Utusan Business Awards 2015, 1 Mac 2016
Jumaat 9 Disember 2016 / 10 Rabiul Awal 1438

Utusan Business Awards 2015, 1 Mac 2016

Aktiviti syarikat dan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dianjurkan oleh Kumpulan Utusan sepanjang tahun 2016

  • Anugerah Khas: Tokoh Negarawan Ulung.

    Diberikan kepada Perdana Menteri ke-2, Tun Abdul Razak.

    Anugerah disampaikan kepada isteri Allahyarham Tun Abdul Razak iaitu Tun Rahah Mohd. Noah.
  • Anugerah Kecemerlangan Industri Pengangkutan:
    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Azmi Abdul Aziz.

  • Anugerah Kecemerlangan Latihan dan Pembangunan:
    Ketua Pegawai Eksekutif Human Resource Development Fund, Datuk CM Vinaesvaran a/l Jeyandran.

  • Anugerah Kecemerlangan Industri Telekomunikasi:
    Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telecom Malaysia Berhad, Tan Sri Zamzamzairani Mohd. Isa.

  • Anugerah Kecemerlangan Indusri Teknologi:
    Ketua Pegawai Eksekutif Technology Park Malaysia, Datuk Ir. Mohd. Azman Shahidin.

  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat:
    Pengerusi Westports Malaysia Sdn. Bhd., Tan Sri G. Gnanaligam.

  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat:
    Pengasas dan Presiden Limkokwing University of Creative Technology, Tan Sri Dr. Lim Kok Wing.

  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat:
    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, PermodalanNasional Berhad, Tan Sri Kama Piah Che Othman.

  • Anugerah Khas: Tokoh Negarawan Ulung.

    Diberikan kepada Perdana Menteri ke-2, Tun Abdul Razak.

    Anugerah disampaikan kepada isteri Allahyarham Tun Abdul Razak iaitu Tun Rahah Mohd. Noah.

  • 19 syarikat peneraju industri terima Anugerah Kecemerlangan Industri UBA 2015
    Oleh ANUAR MANSOR

    KUALA LUMPUR 1 Mac - Peganjuran edisi sulung Utusan Business Awards (UBA) 2015 yang diadakan di sini hari ini telah menyaksikan sejumlah 19 buah syarikat daripada pelbagai industri menjadi penerima pertama acara yang objektifnya untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang cemerlang di dalam negara ini.

    Syarikat-syarikat berkenaan dipilih berdasarkan rekod cemerlang dan mempunyai pengalaman luas
    dalam pelbagai sektor seperti automotif, perbankan dan kewangan, bioteknologi, sekuriti siber, pembinaan, hospitaliti, minyak dan gas, perkhidmatan landskap, telekomunikasi, pembangunan hartanah, pendidikan swasta, pengangkutan dan lain-lain.

    Trofi bagi para penerima anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Penaung UBA 2015, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam majlis yang turut dihadiri Pengerusi Kumpulan Utusan, Datuk Fatmi Che Salleh; Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Noordin Abbas; dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak.

    Berikut adalah senarai penerima Anugerah Kecemerlangan Industri UBA 2015. -

    1. Anugerah Kecemerlangan Industri Pengangkutan:
    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Azmi Abdul Aziz.

    2. Anugerah Kecemerlangan Latihan dan Pembangunan:
    Ketua Pegawai Eksekutif Human Resource Development Fund, Datuk CM Vinaesvaran a/l Jeyandran.

    3. Anugerah Kecemerlangan Industri Telekomunikasi:
    Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telecom Malaysia Berhad, Tan Sri Zamzamzairani Mohd. Isa.

    4. Anugerah Kecemerlangan Indusri Teknologi:
    Ketua Pegawai Eksekutif Technology Park Malaysia, Datuk Ir. Mohd. Azman Shahidin.

    5. Anugerah Kecemerlangan Industri Hiburan Sukan:
    Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit Sdn. Bhd., Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali.

    6. Anugerah Kecemerlangan Industri Pembangunan Hartanah:
    Pengarah Urusan Kumpulan I&P Group Sdn. Bhd., Datuk Ir. Jamaludin Osman.

    7. Anugerah Kecemerlangan Indusri Pendidikan Swasta:
    Pengarah Urusan Brickfiels Asia Collage, Raja Singham.

    8. Anugerah Kecemerlangan Industri Minyak dan Gas:
    Naib Presiden Asia Pasific Region Halliburton, Roa Abdullah.

    9. Anugerah Kecemerlangan Industri Perkhidmatan Landskap:
    Pengarah Urusan Satar Landcaping Sdn. Bhd, Datuk Seri Abdul Satar Khan.

