2013: Laporan Langsung Wartawan Utusan Online
Ahad 22 April 2018 / 6 Syaaban 1439

2013: Laporan Langsung Wartawan Utusan Online

Wartawan Utusan Online melaporkan acara atau peristiwa menarik dari semasa ke semasa secara langsung di lokasi

  • Utusan Online akan membuat liputan sidang akhbar Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir sempena Himpunan Anak Kedah di pejabatnya di MITI, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Khamis 14 Mac, pukul 12:30 tengah hari
  • Utusan Online akan membuat liputan sidang akhbar Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Nor majlis pelancaran gerakan baru gabungan NGO mahasiswa dengan tekad pertahan Malaysia daripada ancaman musuh negara di The Curve, Kota Damansara pada Khamis 14 Mac pukul 2 petang
  • Audio sidang akhbar Datuk Mukhriz Mahathir berkenaan Himpunan Anak Kedah (HAK) di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Sabtu 16 Mac ini.

  • "Jom pakat ramai-ramai..." Mesej khas kepada anak-anak Kedah daripada Datuk Mukhriz Mahathir

    by GAMAL NASIR MOHD ALI edited by GAMAL NASIR MOHD ALI 3/14/2013 7:03:51 AM
  • Sekian laporan saya untuk sidang akhbar Himpunan Anak Kedah (HAK). Yang baik daripada Allah SWT jua, yang buruk daripada saya.. Assalam

    by GAMAL NASIR MOHD ALI edited by UTUSAN ONLINE 3/14/2013 7:20:57 AM
  • Mohd Ezam berkata serangan pihak asing dimulakan dengan melemahkan perpaduan rakyat. Ini berdasarkan sejarah termasuk kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

    Dan serangan ke atas perpaduan rakyat Malaysia telahpun berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk serangan ke atas kontrak sosial antara kaum yang mengugat keamanan negara. Serangan ini berdasarkan konsep pecah dan perintah.

    Katanya, Lahad Datu seharusnya menjadi peristiwa menyatukan rakyat. Amatlah malang jika serangan ke atas wilayah negara itu tidak mampu menjadi titik penyatuan rakyat.

    by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 3/14/2013 8:12:18 AM
  • by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 3/14/2013 8:13:12 AM
  • Sekian sahaja laporan saya. Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum.

  • Laporan langsung sidang akhbar penyanyi Salwa Razak (Arora Salwa) di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, Khamis, 14 Mac pukul 2:45 petang di Utusan Online
    live.utusan.com.my

  • Dua produk Zinger tersebut inovasi dari resepi Zinger Asli yang amat popular dan digemari ramai dengan kepingan fillet ayam enak yang diperap dalam resepi terkenal Hot & Spicy KFC dan diapit oleh Kaiser Bun Segar. Ia dipenuhi dengan keju serta salad dan sos mayonis tebal.

  • Cenderhati kepada wakil Celcom

  • Fadillah melihat Porta Wi Fi Celcom

  • Antara produk yang dipamerkan

  • Antara produk yang dipamerkan di Ekspo Infosekuriti Dunia, Teknologi Bergerak & Tanpa Wayar 2013, serta Pameran Pengiklanan dan Pemasaran Digital 2013

  • Sidang akhbar manifesto pembangkang di KL dibatalkan

    Oleh BORHAN ABU SAMAH

    KUALA LUMPUR 21 Mac - Sidang akhbar manifesto pakatan pembangkang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijadual pada pukul 10 pagi ini telah dibatalkan.

    Sidang akhbar itu yang sepatutnya diadakan selepas mesyuarat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini, dibatalkan tanpa sebarang makluman.

    Seorang kakitangan Kelab Sultan Sulaiman memaklumkan kepada Utusan pihak berkenaan telah membatalkan tempahan bilik mesyuarat tersebut.

    Bagaimanapun terdapat kain rentang yang dipasang di luar kelab itu memaklumkan satu ceramah akan diadakan mengenai manifesto terbabit pada pukul 8 malam ini. - UTUSAN
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 3/21/2013 3:51:30 AM
  • Sekian laporan saya, BORHAN ABU SAMAH dari Kelab Sultan Sulaiman.
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 3/21/2013 3:52:49 AM
  • Wartawan Utusan Online, HASNURUL MOHAMAD pula membuat liputan sidang akhbar penyanyi JAMAL ABDILLAH mengenai Konsert Extravanganza Jamal Abdillah di Istana Budaya petang ini.
    Ikuti laporan langsung itu di Dunia Selebriti Utusan Online @ live.utusan.com.my
  • Wartawan Utusan Online akan membuat liputan secara langsung:

