Lawatan Kerja TPM Ke China 10-15 Jan 2017
Selasa 25 Julai 2017 / 1 Zulkaedah 1438

Lawatan Kerja TPM Ke China 10-15 Jan 2017

Lawatan Kerja TPM Ke China 10-15 Jan 2017

  • #AlFatihah Salam Takziah kepada Puan Sri Jamilah atas pemergian Tan Sri Adenan Satem. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman. Amin.
  • Sidang akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikutan kepulangan ke rahmatullah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pada 1.20 petang tadi.

  • Salam takziah pd keluarga Allahyarham TS Adenan Satem. Smga rohnya ditemptkn bersama hambanya yg beriman & beramal soleh. Al Fatihah http://pbs.twimg.com/media/C14Df8LUsAA_1Y3.jpg

  • BEIJING 11 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem berikutan dengan kepulangan ke rahmatullah Adenan di Institut Jantung Negara, Kota Samarahan pada pukul 1.20 tengah hari tadi.
  • "Saya ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri khususnya kepada Puan Sri Jamilah Anu. Takziah juga kepada seluruh rakyat Sarawak atas kehilangan yang besar kepada negeri itu.
  • "Kehilangan beliau satu kehilangan yang besar dan tentunya sukar dapat diganti, namun yakinlah, yang datang dan yang pergi walaupun berbeza, kita (Barisan Nasional) akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan Sarawak," ujar beliau yang kelihatan sugul dengan berita pemergian yang mengejutan itu.
  • #Video Ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri #AdenanSatem . Satu kehilangan yang besar kepada negeri #Sarawak .

  • by GAMAL NASIR MOHD ALI edited by GAMAL NASIR MOHD ALI 1/11/2017 8:46:08 PM
  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Keselamatan Awam China, Meng Hongwei malam tadi.

  • Sejak November 2016 lalu, Meng telah terpilih sebagai Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol)

  • BEIJING 11 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan jutaan pelancongan China yang datang ke Malaysia merupakan pelancong yang membawa keluarga untuk bercuti serta membeli-belah, dan tidak tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan.

    Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, berdasarkan penguatkuasaan ketat oleh Jabatan Imigresen, hanya sejumlah kecil pelancong dari China yang berada di Malaysia melebihi tempoh yang ditetapkan.

    Mengikut maklumat permohonan kemasukan pelancong China ke Malaysia bawah Program Pengecualian Visa, komposisi pelancong yang memohon kebanyakannya mereka yang berkeluarga, yang didapati selalunya tidak melebih tempoh tinggal mereka, katanya.

    Visa yang kini diberikan secara percuma sejak Mac 2016 diproses melalui sistem e-visa bagi visa melebih 15 hari hingga 30 hari serta Maklumat Pendaftaran Pelancong Elektronik (Entri) bagi visa di bawah 15 hari dan dipantau oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan China. sekali gus membolehkan penguatkuasaan yang berkesan, tambah beliau.

    Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata demikian kepada wartawan yang bertanya mengenai kebimbangan rakyat tempatan mengenai lambakan pelancong dari China yang dikhuatiri akan bekerja secara haram di Malaysia.

    Beliau juga ditemui selepas mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatannya, Menteri Keselamatan Awam China, Guo Shengkun petang semalam bagi membincangkan isu-isu dalam bidang keselamatan termasuk berkaitan pencegahan jenayah antarabangsa dan aktiviti keganasan serantau.

    Ditanya sama ada perbincangan tersebut turut menyentuh soal kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia, MH350 yang membawa 239 penumpang dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 2014, Timbalan Perdana Menteri dengan tegas menyatakan bahawa isu tersebut tidak berbangkit.

    "Isu itu isu perspektif negatif yang berjaya ditangani secara positif oleh kedutaan kita di Beijing khususnya oleh Duta Malaysia di China, Datuk Zainuddin Yahya dan pegawai-pegawai beliau.