    10. Anugerah Kecemerlangan Industri Insuran:
    Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Life Assurance (M) Berhad, Datuk Koh Yaw Hui.

    11. Anugerah Kecemerlangan Industri Penjagaan Kesihatan:
    Pengarah Urusan Kumpulan, Chemical Company of Malaysia Berhad, Leonard Ariff Abdul Shatar.

    12. Anugerah Kecemerlangan Industri Hospitaliti:
    Pemangku Pengerusi dan Pengarah Eksekutif, MK Land Holdings Berhad, Felina Mustapha Kamal.

    13. Anugerah Kecemerlangan Industri Keselamatan Cyber:
    Ketua Pegawai Eksekutif AKATI Consulting (M) Sdn. Bhd., Krishna Rajagopal.

    14. Anugerah Kecemerlangan Industri Kejuruteraan, TNB Repair and Maintenance Sdn. Bhd., Anuar Yusoff.

    15. Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan:
    Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad, Datuk Soam Heng Choon.

    16. Anugerah Kecemerlangan Industri dalam Tanggungjawab Sosial Korporat, Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

    17. Anugerah Kecemerlangan Industri Automotif:
    Pengerusi Eksekutif Ingress Auto Sdn. Bhd., Datuk Dr. Rameli Musa.

    18. Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan:
    Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad, Datuk Soam Heng Choon.

    19. Anugerah Kecemerlangan Industri Automotif:
    Pengerusi Eksekutif Ingress Auto Sdn. Bhd., Datuk Dr. Rameli Musa. - UTUSAN ONLINE
    by ANUAR MANSOR edited by UTUSAN ONLINE 3/1/2016 11:48:31 AM
  • Personaliti dan institusi perniagaan diiktiraf UBA 2105

    KUALA LUMPUR 1 Mac - Antara matlamat penganjuran sulung Utusan Business Awards (UBA) 2015 adalah untuk memberi pengiktrafan kepada kejayaan personaliti dan institusi perniagaan dalam industri masing-masing.

    Pengiktirafan ini dirasakan penting untuk memangkin kejayaan masa hadapan mereka yang terlibat dan dapat menjadi contoh kepada pemain serta institusi perniagaan lain seterusnya mewujudkan persekitaran perniagaan yang positif di dalam negara.

    Justeru, UBA 2015 telah mengadakan kategori Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan bagi memberi pengiktirafan kepada masing-masing sembilan dan dua personaliti serta institusi perniagaan tempatan.

    Anugerah bagi Kategori Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan pada acara sulung majlis ini telah disampaikan oleh oleh Penaung DUBA 2015, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah keoada para penerima yang berikut.

    1. Anugerah Syarikat Konglomerat Tahun Ini:
    Pengarah Urusan Kumpulan, DRB-Hicom Berhad, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil.

    2. Anugerah Jenama Tahun Ini:
    Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd., Datuk Ir. Zainudin A. Kadir.

    3. Anugerah Usahawan Wanita Meningkat Naik:
    Pengarah Urusan Megapadu Sdn. Bhd., Datuk Normaziah Sheik Mohamed.

    4. Anugerah Usahawan Bumiputera Tahun Ini:
    Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sedania Corporation Sdn. Bhd., Datuk Azrin Mohd. Noor.

    5. Anugerah Personaliti Tahun Ini:
    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, MSM Malaysia Holdings Berhad, Datuk Sheikh Awab Sheikh Abod.

    6. Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Berwawasan:
    Ketua Pegawai Eksekutif, Masterplan Consulting Sdn. Bhd, Datuk Ahmad Faris Abdul Halim

    7. Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Wanita:
    Pengarah Urusan Pharmaniaga Berhad, Datuk Farshila Emran.

    8. Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif:
    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Axiata Berhad, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim.

    9. Anugerah Keusahawanan:
    Pengarah Urusan Jakel Group, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel.

    10. Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Axiata Berhad, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim.

    11. Anugerah Ikon Perniagaan:
    Pengarah Urusan Kumpulan, Malaysia Resources Corporation Berhad, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din. - UTUSAN ONLINE

  • Jasa Tun Razak terus dikenang dalam UBA 2105

    KUALA LUMPUR 1 Mac - Tanpa buah fikiran bernas dan jasa yang ditaburkan oleh Bapa Pembangunan Malaysia iaitu Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, negara ini tidak akan dapat mengecap nikmat kemajuan yang dirasai sekarang.

