Laporan Langsung Dunia Selebriti dan Artis 2015
Laporan semasa dan secara langsung perkembangan terkini dunia selebriti dan artis tanah air mahupun antarabangsa
3rd & 7 37yd
3rd & 7 37yd
B
S
O
close
close

-





-
-
-
-
-
-
-
-
Assalam. Kita jumpa lagi di sini.
Saya HASNURUL MOHAMED sekarang ini berada di Dome The Curve, Petaling Jaya bagi pelancaran awal Karnival Sukan Pantai Port Dickson 2015. Karnival itu bakal diadakan pada 29 Mei sehingga 1 Jun bertempat di Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan. -
Karnival Sukan Pantai Port Dickson 2015 mendapat sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan merupakan acara sukan pantai terbesar yang julung-julung kali diadakan.
Ia bertujuan mencari bakat-bakat baharu untuk mewakili negara ke sukan pantai di peringkat antarabangsa. -
Pada tarikh-tarikh berlangsungnya karnival tersebut, artis dan selebriti tanah air akan mengadakan persembahan.
Antara nama artis dan selebriti yang akan buat kemunculan di Karnival Sukan Pantai Port Dickson ialah Altimet, Salam Music, One Nation Emcee (One), Mojo, Waris, Sleeq, Ila Damiya, Zamira, Mark Adam dan ramai lagi. -
-
-
-
-
-
"Kita nak dedahkan dan ajar generasi muda khususnya tentang sukan pantai. Selain mencari bakat-bakat atlet pelapis dalam acara sukan bola sepak pantai dan bola tampar pantai.
"Sedar ataupun tidak, kita ada kemudahan semula jadi untuk mengetengahkan sukan pantai tetapi kita tidak menggunakan ia sepenuhnya.
"Justeru dengan adanya penganjuran sukan seumpama ini, sekurang-kurangnya bakat-bakat pemain sukan boleh disalurkan kepada FAM dan juga ke tahap perhatian FIFA," katanya. -
-
-
-
Bagi acara triatlhlon yang menawarkan hadiah bernilai RM27,000, ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu lelaki dan wanita.
"Peserta acara ini dikehendaki menyempurnakan acara renang sejauh 1.5 kilometer, berbasikal sejauh 40 kilometer dan larian, 10kilometer.
"Acara bola tampar pantai terbuka kepada kategori lelaki dan wanita dan hadiah bernilai RM9,000 untuk setiap kategori pemenang," ujarnya. -
-
-
-
-
Karnival sukan pantai cungkil bakat atlet pelapis
Oleh HASNURUL MOHAMED
PETALING JAYA 14 April - Buat pertama kalinya, Karnival Sukan Pantai Port Dickson akan diadakan pada 29 Mei sehingga 1 Jun ini, dengan menawarkan tujuh acara berserta hadiah lumayan.
Karnival Sukan Pantai Port Dickson yang bakal diadakan di Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan itu adalah anjuran Nisa Events dengan kerjasama Kelab Belia Professional Taman Tunku (KBPTT), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Pelancongan Malaysia dan badan kerajaan tempatan serta Mewah Event Management.
Menurut Pengarah Sukan Nisa Events, Raja Mohd. Kamil Raja Nur Azmi, objektif diadakan karnival tersebut adalah bagi mencungkil bakat-bakat atlet dalam acara sukan pantai dari seluruh pelosok tanah air.
"Walaupun ia bercorak karnival namun siapa tahu, ada bakat atlet yang boleh dicungkil daripada para peserta yang mengambil bahagian dalam acara-acara sukan pantai yang dianjurkan," katanya kepada ketika ditemui pada majlis pelancaran awal Karnival Sukan Pantai Port Dickson 2015 hari ini.
Beliau berkata, walaupun sukan pantai tidak sepopular acara-acara sukan arus perdana, namun sukan pantai dipercayai boleh menjadi sebahagian daripada budaya hidup sihat generasi muda.
Katanya lagi, tujuh acara sukan pantai bakal diadakan nanti iaitu triathilon, bola sepak pantai, bola tampar pantai, kayak serta sukan pantai santai seperti jet ski, paragliding dan banana boat.
Bagi acara trialithon, ujar Raja Mohd. Kamil, ia terbahagi kepada dua kategori iaitu Terbuka Lelaki dan Wanita.
"Setiap peserta perlu berenang sejauh 1.5 kilometer (km), berbasikal sejauh 40km dan acara larian, 10km.
"Para pemenang akan menerima hadiah bernilai RM27,000," katanya.
Bagi acara bola tampar pantai, katanya, penyertaan dibuka kepada lelaki dan wanita.
"Juara setiap kategori akan menerima hadiah bernilai RM9, 000," katanya.
Beliau menambah, bola sepak pantai hanya dipertandingkan untuk pasukan lelaki dan peserta berhak merebut hadiah bernilai RM10, 000.
Para peserta yang berminat untuk menyertai Karnival Sukan Pantai Port Dickson 2015 boleh daftar di www.ksp.com.my dan pendaftaran sudahpun dibuka. - UTUSAN ONLINE -
Assalamualaikum dan selamat petang.
Saya NUR AZREEN ARIFIN sekarang berada di Saloma Bistro, Jalan Ampang di Kuala Lumpur bagi majlis prebiu rancangan TV AlHijrah 2015.
Teruskan bersama saya untuk mengikuti liputan laporan langsung bergambar dan video yang akan saya sediakan. -
-
-
-
-
-
Sesi Prebiu AlHijrah 2015 ini juga dilihat mampu mewujudkan satu platform suai kenal serta memudahkan proses permulaan kerjasama di antara TV AlHijrah dan rakan industri.
Ini termasuk rakan niaga, badan-badan korparat, agensi-agensi kerajaan, rakan media dan pengiklan. -
-
Pelbagai rancangan-rancangan menarik pada tahun ini dengan genre kerohanian seperti Cinta Ilmu, dokumentari pengembaraan dan majalah seperti Dengan Basikal Aku Menjelajah, Kanak-Kanak seperti Ahmad Muhammad, drama dan filem seperti Megat Panji Alam, Rancangan bual bicara seperti Assalamualaikum, dan program tajaan seperti Man Jadda Wajada.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-