    "Isu kehilangan MH350 mungkin jadi isu selama 4 bulan selepas kejadian. Dan selepas itu, jumlah pelancong China ke Malaysia meningkat semula, malah berlaku penambahan penerbangan antara China dan Malaysia," tegasnya.
  • BEIJING 11 Jan. - Jumlah permohonan pelancong China untuk melawat Malaysia didapati bertambah sebanyak 74 peratus sejak Malaysia dan China melaksanakan Program Pengecualian Visa berkuat kuasa pada Mac tahun lalu.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada 2015, sebanyak 1.7 juta pelancong warga China melawat Malaysia dengan menggunakan visa berbayar, yang mana 1.2 juta memohon visa melalui pejabat kedutaan Malaysia di sini dan beberapa bandar utama di China, manakala selebihnya memohon di luar China.

    Pada tahun lalu, sehingga akhir tahun, Malaysia menerima lebih 2.2 juta permohonan kemasukan melalui Program Pengecualian Visa melalui sistem e-visa untuk visa melebihi 15 hari dan Maklumat Pendaftaran Pelancong Elektronik (Entri) bagi visa di bawah 15 hari yang memberikan kedua-dua visa secara percuma, jelas beliau.

    "Peningkatan sebanyak 74 peratus permohonan berlaku antara Mac dan Disember tahun lalu, berbanding tempoh yang sama tahun lalu, selepas kedua-dua negara bersetuju memulakan Program Pengecualian Visa tersebut," tegasnya juga Menteri Dalam Negeri dalam sidang akhbar di sini hari ini.

    Ahmad zahid, yang bertemu dengan rakan sejawatannya, Menteri Keselamatan Awam China, Guo Shengkun sejurus tiba petang semalam, menjelaskan peningkatan besar permohonan kemasukan pelancong merupakan hasil lawatan kerja pertama beliau ke sini sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1 hingga 4 Februari tahun lalu.

    "Maka, pertemuan saya dengan Guo itu adalah bagi menyampaikan rasa penghargaan kerajaan Malaysia kepada kerajaan China kerana membuat susulan segera terhadap permintaan Malaysia ekoran kejayaan besar keputusan menghapuskan bayaran visa kepada pelancong dari negara ini," jelas beliau, yang tiba petang semalam bagi melakukan lawatan kerja selama enam hari.

    Menurut perangkaan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), sebanyak 1.7 juta pelancong China datang ke Malaysia pada 2015 dan membelanjakan sejumlah RM5.7 bilion, yang mana dianggarkan seorang pelancong dari China berbelanja sebanyak RM3,500 bagi sekali lawatan atau kira-kira RM500 sehari, kata Ahmad Zahid.

    "Daripada jumlah yang disebut itu, lebih 50 peratus dibelanjakan untuk kos bukan penginapan dan selain makanan. Ini bermakna pelancong dari China mengangggap Malaysia sebagai destinasi baik bagi tujuan membeli belah," tambah beliau.

    Katanya, sebanyak 385 penerbangan dikendalikan seminggu dari Malaysia ke bandar-bandar utama di China, yang mampu membawa sejumlah lebih 4.3 juta pelancong setahun.

    "Selain itu, seramai 64 juta rakyat China keluar melancong setiap tahun. Berdasarkan fakta tersebut dan jumlah pelancong ke Malaysia hanya 1.7 juta pada 2015, maka terdapat banyak ruang dan promosi yang dapat dilakukan ke arah penambahan jumlah pelancong dari China.

    "Antara usaha yang dilakukan oleh MOTAC termasuk rancangan menambah sebanyak 120 penerbangan pesawat sewaan dari bandar-bandar China yang tiada penerbangan langsung ke Malaysia serta menjadikan Labuan sebagai destinasi baharu laluan penerbangan Malaysia-China sebagai pintu masuk ke Sarawan dan Sabah," ujar Ahmad Zahid.
  • BEIJING 11 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan sokongan Kerajaan Pusat dan Barisan Nasional (BN) kepada negeri serta kerajaan Sarawak akan tetap utuh, walaupun kepimpinan negeri itu akan berlaku perubahan selepas kepulangan ke rahmatullah Ketua Menteri sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

    Sambil menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham khususnya isteri Adenan, Puan Sri Jamilah Anu dan juga kepada seluruh rakyat negeri Bumi Kenyalang itu, Ahmad Zahid berjanji bahawa semua akujanji yang dibuat semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada tahun lalu akan dikotakan.

    "Pemergian beliau satu kehilangan yang besar kepada negeri dan rakyat Sarawak kerana Allahyarham telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada kemenangan (BN) pada PRN Sarawak lalu.