    1. Sidang akhbar Aman Palestin yang akan menghantar Misi Kemanusiaan Gaza Kali Ke-14 di Hotel Equatorial, Bangi. Ikuti laporan di Laporan Langsung Wartawan Utusan Online 2013 @ live.utusan.com.my

    2. Temu bual khas dengan penerbit filem Anak Ikan, Raja Azmi Raja Sulaiman dan hero filem, yang akan diumumkan semasa pertemuan eksklusif itu di rumah Raja Azmi. Ikuti laporan itu di Dunia Selebriti Utusan Online 2013 @ live.utusan.com.my
  • Aman Palestin rayu RM800,000 bagi misi terbaharu

    Oleh GAMAL NASIR MOHD ALI

    BANGI 22 Mac – Aman Palestin Berhad merayu sumbangan sebanyak RM800,000 bagi misi menghantar pasukan pakar perubatan ke Gaza, yang julung-julung kali dibuat oleh badan kemanusiaan tersebut.

    Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut berkata, badan itu akan menghantar pasukan pakar perubatan yang terdiri daripada enam doktor pakar dan akan melaksanakan 21 operasi pembedahan semasa berada di wilayah Palestin itu.

    “Kos keseluruhan urusan berkaitan pembedahan di Gaza ialah sebanyak RM500,000. Di samping itu, Aman Palestin juga membiayai satu lagi pembedahan di Malaysia yang dianggarkan sebanyak RM300,000.

    “Keseluruhan misi ini memerlukan kos pembiayaan sebanyak RM800,000. Sehubungan itu, kami merayu sumbangan dan bantuan bagi menjayakan misi kali ini,” kata beliau dalam satu sidang akhbar di sini.

    Misi Kemanusiaan Gaza ini yang ke-14 bagi tahun ini dan akan berlepas ke Gaza melalui kaherah, Mesir pada 26 Mac dan pulang ke tanah air pada 8 April.

    Aman Palestin dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Hospital Palestin di Gaza mengenal pasti 21 operasi pembedahan ke atas penduduk Palestin yang cedera akibat serangan rejim Zionis Israel di wilayah yang dikepung dan disekat itu.

    “Jika semua berjalan dengan baik dan lancar, dan jika ada lagi keluangan masa, pasukan pakar perubatan mungkin dapat melakukan lebih banyak pembedahan kerana kami sebenarnya menyasarkan untuk melaksanakan 50 pembedahan,” kata Awang Suffian.

    Beliau berkata, pembedahan-pembedahan yang akan dijalankan di Gaza akan dilaksanakan oleh enam pakar perubatan di Malaysia dan dibantu dengan doktor-doktor tempatan Palestin.

    “Kami berharap misi ini dapat memberi latihan di samping mendedahkan kepakaran terbaharu dan memperkenal peralatan terkini kepada doktor-doktor di Gaza,” tambahnya.

    Derma boleh dibuat secara tunai, cek atau bank-in kepada Aman Palestin Berhad melalui akaun Maybank Malaysia (5622630107870, akaun Bank Islam Malaysia (12029010047880) dan akaun Bank Muamalat Malaysia (12070005133717).

    Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Aman Palestin di www.amanpalestin.net atau e-mel amanpalestin@yahoo.com atau info@amanpalestin.net. - UTUSAN
    by GAMAL NASIR MOHD ALI edited by UTUSAN ONLINE 3/22/2013 11:11:47 AM
  • Sekian sahaja laporan saya, GAMAL NASIR MOHD ALI, yang membuat liputan sidang akhbar Aman Palestin petang ini. Yang baik daripada Allah jua dan yang buruk daripada saya. Assalam..
  • Sebentar tadi peguam suspek telah dipanggil ke dalam bilik soal siasat.
  • Abdullah: Konsep 1Malaysia mahu digantikan dfengan konsep Anak Malaysia.

    Perhimpuan agung DAP di Pulau Pinang dalanm Sinar Harian, mereka isytiharkan konsep pluralisma.

    Kita tanah Melayu kena faham. Semua ini bercanggah dengan Islam. Nak sama dengan ISlam tak boleh nak meninggi pun tak boleh. Ini membabitkan akidah. Semua yang di atas membabitkan akidah.



  • Abdullah: Pakatan UMNO, asas dan tujuannya meneganggakan Islam mempertahankan Islam, mengembangkan Islam, Islam agama tertinggi serta menghormati prinsip kebebsana agama.

    Tahalul, ahli UMNO adalah dua jenis, satu ahli biasa, kedua ahli bergabung. Inilah ahli tahaluf siyasi.

