Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2015
Selasa 25 Julai 2017 / 1 Zulkaedah 1438

Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2015

Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2015 akan diadakan di Kompleks Sukan Negeri Paroi, Ne­geri Sembilan pada 1 hingga 3 Oktober, manakala saingan akhir berlangsung pada 4 Oktober di Palm Mall Seremban

  • Pelan tapak final Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2015 yang akan berlangsung di Palm Mall Seremban esok.

  • [KAPSYEN: SEREMBAN 3 Okt. 2105 - Pasukan PKNS A (kiri) dan UPM C akan berentap di final Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2015 setelah berjaya menundukkan lawan masing-masing pada pusingan kelima peringkat separuh akhir kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/MD. SHAH JEHAN MAAMIN]

    PKNS A bertemu UPM C di final Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan
    Oleh NURULANUAR MANSOR
    anuar.mansor@utusan.com.my

    SEREMBAN 3 Okt. - Pasukan UPM C hanya mengambil masa kurang satu jam untuk menundukkan Pestans F bagi melayakkan diri ke final Kategori Terbuka Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2015 yang berlangsung di sini hari ini.

    Dengan kemenangan mudah itu, pasukan berkenaan akan berhadapan dengan pasukan PKNS A yang yang menumpaskan pasukan PLN Johor 6-15, 16-4, 15-11 dalam perlawanan pusingan kelima Kategori Terbuka yang diadakan serentak dengan perlawanan UPM C - Pestrans F.

    Kedua-dua pasukan berkenaan akan bertemu satu sama lain pada pertandingan akhir yang akan berlangsung esok, 4 Oktober bermula pada pukul 10 pagi bertempat Palm Mall Seremban.

    Persaingan akhir berkenaan akan dimulakan dengan perlawanan Kategori Remaja (Bawah 14 tahun) antara SSN Melaka dan PLN Johor diikuti Kategori Belia (Bawah 16 tahun) antara Warisan MI A dengan SSN Melaka B.

    Perlawanan akhir bagi Kategori Muda (Bawah 12 tahun) antara Pestans A dan D akan bermula pada pukul 2 petang diikuti final Kategori Terbuka antara UPM C dengan PKNS A.

    Kedua-dua perlawanan final itu akan disiarkan saluran TV1 Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). - UTUSAN ONLINE

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pelayar Utusan Online dan para peminat sukan sepak takraw sekalian.

    Laporan langsung Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan ini disambung kembali untuk perlawanan-perlawanan final keempat-empat kategori yangdioertandingkan.

  • Persaingan final pada hari ini akan dimulakan dengan perlawanan akhir bagi kategori Remaja (Bawah 14 tahun).

  • Perlawanan final bagi kategori ini merupakan pertembungan antara pasukan Warisan MI dan SSN Melaka B.

    Pasukan Warisan MI A yang berjersi merah diwakili oleh Muhammad Zarif Ibrahim Merican (jersi no. 4), Muhammad Syafiq (jersi no. 2) dan Muhamad Zulhusni Basri (jersi no. 3).

    Manakala SSN Melaka B diwakili oleh Naqib Mohd. Zaabar (jersi no. 11), Muhammad Salman Nortaza (jersi no. 8) dan Muhammad Nurfahim Khal Ibni (jersi no. 10).

  • Aksi-aksi yang dipertontinkan ketikan perlawanan finala Kategori Remaja Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2015 yang berlangsung pagi tadi di Palm Mall Seremban.

  • Perlawanan final Kategori Belia (Bawah 14 tahun) antara SSN Melaka dan Warisan MI A berakhir dalam set penentuan dengan kemenangan berpihak kepada SSN Melaka dengan mata 8-15, 15-9 dan 16-14.

  • SEREMBAN 4 Okt. 2015 - Temubual dengan juara Kategori Belia (Bawah 14 tahun) Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2015, SSN Melaka selepas final yang diadakan di pusat beli belah Palm Mall di sini hari ini. - UTUSAN/ANUAR MANSOR

  • Perlawanan akhir bagi kategori Remaja (Bawah 16 tahun) kini menyusul.

    Perlawanan final bagi kategori ini merupakan pertembungan antara pasukan SSN Melaka dan PLN Johor.

    Pasukan SSN Melaka yang berjersi biru diwakili oleh Muhamad Hafizul (jersi no. 4), Muhammad Asyraf Zawawi (jersi no. 2) dan Muhamad Umar Muhamad (jersi no. 1).

    Manakala PLN Johor yang berjersi merah diwakili oleh Muhammad Shahril Abu Bakar (jersi no. 17), Muhammad Noraizat Mohd. Nordin (jersi no. 19) dan Ahmad Badrie Amin Azmi (jersi no. 15).

