerupai Ustaz Azizan itu menyebabkan rakyat Kedah tidak ragu-ragu memberi mandat kepada Mukhriz dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang baharu beberapa bulan lalu.

    Kini Mukhriz berdepan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau. Iaitu kawasan yang sejak puluhan tahun telah memberi kepercayaan kepada Ustaz Azizan.

    Mukhriz secara berterus terang mengakui mempunyai hubungan yang akrab dengan Allahyarham Azizan. Begitu juga bapa beliau Tun Dr. Mahathir Mohamad juga akrab dengan Azizan. Beliau berasa serba salah untuk meletakkan calon di kawasan berkenaan.

    Politik damai yang dibawa oleh Azizan sekian lama telah sebati dengan jiwa penduduk setempat dan Mukhriz konsisten dengan komitmen beliau untuk meneruskan pendekatan Azizan itu, tetapi dengan sedikit penambahbaikan iaitu menawarkan pembangunan yang dapat dibawa olehnya selaku Menteri Besar dari parti yang memerintah di peringkat negeri dan Pusat.

    Mukhriz sendiri mengakui bukan mudah untuk Azizan ketika menjadi menteri besar melaksanakan pembangunan di Kedah kerana kerajaan negeri tidak sehaluan dengan kerajaan Pusat.

    Bagaimanapun kini beliau memberi jaminan kerajaan Pusat memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri Kedah melaksanakan program pembangunan setelah negeri berkenaan kembali ke tangan Barisan Nasional (BN).

    Pelbagai projek pembangunan kemudahan asas giat dijalankan di Kedah termasuk menurap jalan di seluruh negeri yang sebelum ini ketinggalan selama satu penggal termasuk di Sungai Limau.

    Kerja-kerja menurap jalan bukan dijalankan kerana pilihan raya kecil, tetapi hanya kebetulan sahaja BN baharu beberapa bulan mengambil alih kepimpinan negeri Kedah dan pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

    Keputusan pilihan raya kecil itu tidak akan mengubah apa-apa, sama ada di peringkat negeri atau Pusat. Tetapi ia lebih kepada memastikan kawasan Sungai Limau diwakili oleh pemimpin yang betul iaitu sehaluan dengan kerajaan negeri dan pusat.

    Ia penting untuk memastikan penduduk kawasan berkenaan tidak ketinggalan daripada menikmati pembangunan pesat yang bakal berlaku di Kedah.

    Di satu sisi Mahfuz Omar dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau tidak mahu beliau dan calon Pas Mohd Azam Abd Samat dikaitkan sebagai anak murid Allahyarham Azizan dan cuba meniru gaya Azizan.

    Mahfuz yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah yang baharu menggantikan Azizan mempersoalkan kewajaran membandingkan Mohd. Azam dengan Allahyarham Azizan.

    Jawapan beliau sangat keras, "Nak ambil bayangan buat apa? Orang itu sudah mati. La ni dok hidup, ambil bayangan orang yang hidup ni.''

    Tidak cukup itu, Mahfuz terus menyembur bisanya dengan menyindir Mukhriz. “Macam Menteri Besar Kedah ini. Bayangan pak dia tu sampai nak bertanding Naib Presiden pun nak kena buat satu wawancara, pak pun terpaksa. Itu pun tak menang."

    Mohd. Azam pula bersungguh-sungguh menafikan beliau meniru gaya Azizan.

    "Saya berpendidikan agama dan diajar oleh agama untuk kita berpolitik secara damai. Bukan nak ambil bayangan siapa-siapa," kata Mohd. Azam. Sedangkan beliau sebelum ini digembar gembur sebagai anak didik Ustaz Azizan.

    Sikap berhemah yang ditunjukkan oleh Azizan sepatutnya menjadi teladan kepada semua tidak kira fahaman politik. Tidak perlu menyindir, mencerca atau menfitnah lawan untuk berjaya di dalam politik.

    Azizan telah membuktikan sebagai pembangkang tidak perlu membangkang segala-galanya. Tidak juga perlu memutar belit semua fakta.

    Jaguh putar belit tidak lagi dilihat sebagai seorang yang bijak. Kadang kala putar belit berlebihan akan memakan diri sendiri.