    Ahli yang bersertuju menjadi pakatan bersertuju menerima syarat yang ditetapkan ahli majlis tertinggi UMNO.
    Mereka setuju menerima Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

    Ini tidak sama dengan apa yang diputuskan oleh PR.
  • Abdullah: Kata tafsir muktabar dalam Ahli Sunnah, ini kitab-kitab rujukan saya. Termasuk kitab-kitab yang menjadi rujukan Pas.

    Kerana bahawasnya kamu orang Islam, atas agama yang sebenar, dan kamu berjuang berperang dalam memperjuangkan agama Allah kerana Allah dan kamu mati dalam peperangan itu dimasukkan ke dalam Syurga.

    Dasar PR bercanggah dengan Quran dan hadis. Kesamarataan tidak sama rata. Kita tak terima kesamarataan. Islam lebih tinggi.

  • Abdullah: Tahaluf UMNO ikut kita-kitab tafsir. Ikut mahzab imam Shafie dan Hanafi. Dibolehkan. Tak sama dengan hak yang diputuskan PR. Ia akan mudarat kepada orang Islam.

    Tidak mudarat akan Islam dan tidak mudarat akan orang-orang Islam. Selama ni UMNO memerintash semua maju. Tidak perkauman.

    Tahaluf BN adalah sah dari segi syariah.

  • Kitab tafsir yang dirujuk oleh Abdullah Saamah dalam mengesa umat Islam agar menyokong kepimpinan Barisan Nasional dan UMNO serta menolak Pas yang bersekutu dengan DAP.

  • Abdullah: UMNO adealah sah. Dari segi undang-undang agama dan dunia. Tidak perkauman. Semua kaum bahgian dalam BN. Tidak seperti DAP di Pulau Pinang. Perkauman yantg amat nyata.

    UMNO jadi tulang belakang BN. Ijmak ulama mengatakan ketua negara untuk mentadbir syarat ialah dia mesti orang Islam. PR tidak. dia kata sama rata sampai jadi majoriti DAP.

    PR setuju lantik perdana menteri bukan Islam. Ini bercanggah dengan ijmak ulama. Hukum mana membolehkan? Memang demokrasi tetapi kita kena pertahan orang Islam.
  • Abdullah: Ini semua hukum dari kitab, bukan saya yang kata. Dalam kitab akidah pun BN ni betul. Mari kita junjung hukum Allah pertahankan orang Islam melalui demokrasi.Bukan kita nak ketepikan kaum lain. Tapi kita bersatu dengan menunjangkan Islam.

    Dalam BN Islam tinggi namun tidak mengetepikan agama lain. Saya tidak malu untuk kata saya bangga dengan BN dan tinggalakan Pas kerana mereka menyamaratakan Islam dan agama lain.
  • Abdullah: Kalau ada ditempat anda ada bangsa lain dari BN yang jadi wakil rakyat, kita wajib undi mereka kerana tahaluf siyasi ini. Kalau ada UMNO, undilah mereka. Ini mengikut hukum dalam kitabn
  • Bekas Timbalan Ketua Keselamatan Pas Kelantan, Shaidi Husin

  • Shaidi: Pas kata jihad lawan UMNO. Dapat pahala. Sehingga hari ini tak boleh bergabung dengan UMNO. Inilah sebabnya.

    Kursus keselamatan dalam Pas sejak 1996 di Pondok Gerisik, Pattani. Kita pernah buat dengan POLO. Guna lastik, bedil angin yang tidak berbunyi. Pengajar POLO. Tidak ada senjata api. Dua tahun, dua bulan tengok keadaaan.

    Kami tidak ada elaun, jihad.

    Di Kelantan seramai 30 orang. Ini bukan Unit Amal. Kalau dalam polis macam Interpol.

    Saya sejak 1996 hingga 2010.
  • Shaidi: Kami yakin kerajaan Pas Kelantan akan tumbang pada PRU-13. 95% pasti akan tumbang. Pasir Putih 2,800 orang Pas sudah sertai UMNO.

    Kini tok guru Pondok tinggalkan parti Pas sertai UMNO. Sebabnya bab akidah. Kerajaan negeri yang ada kini bercanggah dengan Islam.

    Nik Aziz tak sokong sifat 20. Tidak mempertahankan kalimah Allah. Dan kami tidak boleh terima DAP. Dulu kata UMNO gabung dengan MCA haram, sekarang? Kerajaan Pas tolong jawab.

  • Ketua Penerangan Minda Pondok Malaysia, Ustaz Harun Yahya, 51.

    Beliau membahaskan isu penggunaan kalimah Allah yang hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja. Ia tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Justeru jangan ada pihak yang memanipulasi ayat al-Quran yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Ini kerana konsep ketuhanan antara Islam dan bukan Islam adalah berbeza.