  • Antara aksi yang dipamerkan dalam perlawanan akhir bagi Kategori Remaja (Bawah 16 tahun) antara SSN Melaka dan PLN Johor yang sedang berlangsung ketika ini.

  • SSN Melaka B Ungguli final Kategori Remaja Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2015
    Oleh NURULANUAR MANSOR
    anuar.mansor@utusan.com.my


    SEREMBAN 4 Okt. - Pasukan SSN Melaka B membuat kejutan apabila berjaya menundukkan lawannya, Warisan MI A 8-15, 15-9 dan 16-4 dalam perlawanan set penentuan yang berlangsung selama satu jam 10 minit di Palm Mall Seremban pagi tadi.

    Peringkat awal perlawanan dikuasai oleh Warisan MI A yang telah menggasak pihak lawan dengan libasan-libasan tajam.

    Namun, kesilapan semasa set kedua telah menyebabkan Warisan MI A dihukum dengan serangan-serangan balas oleh SSN Melaka sehingga menyebabkan mereka tunduk.

    Perlawanan menjadi lebih menarik pada set penentuan apabila kedua-dua pasukan saling berbalas libasan untuk mencuri mata kemenangan. - UTUSAN ONLINE

  • Perlawanan akhir Kategori Belia (Bawah 16 tahun) berakhir dengan kemenangan straight set 15-10 dan 15-11 yang berpihak kepada SSN Melaka.

    Perlawanan berlangsung selama 40 minit.

  • SEREMBAN 4 Okt. 2015 - Temubual dengan juara Kategori Belia (Bawah 16 tahun) Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2015, SSN Melaka selepas final yang diadakan di pusat beli belah Palm Mall di sini hari ini. - UTUSAN/ANUAR MANSOR

  • SSN Melaka ungguli final Kategori Belia Sepak Takraw KFC-Utusan
    Oleh NURULANUAR MANSOR
    anuar.mansor@utusan.com.my

    SEREMBAN 4 Okt. - Pasukan SSN Melaka mudah mudah 15-11, 15-10 ke atas PLN Johor A untuk muncul juara perlawanan akhir Kategori Belia (bawah 16) Sepak Takraw KFC-Utusan yang berlangsung di perkarangan pusat beli belah Palm Mall di sini hari ini.

    SSN Melaka bermula garang dengan mengutip 10 mata tanpa berbalas pada awal set pertama permainan bagaimanapun, PLN Johor A berjaya mengejar.

    Nasib bagaimanapun terus tidak menyebelahi PLN Johor A apabila mereka berterusan melakkukan kesilapan-kesilapan kecil yang menyebabkan mereka tewas dalam kedua-dua set. - UTUSAN ONLINE

  • Perlawanan akhir bagi kategori Remaja (Bawah 12 tahun) kini menyusul.

    Perlawanan final bagi kategori ini merupakan pertembungan antara pasukan Pestans A dan D.

    Pasukan Pestans A yang berjersi hijau diwakili oleh Danial Irfan Shahril Rezwat (jersi no. 4), Muhammad Izwan Sahat (jersi no. 2) dan Muhamad Mohd. Zul Aqil Iqram Mohd. Sah (jersi no. 3).

    Manakala Pestans D yang berjersi merah diwakili oleh Muhd. Firdaus Ismail (jersi no. 4), Noor Adzraf Hakimi Suleiman (jersi no. 3) dan Amir Nor Shahrin Shamsul Bahrin (jersi no. 2).


  • SEREMBAN 4 Okt. 2015 - Temubual dengan juara Kategori Muda (Bawah 12 tahun) Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2015, Pestans A selepas final yang diadakan di pusat beli belah Palm Mall di sini hari ini. - UTUSAN/ANUAR MANSOR

  • Pestans A jinakkan Pestans D untuk muncul juara
    Oleh NURULANUAR MANSOR
    anuar.mansor@utusan.com.my


    SEREMBAN 4 Okt. - Kelebihan memahami taktik dan strategi lawan menjadi senjata utama bagi regu Pestans A menjinakkan lawan mereka Pestans D dan muncul juara bagi Kategori Muda (Bawah 12 tahun) Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan yang berlangsung di sini hari ini.

    Kedua-dua regu daripada pasukan yang sama itu saling memberikan saingan hebat yang mana Pestans D berjaya menggerunkan lawannya apabila menang set pertama 15-11.

    Bagaimanapun, Pestans A yang telah membaca dan memahami pergerakan Pestans D bangkit untuk mengungguli set kedua dan ketiga perlawanan. - UTUSAN ONLINE

  • Perlawanan akhir bagi Kategori Terbuka Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2015 antara UPM C (berjersi kelabu ungu) dan PKNS A (jersi merah jambu berlangsung pada pukul 4 petang tadi.