    Azizan sendiri pernah menghadapi serangan peribadi yang dilakukan oleh rakan seperjuangan, semata-mata kerana mahu merebut kuasa.

    Bagaimanapun kerana sikap Azizan yang mengelak bermusuh walaupun dengan lawan, dia telah dibela oleh lawannya berbanding rakan sendiri.

    Orang Pas pasti belum dapat melupakan bagaimana Azizan diperlakukan oleh kelompok dalam parti itu yang tamakkan kuasa.

    Sungai Limau kini menjadi tumpuan seluruh jentera parti yang bertanding. Beberapa hari ke hadapan ini suasana akan menjadi semakin sibuk dengan kempen dan ceramah.

    Semoga Sunga Limau akan tetap damai. Semoga roh Allahyarham Azizan tenteram dan dirahmati Allah. - UTUSAN ONLINE
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 10/24/2013 5:11:09 PM
  • Assalamualikum dan selamat pagi. Hari ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai jadual yang ketat di DUN Sungai Limau.

    >> 9.30AM: Majlis Perjumpaan Bersama Waris Murid dan Warga Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan di SMK Sungai Limau, Yan.

    >> 11.15AM: Program Ramah Mesra Bersama Imam, Guru-Guru Pondok, Guru-Guru SPI/KAFA Dan Penduduk Sungai Dedap di SK Sungai Dedap, Sungai Limau, Yan.

    >> 1.00PM: Solat zohor berjemaah di Masjid Sungai Dedap, Sungai Limau, Yan.

    >> 2.30PM : Himpunan Peladang, Penternak Dan Nelayan di Pertubuhan Peladang Kawasan Bukit Besar, Sungai Limau, Yan.

    >> 4.10PM: Solat asar berjemaah Dan beramah mesra bersama jemaah di Pondok Moden Nadzah, Sungai Limau, Yan.

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau yang menjadi lokasi Majlis Perjumpaan Tan Sri Muhyiddin Bersama Waris Murid dan Warga Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan.

  • Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

  • Turut tiba bersama Muhyiddin, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

  • Turut serta isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Calon BN DUN Sungai Limau, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim.

  • Ucapan Menteri Besar Kedah, Datukl Muzkhir Mahathir:

  • TPM minta penduduk Sungai Limau sokong calon BN
    Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

    JERAI 26 Okt - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pengundi DUN Sungai Limau agar memberi peluang kepada calon Barisan Nasional, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 4 November nanti.

    "Sokong calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim. Ini harapan dan peluang baik. UMNO juga Islam," kata Muhyiddin pada Majlis Perjumpaan Bersama Waris Murid dan Warga Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau hari ini.

    Ia adalah kempen pertama Muhyiddin di DUN Sungai Limau sejak penamaan calon pada 23 Oktober lepas.

    "Bagaimana kita mahu lihat tempat tinggal kita dimajukan? Peringat negara ditakbir oleh BN, kerjaan negeri juga oleh BN, Ahli Parlimen Jerai (Datuk Seri Jamil Khir Baharom) juga dari BN, kenapa tidak peringat DUN juga ditadbir oleh BN? Lebih mudah bantuan diberikan.

    "Berani berhijrah adalah slogan BN di sini yang menuntut keberanian untuk berubah. Sungai Limau takkan berubah sekiranya penduduk tidak mahu berubah," jelas Muhyiddin.

    Pada majlis itu Muhyiddin turut mengumumkan bantuan bernilai RM1.4 juta kepada 12 buah sekolah di DUN Sungai Limau.

    Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim.-UTUSAN ONLINE

  • Sebaik sahaja Majlis Perjumpaan Bersama Waris Murid dan Warga Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan di SMK Sungai Limau, Yan selesai Muhyiddin bergegas ke SK Sungai Dedap bagi Program Ramah Mesra Bersama Imam, Guru-Guru Pondok, Guru-Guru SPI/KAFA Dan Penduduk Sungai Dedap.

  • Antara yang sampai awal adalah Calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang sempat beramah mesra dengan hadirin.

  • Ketibaan Muhyiddin.

Powered by ScribbleLive Content Marketing Software Platform