    Konsep ketuhanan agama selain Islam adalah mensekutukan Allah. Justeru tidak boleh orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

    Tuntutan rasmi yang mahu menggunakankalimah Allah adalah suatu yang mahu mengelirukan umat Islam dan mempunyai agenda tersebunyi.

    Beliau mahu umat Islam membayangkan jika kalimah Allah dibenar dan dipamerkan di pusat ibadat bukan Islam. Tidakkah ini akan mengelirukan terutama kanak-kanak.

    Katanya, manipulasi agama amat menyedihkan dan amat mengelirukan.

  • Ulama, tok guru pondok dan NGO yang menolak perjuangan Pas dan menyokong pentadbiran UMNO/BN

  • Sidang media khas ulama, tok guru dan NGO Islam Kelantan yang menolak perjuangan Pas

  • Ustaz Harun berkata, Pas memanipulasi agama.

    Enekmen hudud yang dibawa oleh Pas juga boleh diperbahaskan.

  • Kumpulan ulama Minda Pondok yang menyokong kepimpinan UMNO dalam Barisan Nasional dan menyifatkan kepimpinan Pas sebagai jahil.

  • Isu komplot bunuh Mahathir berpunca daripada Amanat Haji Hadi. Kami diasak bahawa selagi hudud dan undang-undang Islam tidak ditegakkan selagi itulah kami akan berdosa.

    Untuk mempercepatkan Pas memerintah jalan paling mudah adalah menculik dan membunuh Tun Dr Mahathir. Ini adalah pemikiran kami sendiri hasil daripada Amanat Hadi. Kami kecewa bila Hadi tidak lagi mahu melaksanakan hudud sedangkan kami telahpun berusaha sehingga sanggup untuk membunuh Tun Dr Mahathir.

    Untuk menjadikan Pas sebagai kerajaan Pusat bukan lagi menjadi matlamat apabila melihat bagaimana 4 negeri dikuasai Pakatan Rakyat tidak melaksanakan hudud.

    Pas hanya mempermainkan hukum.
  • C.N Al Afghani >> Dalam kabinet bayangan kami dahulu mahu meletakkan menjadikan Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri, namun kini Pas melalui Timbalan Presidennya, Mat Sabu ingin menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

    Saya sampai bila-bila pun tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri.

    Bila saya ingin minta maaf kepada Tun Dr Mahathir banyak tekanan berlaku. Bila mahu minta maaf saya dianggap sebagai penjenayah.
  • Amanat Hadi: Masih ada masjid di Terengganu solat Jumaat dua imam

    Oleh MOHD. HAZLI HASSAN dan KHAIRULANUAR YAHYA

    KUALA LUMPUR 2 April - Bekas aktivis pas, Zainon Ismail atau C.N. Al-Afghani mendakwa sehingga sekarang ada 11 buah masjid di Terengganu masih lagi mengamalkan solat Jumaat dengan dua imam.

    Dia yang juga dikenali sebagai Cikgu Non turut mendakwa, ini berikutan ada pengikut Pas terus memegang Amanat Haji Hadi yang masih mengkafirkan UMNO.

    "Saya percaya, seluruh kampung yang ada di Malaysia dan mempunyai pengikut Pas masih memegang Amanat Haji Hadi yang meneruskan pulau-memulau kepada jiran mereka yang merupakan ahli UMNO.

    "Malah Amanat Haji Hadi ini juga yang menyebabkan kami berkomplot untuk membunuh Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membolehkan Pas cepat memerintah dan merampas kuasa.

    "Tapi perkara ini tidak pernah dibincangkan dengan pemimpin Pas. Kami lakukan semata-mata untuk membolehkan Pas melaksanakan hudud.

    "Tapi selepas mereka mula berkawan dengan DAP dan PKR dan mula hidup mewah, mereka sudah lupa kepada kami dan lupakan perjuangan asal Pas," dakwa Cikgu Non di sini hari ini.

    Beliau juga turut mendakwa, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang tidak berani untuk menarik balik amanat berkenaan berikutan mereka yang terbunuh di Memali dikebumikan sebagai mereka yang gugur syahid.

    "Ya, mereka yang terbunuh ketika itu kami kembumikan tanpa mandi jenazah dan tidak disolatkan. Ini semua disebabkan Amanat Haji Hadi yang mengatakan mereka semua gugur syahid.

    "Saya percaya, inilah halangan kepada Hadi untuk menarik balik amanat berkenaan.

    "Jika ditarik balik kemungkinan semua mereka yang meninggal dunia ketika di Memali perlu dimandi dan disolatkan," dakwanya.

    Cikgu Non menambah, Hadi kena bertanggungjawab kerana beliau tidak mahu perkara ini berulang kembali. - UTUSAN
Powered by ScribbleLive Content Marketing Software Platform