    "Kita tahu pencapaian tersebut amat membanggakan, dan bersama-sama rakan-rakan (BN) yang lain, semua akujanji yang telah dibuat semasa PRN itu akan kita penuhi," katanya dalam sidang akhbar tergempar di sini petang ini selepas menerima berita mengenai pemergian Allahyarham di Institut Jantung Negara, Kota Samarahan pada pukul 1.20 tengah hari tadi.

    Ahmad Zahid, yang akan meneruskan lawatan kerja enam hari di China bermula semalam, menceritakan bahawa Allahyarham seorang pemimpin yang baik bahasa tetapi tegas dengan prinsip dan pendirian.

    "Bagi saya, Allahyarham juga seorang yang fleksibel, khususnya dalam usaha dan rancangan memajukan lagi negeri Sarawak.

    "Saya secara peribadi mengenali Allahyarham dan keluarga Allahyarham terutama semasa menjadi menteri Persekutuan. Saya dan Allahyarham mempunyai beberapa program yang telah dilaksanakan seperti dalam rancangan memperkukuh pasukan Ikatan Relawan (Rela).

    "Dalam jawatan sekarang, banyak lagi program telah dilaksanakan dan dirancang. Saya berazam untuk meneruskan semua rancangan yang telah disusun atur dan memastikan juga pelaksanaan program-program tersebut," tegas beliau yang jelas sugul dengan berita sedih berkenaan.

    Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berharap rakyat Sarawak tenang menerima pemergian Allahyarham sebagai satu takdir dan menerima juga perubahan kepimpinan yang akan berlaku.

    "Perubahan yang akan dibuat tidak dapat menggantikan kepimpinan yang cemerlang (bawah Adenan), namun kita akan terus berikan dokongan dan sokongan kepada kepimpinan yang baharu nanti," jelas beliau.
  • Sidang akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari terakhir lawatan kerja di Beijing.
    Esok beliau akan berlepas ke Kunming, wilayah Yunnan untuk menyambung lawatan enam hari yang bermula 10 Januari lalu.

  • BEIJING 12 Jan - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad zahid Hamidi berkata, hubungan baik antara Malaysia dan China berjaya mematahkan beberapa jenayah rentas sempadan dan aktiviti keganasan antarabangsa khususnya berkaitan militan Daesh.

    Beliau berkata, dalam kes jenayah rentas sempadan, kedua-dua pihak berkuasa berjaya menahan ratusan individu yang terbabit dengan sindiket perjudian dan penipuan dalam talian yang beroperasi di Malaysia untuk memperdaya rakyat China.

    Hasil daripada kerjasama itu, sejumlah rakyat China telah dihantar pulang ke negara asal mereka bagi menghadapi pengadilan dan hukuman, katanya, yang juga Menteri Dalam Negeri dalam satu sidang akhbar di sini pagi ini.

    Ahmad Zahid yang dalam lawatan kerja enam hari di China berkata, dalam aktiviti keganasan antarabangsa pula, Malaysia dan China berjaya memintas beberapa individu rakyat China yang menggunakan Malaysia sebagai laluan persinggahan ke Iraq, Syria atau Turki.

    Rakyat China yang ditahan di Malaysia hasil risikan pihak China itu telah dihantar pulang, manakala rakyat Malaysia yang terbabit dengan aktiviti militan tersebut turut ditahan, tegas beliau.

    Esok, Ahmad Zahid akan berlepas ke Kunming dalam wilayah Yunnan bagi meneruskan atur cara lawatan kerja beliau, sebelum dijadualkan pulang pada 15 Januari nanti.
  • by GAMAL NASIR MOHD ALI edited by UTUSAN ONLINE 1/12/2017 5:21:59 AM
  • Menerima kunjungan Presiden Interpol, Meng Hongwei sempena lawatan kerja beliau ke #China . Meng orang #Asia pertama menerajui #Interpol http://pbs.twimg.com/media/C19IMRuUsAEVl9v.jpg

  • Anda Boleh Ikuti Perkembangan Terkini Saya di Channel @Telegram t.me/ahmadzahidhami…
  • BEIJING 12 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi keliru dengan pendirian pembangkang yang mempertikai dan mengecam pelaburan dari China.

