Tragedi kehilangan pesawat MAS MH370
Laporan perkembangan tragedi kehilangan pesawat MAS penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, China sejak 8 Mac 2014. Isyarat terakhir dikesan di selatan Lautan Hindi. Kerja-kerja mencari masih diteruskan dengan kerjasama kerajaan Australia.
-
MAS nafi khabar angin khidmat ke Frankfurt dihentikan
BERLIN 10 Mac - Pengarah Malaysia Airlines (MAS) berpangkalan di Frankfurt, David Raj menafikan khabar angin bahawa MAS tidak akan meneruskan khidmat penerbangan lima kali seminggu ke Frankfurt, sambil menyatakan bahawa khabar angin itu sebagai tidak berasas dan tidak benar.
Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
Keluarga penumpang dari China tiba di KLIA
SEPANG 10 Mac - Keluarga penumpang pesawat MH370 warga China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Beijing, sekitar pukul 8 pagi ini.
Walau bagaimanapun, usaha petugas media untuk menemui keluarga berkenaan tidak berjaya kerana mereka di bawa keluar mengikut laluan khas.
Artikel Penuh: www.utusan.com.my
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
Media mendengar sidang akbar terkini situasi MH370 di lobi Hotel The Everly.
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
-
-
by LailiLala via twitter 3/10/2014 4:16:45 AM
-
Agong, Raja Permaisuri zahir rasa prihatin, simpati
KUALA LUMPUR 10 Mac - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah menzahirkan rasa prihatin terhadap insiden pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) yang dilaporkan hilang dalam perjalanan ke Beijing, Sabtu lalu.
Seri Paduka berdua turut melahirkan rasa simpati kepada penumpang-penumpang dan anak kapal pesawat tersebut serta ahli keluarga mereka.
Artikel Penuh:© Utusan Melayu (M) BhdAgong, Raja Permaisuri zahir rasa prihatin, simpati
Utusan Online
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
Sidang media dimulakan dengan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman memaklumkan bahawa pihak berkuasa telah mencari di kawasan seluas 50 batu nautika untuk MH370.
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
Tiada petanda baharu kehilangan MH370
SEPANG 10 Mac - Tiada petanda baharu mengenai kehilangan pesawat MH370 ditemui setakat tengah hari ini.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, usaha mengesan di Laut China Selatan dan Selat Melaka gagal menemui sebarang serpihan pesawat.
Artikel Penuh:© Utusan Melayu (M) BhdTiada petanda baharu kehilangan MH370
Utusan Online
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
-
Setelah pencarian selama lebij 60 jam masih belum terdapat tanda-tanda pesawat MH370 ditemui.
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
-
Serpihan yang ditemui oleh pihak Vietnam semalam bukan milik pesawat malang terbabit dan ini telah disahkan setelah pihak DCA menghubungi dan berbincang dengan kerajaan Vietnam.
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
Begitu juga dengan sampel minyak yang ditemui di kawasan perairan di mana pesawat tersebut dipercayai hilang.
Ketika ini sampel bahan berkenaan masih lagi sedang dianalisa oleh pihak Agensi Perkhidmatan Maritim Malaysia.
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
MH370 misteri yang tidak pernah berlaku - DCA
SEPANG 10 Mac - Pihak berkuasa mengibaratkan kehilangan pesawat MH370 sebagai misteri yang tidak pernah berlaku.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat unsur pengganas.
Artikel Penuh:© Utusan Melayu (M) BhdMH370 misteri yang tidak pernah berlaku-DCA
Utusan Online
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
Setakat ini masih belum dapat dipastikan bahawa sampel berkenaan ada kaitan dengan pesawat MH370 tersebut.
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
Masih belum ada petunjuk kukuh nasib MH370
Oleh NURULANUAR MANSOR
SEPANG 10 Mac - Pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini memaklumkan masih tiada petunjuk kukuh mengenai nasib pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang selepas terputus hubungan pada awal pagi Sabtu lepas.
Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, serpihan yang ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Vietnam di lokasi yang didakwa tempat pesawat tersebut hilang telah dipastikan bukan milik pesawat berkenaan.
Kesimpulan itu diputuskan selepas pihaknya mendapati selepas menghubungi dan berbincang dengan kerajaan Vietnam.
Mengenai tompokan minyak yang ditemui pula, Azharuddin memaklumkan bahawa sampel bahan itu masih lagi sedang dikaji oleh pihak berkuasa.
"Kami juga sedang menuggu petunjuk dan keputusan kajian dan akan memaklumkan kepada anda semua sebaik sahaja semua itu diperoleh," kata beliau dalam sidang akhbar pertama mengenai insiden kehilangan pesawat tersebut di sini hari inii. - UTUSAN ONLINE
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
MH370: The Everly terus jadi tumpuan keluarga waris, media
Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA
PUTRAJAYA 10 Mac.- Hotel The Everly di sini terus menjadi tumpuan media apabila sebilangan besar keluarga penumpang MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu ditempatkan di hotel ini sejak Sabtu lalu.