    Sehubungan itu, bagi mengenang sumbangan besar beliau, acara sulung Utusan Business Awards (UBA) 2015 telah mengadakan Anugerah Khas: Tokoh Negarawan Ulung bagi memperingati dan menghargai jasa beliau yang turut telah menyediakan asas bagi persekitaran perniagaan yang kondusif untuk negara.

    Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Penaung UBA 2015 iaitu Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin kepada isteri Allahyarham, Tun Rahah Mohd. Noah dalam acara yang pertama kalinya diadakan ini di sini hari ini.

    UBA 2015 turut memberi pengiktirafan keoada jasa dan pencapaian tiga lagi tokoh perniagaan yang telah banyak memberi sumbangan kepada negara di dalam industri masing-masing.

    Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat berkenaan telah disampaikan oleh Sultan Nazrin dalam majlis yang sama kepada tokoh-tokoh yang berikut -

    1. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, PermodalanNasional Berhad, Tan Sri Kama Piah Che Othman.

    2. Pengasas dan Presiden Limkokwing University of Creative Technology, Tan Sri Dr. Lim Kok Wing.

    3. Pengerusi Westports Malaysia Sdn. Bhd., Tan Sri G. Gnanaligam. - UTUSAN ONLINE
  • Sultan Nazrin selar bijak pandai Melayu kaya biarkan Utusan Melayu terkubur
    Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

    KUALA LUMPUR 1 Mac - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini menyelar golongan Melayu yang berjaya hasil perjuangan akhbar Utusan Melayu bertulisan jawi tetapi tidak tampil menyelamatkan warisan bangsa itu daripada terkubur.

    Baginda bertitah apa yang lebih menghibakan ialah akhbar yang diterbitkan pada 29 Mei 1939 dan telah banyak memperjuangkan suara bangsa itu ditamatkan penerbitan bukan ketika waktu negara dijajah tetapi pada waktu negara telah merdeka.

    Titah baginda, lebih memilukan akhbar tulisan jawi itu ditamatkan ketika orang Melayu masih memiliki kuasa politik dan pada waktu anak-anak Melayu yang terpelajar masih diberikan amanah menerajui pelbagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berjaya.

    "Ketika menghadapi hari-hari terakhir hayatnya, Beta disembah maklumkan Utusan Melayu ketika memohon dan merayu untuk mendapatkan sokongan, telah dilayani bagaikan pengemis jalanan oleh cerdik pandai Melayu yang menjadi kapten pelbagai konglomerat, industri dan syarikat perniagaan.

    "Yang tidak langsung menunjukkan semangat mahu membantu, memberikan talian hayat untuk penerusan satu warisan bangsa yang amat berharga. Malah akhbar bertulisan Jawi itu, diperlekeh kerana dianggap tidak ada nilai komersial," tidak Sultan Nazrin.

    Sultan Nazrin menyifatkan penamatan penerbitan akhbar bertulisan jawi, Utusan Melayu merupakan manifestasi lemah jati diri bangsa Melayu untuk mempertahan warisan bangsa.

    Sultan Nazrin bertitah, penamatan penerbitan akhbar sulung Kumpulan Utusan itu menunjukkan betapa tipisnya semangat nasionalisme yang mengalir dalam darah bangsa.

    "Huruf dan tulisan jawi, bersumberkan huruf yang terkandung di dalam kitab al-Quran, huruf dan tulisan jawi telah lama berakar di bumi ini, dan merupakan sebahagian daripada budaya dan identiti bahasa Melayu.

    "Nasib malang akhbar Utusan Melayu yang berakhir di liang lahad, adalah manifestasi yang membuktikan betapa lemahnya semangat jati diri Melayu untuk mempertahan warisan bangsa," titah Sultan Nazrin.

    Sultan Nazrin bertitah pada majlis Utusan Business Awards 2015 yang julung-julung kali diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pagi tadi.

    Dalam titah baginda, Sultan Nazrin mengingatkan hadirin akan jasa Utusan Melayu dalam memperjuang nasib bangsa dan negara.

