Laporan Langsung Dunia Selebriti dan Artis 2015
Laporan semasa dan secara langsung perkembangan terkini dunia selebriti dan artis tanah air mahupun antarabangsa






-
Assalamualaikum dan salan sejahtera buat semua pelayar Utusan Online.
Pada hari ini, Khamis, 26 Ogos 2015, bertempat di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur akan berlangsung Majlis Pelancaran Album penyanyi rap, Shazzwan, yang digilap melalui program 'Talent for the World' anjuran Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS), berjudul Titipan Banduan Muda.
Saya, Anuar Mansor akan membawakan kepada anda laporan langsung majlis yang akan disempurnakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah dan kekanda baginda, Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pukul 4 petang ini. -
-
-
-
-
-
Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS), Tan Sri Arshad Tun Uda.
Arshad dalam ucapan beliau menyatakan bahawa album sulung Shazzwan ini melambangkan salah satu daripada kejayaan YRMS dalam membantu remaja yang berbakat dalam memperbaiki hidup, sekai gus mengeluarkan mereka daripada kehidupan yang tidak bermakna yang boleh membawa kerosakan kepada golongan itu.
Album 'Titipan Banduan Muda' ini sarat mengandungi lagu-lagu bergenre Hip Hop yang menceritaklan pengalaman hidup Shazzwan yang boleh dijadikan iktibar oleh para remaja. -
-
-
-
-
-
-
-
-
Titipan Banduan Muda bawa pengajaran buat remaja
Oleh NURULANUAR MANSOR
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Golongan remaja bermasalah akan terus berada di dalam kegelapan dan menghadapi masa hadapan yang malap sekiranya masyarakat tidak sudi untuk membantu serta membimbing mereka.
Pengalaman itulah yang dijadikan mesej untuk dikongsikan dalam album sulung penyanyi rap, Shazzwan, yang digilap melalui program 'Talent for the World' anjuran Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS).
Menurut Shazzwan, album sulung beliau itu, yang dilancarkan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Sultan Sharafuddin Idris Shah dan kekanda baginda, Tengku Datin Paduka Setia Zatashah di sini hari, memuatkan kisah perjalanan hidup beliau.
"Saya berharap lagu-lagu yang termuat dalam album itu akan dapat memberi inspirasi dan semangat kepada golongan remaja khususnya yang sedang mengalami ujian hidup untuk bangkit dan memperbaiki kehidupan mereka.
"Saya mahu para peminat dan pendengar lagu saya menyedari bahawa harapan sentiasa ada untuk mereka seperti mana yang diberikan oleh YRMS kepada saya," kata beliau kepada Utusan Online selepas majlis pelancanran album berkenaan.
Album yang memuatkan lapan buat lagu bergenre hip hop tersebut akan mula dijual pada 4 September ini.
Turut hadir di majlis pelancar berkenaan ialah suami Tengku Zatasha, Daruk Aubry Rahim Menesson dan Pengerusi YRMS, Tan Sri Arshad Raja Uda. - UTUSAN ONLINE -
-
-
-
-
Afgan pernah diundang oleh penyanyi wanita yang juga rakan senegaranya, Datuk Rossa untuk berkongsi oentas di Istana Budaya beberapa bulan lalu. Malam ini timbal balas apabila Afgan mengundang Rossa untuk berduet dengannya menerusi lagu berjudul Kamu Yang Ku Tunggu.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Afgan buktikan dirinya penghibur lelaki hebat
Oleh HASNURUL MOHAMED
KUALA LUMPUR 19 Sept. - Plenary Hall Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam tadi menjadi saksi kehebatan Afgan sebagai penghibur lelaki dari Indonesia yang mampu memukau para peminatnya.
Sokongan terhadap anak muda yang baharu tujuh tahun melakar nama sebagai penyanyi bukan sahaja datang daripada audiens yang memenuhi setiap tempat duduk di dalam dewan ini.
Sokongan daripada DJ Fuzz dan rakan senegaranya, penyanyi Datuk Rossa yang turut beraksi dipentas yang sama membuatkan Konsert Suara Hati ini cukup bermakna bagi diri Afgan.
Persembahan selama kira-kira dua jam turut disaksikan oleh penyanyi wanita tanah air, Datuk Sheila Majid.