Waris keluarga ditempatkan di hotel ini bagi memudahkan perjalanan mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selain bagi memberi taklimat dan perkembangan terkini kepada mereka.
Dari pemerhatian krew Utusan Online, pihak media hanya dibenarkan berlegar di lobi hotel sementara keluarga waris penumpang MH370 di kawal ketat oleh pegawai-pegawai bantuan daripada Penerbangan Malaysia Berhad (MAS).
Media sukar untuk mendekati keluarga waris kerana kawalan ketat berkenaan.
Sementara itu, Salamat Omar, 60, ayah kepada salah seorang penumpang, Mohd Khairul Amri, 29 berkata, waris kini bersedia untuk menerima apa-apa juga berita.
"Kita telah pun reda. Keluarga juga disalurkan dengan maklumat terkini membuatkan kita tidak tertanya-tanya.
"Isteri Khairul, Erni Mustafa yang pada awalnya juga terkejut serta trauma ketika mendengar berita kehilangan ini telahpun pulih," kata Salamat.
Salamat berkata, kesemua keluarga Khairul dan Erni kini berada di The Every.
Khairul yang mempunyai seroang anak berumur setahun setengah merupakan seorang jurutera dan seringkali keluar negara untuk bertugas.
Difahamkan sekumpulan pasukan kesihatan turut ditempatkan di The di sini untuk menangani kes-kes trauma dalam kalangan waris dan keluarga penumpang pesawat MH370.
Sebanyak 25 petugas kesihatan termasuk doktor dan jururawat bertugas secara giliran dengan setiap kumpulan dianggotai lima orang yang bertugas selama
Sementara itu Perbadanan Putrajaya (PPj) turut menyediakan kemudahan pengangkutan kepada ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 .
Presidennya, Tan Sri Aseh Che Mat berkata, kemudahan tersebut akan disediakan kepada keluarga yang berulang alik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Hotel Everly di sini.
Dalam pada itu, sumber menyatakan keluarga dan waris penumpang daripada China yang tiba di KLIA hari ini akan turut ditempatkan di hotel The Everly ini.
Sehingga 12.30 tengah hari tadi kelibat keluarga waris penumpang daripada China masih belum kelihatan di hotel ini. - UTUSAN ONLINE
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
Nantikan video temu ramah dengan ayah Mohd. Khairul Amri, Selamat Omar, di Utusan Online.
Khairul Amri merupakan salah seorang daripada penumpang pesawat MH370 yang masih diklasifikasi sebagai hilang.
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
by ili_helena via twitter 3/10/2014 5:07:41 AM
-
Tompokan minyak belum dapat disahkan milik MH370
SEPANG 10 Mac - Kesan tompokan minyak yang ditemui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kira-kira 36 kilometer dari lokasi pesawat MH370 dilaporkan hilang masih belum dapat dipastikan.
Artikel Penuh:© Utusan Melayu (M) BhdTompokan minyak belum dapat disahkan milik MH370
Utusan Online
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
Azharuddin menambah, mengenai dua penumpang yang menggunakan passport curi yang dilaporkan, pihak berkuasa masih lagi menyiasat identiti sebenar mereka.
Dalam masa sama, pihaknya tidak akan mengesahkan mahupun menafikan laporan yang mengatakan bahawa kedua-dua individu berkenaan mempunyai raut wajah asia.
Ini kerana, jelas beliau, sebarang pendedahan menganai perkara itu yang dibuat oleh pihak DCA dibimbangan akan mengganggu kelicinan siasatan pihak Kementerian Dala Negeri (KDN).
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
PUTRAJAYA 10 Mac.- Salamat Omar, 60, bapa kepada salah sorang penumpang, Mohd. Khairul Amri, 29 membaca akhbar Kosmo. Beliau dan keluarga termasuk isteri Khairul, Erni Mustafa tinggal di Hotel The Everly Putrajaya sejak Sabtu. - UTUSAN ONLINE
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
Kami menadah tangan memohon padaMU Ya Allah agar hari ini KAU tunjukkanlah dimana MH370 berada.
Hanya KAU saja Yang MAHA MENGETAHUI DAN MAHA PENYAYANG. #PrayForMH370 #DoauntukMH370 #doa #kehilanganby Nur Misnan a.k.a Kak Nora via Instagram 3/10/2014 5:13:43 AM -
by Aizad Roslan via twitter 3/10/2014 5:17:58 AM
-
by Rakan Muda Official via twitter 3/10/2014 5:18:01 AM
-
Azharuddin turut menyentuh mengenai dakwaan kononnya pesawat MH370 tersebut dirampas.
Jelas beliau, walaupun pihaknya tidak menolak kemungkinan tersebut, mereka juga tidak boleh mengiyakannya selagi mana pesawat berkenaan atau bangkainya tidak ditemui.