    Katanya, pelaburan langsung asing (FDI) dari negara-negara asing tidak wajar dilihat sebagai "merompak" pelabur tempatan daripada peluang melabur di Malaysia.

    "Bagaimana dengan pelaburan yang berbilion-bilion dari Jepun satu ketika dulu? Apakah masa itu, pelaburan dari Jepun 'merompak' pelabur tempatan daripada peluang pelaburan?

    "Bagaimana pula dengan pelaburan dari Korea Selatan tidak lama dulu? Apakah mereka juga sama 'merompak' daripada pelabur Malaysia.

    "Maka, kita kenalah bersikap terbuka. Kita boleh berbeza pendapat, tapi perlu sedar bahawa FDI bukan hanya mengenai soal modal," tegas beliau yang berada di sini untuk lawatan kerja selama enam hari.

    Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan pelaburan dari China sebagai "merompak" peluang pelaburan oleh pelabur-pelabur tempatan.

    Katanya, pelabur-pelabur Malaysia selalu diutamakan dalam banyak projek rancangan kerajaan, namun, jumlah pelaburan tempatan biasanya terhad.

    "Selain itu, FDI bukan hanya semata-mata mengenai wang modal, tetapi juga mengenai pengetahuan dan teknologi.

    "Ada masa kita membuka projek kepada pelaburan asing dengan matlamat mendapatkan pengetahuan serta kemahiran, dan melihat perpindahan teknologi serta mendapat produk baharu yang boleh menguntungkan negara dan rakyat," ujar beliau.
  • BEIJING 12 Jan. - Seramai 744 rakyat China telah ditahan di Malaysia sehingga akhir tahun lalu kerana disyaki terbabit dalam sindiket perjudian dan penipuan dalam talian yang bernilai lebih Renminbi 20 bilion (RM13 bilion).

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua penjenayah rentas sempadan itu telah dihantar pulang untuk menghadapi pengadilan dan hukuman kerana memperdaya rakyat China melalui sindiket-sindiket yang beroperasi di Malaysia.

    Ini antara hasil besar hubungan baik dan kerjasama erat Malaysia-China dalam bidang keselamatan, khususnya dalam isu-isu pencegahan jenayah antarabangsa dan aktiviti keganasan serantau, katanya hari ini, hari terakhir di Beijing dalam lawatan kerja enam hari di sini.

    Esok, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri akan berlepas ke Kunming, wilayah Yunnan untuk menyambung lawatan kedua beliau ke China sebelum pulang pada 15 Januari.

    Katanya, Malaysia dan China terus mengambil langkah dan merancang strategi bagi memperkukuhkan lagi hubungan dua hala termasuk menaik taraf Pusat Komunikasi Counter-Messaging Digital Serantau (RDCMCC), yang ditubuhkan di Malaysia.

    "Dalam perbincangan dengan rakan-rakan di China (sejak 10 Januari lalu), China telah menyuarakan kesediaan untuk membantu memperluas lagi peranan RDCMCC, yang ditubuhkan atas inisiatif Malaysia sendiri.

    "China bersedia menawarkan kepakaran mereka dan menyediakan bantuan kemudahan serta aset, termasuk peralatan dan teknologi bagi memastikan RDCMCC mencapai matlamat memerangi isu rangkaian jenayah antarabangsa termasuk jenayah siber," tambah beliau.

    Sehubungan itu, katanya, Malaysia pula bersetuju menyokong China dalam hal-hal berkaitan Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) selepas Timbalan Menteri Keselamatan Awam China, Meng Hongwei terpilih sebagai Presiden Perhimpunan Agung Interpol.

    Meng, jelas Ahmad Zahid, menjadi orang Asia yang pertama dipilih menjadi Presiden Interpol dan Malaysia pula berbangga kerana menyokong pemilihan China.

    "Dalam pertemuan malam tadi dengan Meng, saya menyuarakan keinginan untuk melihat hubungan antara menteri-menteri bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kepolisan dapat dieratkan lagi, baik pada peringkat serantau dan global.

    "China pula mahu menambah baik teknologi dan kelengkapan Interpol bersesuaian dengan kemajuan terkini serta semasa," jelas beliau.