    "Begitu mudah bangsa melupakan jasa dan perjuangan sebuah institusi bersejarah, betapa mudahnya sikap kacang lupakan kulit berlaku hanya selepas lima puluh tahun negara mencapai kemerdekaan, di kalangan mereka yang sudah mendapat nikmat hasil daripada perjuangan akhbar Utusan Melayu.

    "Bangsa begitu cepat lupa, bahawa kejayaan sebahagian besar daripada mereka pada hari ini, menjadi kapten pelbagai konglomerat, industri dan syarikat perniagaan, telah dijaguhkan oleh suara perjuangan yang digemakan oleh akhbar bertulisan jawi itu," tegas Baginda. - UTUSAN ONLINE
    by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 3/1/2016 2:39:54 PM
  • Imej rasis Utusan dijaja kumpulan antikontrak sosial - Sultan Nazrin
    Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

    KUALA LUMPUR 1 Mac - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini bertitah, imej rasis yang dicalitkan terhadap Kumpulan Utusan dan Utusan Malaysia sengaja digembar -gemburkan oleh kumpulan yang mahu menghapuskan kontrak sosial yang telah dipersetujui ketika Malaysia merdeka.

    Dalam titah pada majlis Utusan Business Awards 2015 pagi tadi, Sultan Nazrin menegaskan, kumpulan tersebut mempunyai agenda terancang dan semakin vokal mempersoal status pribumi di Malaysia

    "Kumpulan Utusan dan akhbar utama penerbitannya Utusan Malaysia kini semakin dijenamakan sebagai rasis; sengaja digembar-gemburkan oleh kalangan yang tidak senang.

    "Dan oleh kalangan yang mempunyai agenda terancang mahu menghapuskan persetujuan kontrak sosial yang telah dicapai oleh pendukung-pendukung utama ketika memformulasikan dasar-dasar utama untuk membentuk sebuah negara merdeka," titah Baginda.

    Sultan Nazrin bertitah, kumpulan yang menyasarkan Kumpulan Utusan itu turut melakukan pelbagai aktiviti subversif bagi mencapai tujuan.

    "Mereka semakin vokal mempersoal status pribumi negara ini dan turut melakukan pelbagai aktiviti subversif mahu menghapuskan kedudukan istimewa pribumi yang sedia termaktub dalam Perlembagaan Negara.

    "Mereka sebenarnya sedang menjolok sarang tebuan; mereka sedang menghasut warga untuk bermain api," titah Sultan Nazrin.

    Sultan Nazrin bertitah, kelantangan Utusan menyuarakan isu-isu berkaitan Melayu selama hari ini bukan perkara baru.

    "Kelantangan tersebut adalah satu penerusan dasar yang menjadi asas pegangan sejak penubuhannya.

    "Peranan tersebut tidak bermakna dan sama sekali tidak boleh disimpulkan bahawa Utusan bersikap memusuhi dan membenci kaum-kaum lain," titah Sultan Nazrin.

    Sultan Nazrin memberi contoh tulisan Datuk Zaini Hassan membela Melissa Gooi yang dilaporkan, ditahan oleh pihak keselamatan untuk membantu siasatan kerana dikatakan menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Ppertuan Agong di dalam akaun Facebook.

    "Episod Melissa Gooi dan pembelaan Utusan Malaysia, meningkatkan keyakinan beta bahawa majoriti rakyat di negara ini tidak bersifat rasis; di sebaliknya mereka adalah insan-insan berjiwa rasional - berfikiran waras.

    "Apa jua jenama negatif yang dilabelkan terhadap Utusan Malaysia, akhbar tersebut tidak melakukan diskriminasi untuk tidak menyiarkan rencana yang bernada membela situasi seorang anak gadis keturunan Cina," titah baginda. - UTUSAN ONLINE
    by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 3/1/2016 2:39:57 PM
  • by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 3/1/2016 2:39:59 PM
  • Kumpulan Utusan terus ⁰dukung wawasan negara ttp://bit.ly/1L33VqF #BeritaMalaysia #UtusanMalaysia UBA2015 http://pbs.twimg.com/media/CcfCa5tWIAAm6-S.jpg

  • Video rakaman ucapan Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas pada majlis Utusan Business Awards
    >> www.utusan.com.my

  • Video rakaman ucapan penuh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pada majlis penganugerahan Utusan Business Awards 2015
    >> www.utusan.com.my

  • Video rakaman penuh Majlis Penganugerahan Utusan Business Awards 2015
    >> www.utusan.com.my

Powered by ScribbleLive Content Marketing Software Platform