DCA juga pada ketika ini melihat semua aspek dan kemungkinan yang berkaitan dengan insiden ini secara menyeluruh.
Beliau dalam masa sama turut memaklumkan bahawa pasukan teknikal Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Britain (NTSB) telah tiba ke Malaysia pagi tadi.
Pihak DCA akan bertemu mereka selepas ini untuk membincangkan bagaimana pihak mereka boleh membantu dalam pencarian ini.
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
Mengenai para keluarga penumpang warga China, Azharuddin memberitahu bahawa pihak MAS akan membawa lima ahli keluarga setiap penumpang yang terlibat yang mana dua daripada mereka akan diterbangkan serta-merta ke Malaysia.
Menjawab soalan mengenai tahap keselamatan di KLIA pula, Azharuddin memaklumkan bahawa penjagaan keselamatan di KLIA telah diadakan mengikut piawaian global serta telah diaudit secara berkala.
Oleh itu, jelas beliau, tidak wajar untuk menuduh tahap keselamatan di KLIA rendah.
Sidang media ini ditamatkan selepas Azharuddin memaklumkan perkara berkenaan.
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
-
Si anak menanti ibubapanya
Si ibu menanti anaknya
Si suami menanti isterinya
Si isteri menanti suaminya
Tunjukkanlah Ya Allah. Sang burung besi. Pulanglah. Kami menanti.
#PrayForMH370 #MH370 #MalaysiaAirlines #Love #DoaUntukMH370by Wafflicious via Instagram edited by UTUSAN ONLINE 3/10/2014 5:36:52 AM -
Majlis bacaan yassin dan solat hajat serentak di semua surau TM seluruh malaysia pd waktu zohor.. #doauntukmh370 #PrayForMH370 semoga semuanya selamat.. amin
by absyabesh via Instagram edited by UTUSAN ONLINE 3/10/2014 5:36:56 AM -
乖 今天就回家了 好嗎?
by W A I W A I via Instagram 3/10/2014 6:16:13 AM -
Doa untuk kesemua 239 penumpang termasuk 12 anak kapal pesawat MAS MH370.
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba melawat waris mangsa di Hotel Everly.
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
Serpihan didakwa pintu pesawat adalah seikat kayu
SEPANG 10 Mac - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memberitahu, objek didakwa serpihan pintu pesawat yang dikesan pasukan mencari dan menyelamat Vietnam, adalah seikat kayu yang kelihatan seperti tukun tiruan.
Artikel Penuh:© Utusan Melayu (M) BhdSerpihan didakwa pintu pesawat adalah seikat kayu
Utusan Online
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
Sementara itu saya menerima maklumat bahawa waris dari negara China yang tiba pagi tadi ditempatkan di Hotel Marriot, Putrajaya.
Saya sedang cuba untuk mengesahkan maklumat ini.
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengarahkan 1,788 nelayan laut dalam di Pantai Timur dan Barat untuk membantu pihak berkuasa dalam mengesan pesawat MH370 yang masih hilang. - Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
-
-
MAS bawa lima ahli keluarga penumpang dari China
SEPANG 10 Mac - Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya berkata, pihaknya akan membawa lima orang ahli keluarga terdekat bagi setiap penumpang pesawat MH370 dari China ke Kuala Lumpur.
Beliau berkata, dua orang ahli keluarga itu akan dihantar terlebih dahulu manakala, selebihnya kemudian.
Artikel Penuh:© Utusan Melayu (M) BhdMAS bawa lima ahli keluarga penumpang dari China
Utusan Online
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
China bantu kenal pasti penumpang dengan pasport palsu
SEPANG 10 Mac - China akan membantu Malaysia untuk mengenal pasti identiti dua pemegang pasport palsu yang menaiki pesawat MH370 yang hilang di Laut China Selatan, kelmarin.
Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
Tiada bukti kehilangan pesawat berkait dengan kumpulan dari China
SEPANG 10 Mac - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada bukti kukuh menunjukkan kehilangan pesawat MH370 mempunyai kaitan dengan kumpulan Chinese Matyrs Brigade.
Kumpulan tidak dikenali itu sebelum ini dilaporkan menghantar kenyataan kepada media China mengakui bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat tersebut.
Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
Menurut Hishamuddin, dalam perbincangan dengan delegasi dari China itu, kedua-dua pihak telah sepakat untuk mengadakan kerjasama erat dalam tiga perkara.
Pertama, dalam soal misi mencari dan menyelamat; kedua, dalam soal pengurusan keluarga penumpang yang terlibat; dan ketiga dalam siasatan penumpang yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat malang itu.
Pesawat MAS terputus hubungan @ Utusan Live -
by sani ismail via twitter 3/10/2014 9:22:01 AM
-
by fahriee via twitter 3/10/2014 9:22:31 AM