Rendasi lagu-lagu pilihan Afgan yang dipopularkan oleh Sheila Majid seperti Ku Mohon dan Warna seolah-oleh satu perangkap manis bagi Afgan.
Ini kerana secara spontan Afgan melahirkan hasratnya ingin berduet dengan penyanyi kesayangan ramai ini.
Sebanyak 20 buah lagu dialunkan oleh Afgan dengan diiringi oleh pemuziknya sendiri iaitu Gandarians.
"Sudah lima tahun Gandarians mengiringi persembahan saya dan saya gembira pada malam ini mereka masih mengiringi konsert saya," katanya.
Afgan turut melahirkan rasa syukur kerana tiket konsertnya pada malam ini habis terjual. - UTUSAN ONLINE -
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pelayar Utusan Online.
Berita baik untuk peminat muzik Bhagra, duo kelahiran Malaysia yang banyak menempah nama di Bollywood dan kian dikenali di peringkat antarabangsa, Goldkartz, hari ini akan melancarkan muzik terbaharu mereka, Desi Patola.
Ikuti laporan langsung saya, Anuar Mansor untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa tarikan muzik video terbaharu kumpulan dua beradik ini. -
-
-
-
Menurut Manjit, mereka kita telah mengikat kontrak dengan syarikat produksi Yash Raj dan melalui syarikat berkenaan kumpulan berkenaan telah mendapat sambutan, sokongan serta aku janji slot siaran beberapa saluran telivisyen satelit antarabangsa seperti PTC, Tashaan, BritAsia, Jus Punjabi dan Zee TV.
-
-
Goldkartz promosi Malaysia melalui muzik video baharunya
Oleh Nurulanuar Mansor
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Peraju muzik genre Urban Bhagra di Malaysia, kumpulan Goldkartz berazam mahu mempromosikan Malaysia melalui muzik video terbaharu mereka Desi Patola.
Jurucakap kumpulan dua beradik itu, Manjit Singh berkata, untuk itu, mereka telah merakamkan keseluruhan muzik video kepada lagu terbaharu itu di lokasi-lokasi menarik yang terdapat di seluruh Malaysia.
Tambah beliau, impian itu boleh dijayakan kerana mereka kini telah mengikat kontrak dengan sebuah syarikat penerbit filem India, Yash Raj, yang telah mendapatkan untuk kumpulan berkenaan masa siaran di beberapa buah stesen televisyen satelit antarabangsa.
"Antara stesen yang telah bersetuju untuk memberikan masa siaran kepada muzik video Desi Patola ini ialah PTC, BritAsia, Jus Punjabi dan ZeeTV.
"Selain mempromosikan negara secara tidak langsung, kami juga mahu dunia tahu bahawa Golkartz adalah dari Malaysia," kata beliau ketika majlis pelancaran muzik video berkenaan di sini hari ini.
Manjit turut memberitahu video rasmi Desi Patola yang ditontonkan secara eksklusif untuk media Malaysia pada hari ini itu akan disiarkan di YouTube bermula hari ini juga. - UTUSAN ONLINE -
Selamat petang para pelayar Utusan Online yang dihormati. Agak lama kita tidak bersua di sini dengan laporan dunia selebriti tanah air.
Hari ini bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur, saya, HASNURUL MOHAMED akan melaporkan sidang akhbar pementasan teater muzikal Mak Cun (sebutannya, Mok Cun) yang popular sebagai drama bersiri tayangan TV3 lakonan mantap Erma Fatima bersama Datin Seri Umie Aida dan ramai lagi. -
-
Sementara menunggu bermula sidang akhbar pada petang ini, saya nyatakan sedikit tentang drama bersiri, Mak Cun yang disiarkan sebanyak lapan episod sebelum ini.
Bermula dengan telefilem, Spain Uolls, Mak Cun memaparkan kisah wanita desa yang bercita-cita untuk menjadi seorang jutawan menerusi penjualan bedak sejuknya. -
Semangat Mak Cun disokong oleh dua orang anak perempuannya tetapi produk bedak sejuk yang ingin dipasarkan itubperlu menepati piawaian dan pembalutan bertaraf tinggi.
Dari situ diselitkan dugaan untuk Mak Cun yang mendapat saingan daripada individu sekampung yang mengusahakan produk kecantikan. -