    Perlawanan ini merupakan saingan terakhir bagi kategori Terbuka yang merupakan perlawanan terakhir hari ini kini menyusul.

    Pasukan PKNS diwakili oleh Ahmad Aizat Mohd Nor Azmi (jersi no. 10), Muhamad Hafiz Izudin (jersi no. 1) dan Herfendy Latiff (jersi no. 3).

    Manakala UPM C diwakili oleh Ahmad Ezzat Mohd. Zaki (jersi no. 16), Muhamad Kamal Ishak (jersi no. 4) dan Shohibul Fadilah (jersi no. 3).

  • Perlawanan sengit antara dua gergasi kejohanan ini amat mengujakan apabila kedua-duanya saling berbalas libas dan servis tajam.

  • Dek kekalahan pada set pertama 15-12, UPM C bangkit garang pada set kedua sehingga berjaya memenangi set berkenaan 15-13.

  • Namun, servis-servis tajam PKNS A dan kesilapan-kesilapan pertahanan yang dilakukan oleh UPM C dalam set penentuan telah mengakibatkan pasukan itu tewas 12-15.

  • Final Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan sengit
    Oleh NURULANUAR MANSOR
    anuar.mansor@utusan.co.my


    SEREMBAN 4 Okt. - Pertembungan antara PKNS A dan UPM C berlangsung dengan sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas libasan dan servis tajam bagi menguasai perlawanan akhir Kategori Terbuka Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2015 yang baharu berakhir sebentar tadi.

    Bagaimanapun, pasukan PKNS A yang diwakili oleh tekong negara, Ahmad Aizat Mohd Nor Azmi dan Muhamad Hafiz Izudin serta Herfendy Latiff jelas lebih hebat apabila mereka berjaya mengheret perlawanan ke set penentuan seterus menjuarai persaingan 15-12, 13-15 dan 15-12.

    Persaingan akhir itu merupakan sebuah perlawanan epik kerana Aizat bertembung dengan gurunya sendiri iaitu bekas tekong negara merangkap penolong jurulatih pasukan sepak takraw negara, Ahmad Ezzat Mohd. Zaki. - UTUSAN ONLINE

  • SEREMBAN 4 Okt. 2015 - Temubual dengan juara Kategori Terbuka Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2015, PKNS A selepas final yang diadakan di pusat beli belah Palm Mall di sini hari ini. - UTUSAN/ANUAR MANSOR

  • (Pasukan UPM C)

    Majlis penyampaian hadiah untuk pasukan-pasukan yang bertanding pada keempat-empat perlawanan akhir yang diadakan hari ini.

  • MBOR anggap Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2015 terbaik
    Oleh NURULANUAR MANSOR

    SEREMBAN 4 Okt. - Prestasi cemerlang serta penyertaan yang meningkat setiap tahun sejak dianjurkan pada 2010, dan paling banyak pada edisi 2015 menjadikan Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan layak diiktiraf sebagai yang terbaik berbanding pertandingan-pertandingan yang sama dianjurkan di negara ini.

    Pengiktirafan tersebut dinyatakan sendiri oleh Pengurus Besar Malaysia Book Of Record (MBOR) , Helilia Juana Hashim ketika beliau menyampaikan sijil bertaraf nasional itu kepada Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad, Datuk Othman Mohamad selepas perlawanan akhir kejohanan berkenaan yang diadakan di pusat beli belah Palm Mall di sini hari ini.

    Helilia Juana menambah, MBOR juga melihat pengiktirafan itu juga sebagai menghargai jasa Utusan Malaysia dalam memperjuang serta menyemarakkan arena sukan sepak takraw.

    "Kejohanan ini juga dapat membantu mencungkil bakat-bakat baharu untuk bersaing bagi mnjadikan sukan sepak takraw Malaysia lebih mantap dan berdaya saing," katanya kepada Utusan Malaysia.

    Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negeri Sembilan, Datuk Zaifulbahri Idris; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak; Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd. Noor; dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan QSR Brands (M) Holdings Sdn. Bhd., Abdul Majeed K. Kunheen.

    Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2015 mendapat pengiktirafan selepas berjaya menghimpun 1,200 pemain sepak takraw yang berbakat dari seluruh negara yang berlangsung selama empat hari bermula 1 Oktober, lalu. - UTUSAN ONLINE

    by ANUAR MANSOR edited by UTUSAN ONLINE 10/4/2015 10:37:23 AM
Powered by ScribbleLive Content Marketing Software Platform