    Ahmad Zahid memberitahu, China akan menjadi tuan rumah Perhimpunan Agung Interpol pada September ini, yang akan menghimpunkan menteri-menteri berkaitan keselamatan dan ketua-ketua polis negara.
  • BEIJING 12 Jan - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hari ini, hasil kerjasama pihak berkuasa Malaysia dan China, seramai 28 rakyat negara ini yang disyaki anggota militan Daesh ditahan di Malaysia.

    Katanya, mereka yang ditahan itu adalah dalam perjalanan ke Iraq, Turki dan Syria dengan menjadikan Malaysia sebagai tempat persinggahan selepas mengabui pihak berkuasa tempatan.

    Beliau berkata, jumlah yang ditahan itu adalah sebahagian daripada 260 orang yang berjaya ditahan bawah Akta Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan Dalam Negara Asing (SMATA) 2015, yang mempunyai peruntukan menahan mereka yang terlibat dengan kegiatan militan luar negara.

    "Dari 2013 hingga 2016, 260 orang ditahan kerana penglibatan mereka sebagai anggota, pengrekrut, pemberi dana atau penyokong kepada militan Daesh atau Negara Islam (IS).

    "Daripada jumlah itu, 30 orang rakyat asing dan bakinya rakyat Malaysia," katanya pada sidang akhbar kepada media Malaysia di sini pagi ini.

    Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri memberitahu, hasil pertukaran risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis China dari 2011 hingga 2016, 28 orang rakyat China telah ditahan dan kemudian dihantar pulang ke negara asal.

    Mereka disyaki menganggotai kumpulan militan, Pergerakan Islam Turkestan Timur (ETIM) yang ditubuhkan oleh militan Uyghur di China Barat, tambahnya.

    Sehubungan itu, kerajaan China, kata Timbalan Perdana Menteri, telah menyampaikan penghargaan mereka kepada kerajaan Malaysia kerana memberi sokongan padu dalam bidang keselamatan bagi membanteras jenayah rentas sempadan dan aktiviti keganasan antarabangsa.

    Ahmad Zahid, yang dalam rangka lawatan kerja enam hari di sini, telah bertemu dengan Menteri Keselamatan Awam China, Guo Shengkun; timbalannya, Meng Hongwei; serta Setiausaha Politik dan Hal Ehwal Undang-undang Pusat, Parti Komunis China (CPC), Meng Jianzhu.

    Esok, Ahmad Zahid akan berlepas ke Kunming, wilayah Yunnan untuk bertukar-tukar pandangan dan membincangkan amalan terbaik wilayah berkenaan dalam usaha memerangi jenayah keganasan serta radikalisasi, di samping isu berkaitan pengurusan penjara.

    Beliau dijadualkan bertemu Gabenor Wilayah Yunnan, Chen Hao dan mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai Jabatan Keselamatan Awam serta Biro Pentadbiran Penjara.

    Selain itu, Ahmad Zahid akan melawat Muzium Kawalan Narkotik pada 14 Januari ini.
  • Rakyat Bagan Datuk harus bersyukur: youtu.be/EHJf8fSx6s4 #BaganDatuk
  • Permohonan kemasukan pelancong #China ke #Malaysia meningkat sejak pelaksanaan program pengecualian visa rakyat China pd Mac 2016. http://pbs.twimg.com/media/C2BiKrsUAAEk_as.jpg

  • #Tahniah kepada Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg kerana telah dilantik sebagai Ketua Menteri #Sarawak yang baru #Poster http://pbs.twimg.com/media/C2DdTK3VQAEsjtp.jpg

  • #AlFatihah Dan Takziah kepada keluarga Allahyarham Ismail Ibrahim, Ketua Pemuda #UMNO Padang Terap, Kedah yang telah kembali ke rahmatullah.
    by Ahmad Zahid Hamidi via twitter edited by GAMAL NASIR MOHD ALI 1/13/2017 3:46:55 PM
  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kunming, wilayah Yunnan semalam utk menyambung lawatan enam hari beliau di China

  • Selepas mengadakan sidang akhbar berkenaan pelantikan Datuk AmarAbang Johari Tun Abang Openg sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu, Ahmad Zahid telah mengadakan pertemuan dengan Pemangku Gabenor Wilayah Yunnan, Ruan Chengfa
Powered by ScribbleLive Content Marketing Software Platform