MUSA Yusof menandatangani plak perasmian Pengembar...
Jumaat 16 November 2018 / 7 Rabiul Awal 1440

From

Gaya Hidup: Warna-warna Kehidupan 2014

  • MUSA Yusof menandatangani plak perasmian Pengembaraan Selam Skuba Sarawak 2014 sambil diperhatikan oleh Salahuddin Mohd. Ariffin (kanan), Clement Lee (kiri) dan Pengarah Bahagian Pembangunan Industri, Tourism Malaysia, Hairi Mohd. Yakzan selepas majlis pelancarannya di Miri, semalam. – UTUSAN/MOHD. HAZLI HASSAN

    Agensi pelancongan perlu lebih kreatif dan inovatif hasilkan produk
    Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

    MIRI 1 Okt. – Agensi pelancongan di negara ini disaran untuk lebih kreatif dan inovatif dalam menyediakan pelbagai pakej pelancongan bertaraf dunia bagi memberi saingan kepada produk-produk pelancongan global yang lain.

    Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof berkata, ini berikutan di luar sana terdapat pelbagai banyak pakej pelancongan yang seakan-akan dengan apa yang ada di Malaysia malah ada yang lebih baik daripada yang agensi pelancongan tempatan tawarkan.

    Kata beliau, dalam membolehkan tawaran pelbagai pakej pelancongan di negara ini dilihat lebih menarik, agensi-agensi pelancongan perlulah memikirkan cara yang lebih kreatif serta inovatif untuk bersaing dengan mereka di peringkat global.

    “Malaysia mempunyai pelbagai lokasi hebat untuk diwujudkan pakej pelancongan menarik namun ia mestilah ditawarkan dengan cara yang lebih kreatif dan menarik.

    “Sebagai contoh, kita mempunyai lokasi terunggul selam skuba yang menyaksikan ramai pelancong luar datang ke Malaysia, namun untuk menarik lebih ramai pelancong hadir, ia perlu dipersembahkan dengan cara yang lebih kreatif.

    “Antara yang boleh difikirkan bagi pakej selam skuba ialah mewujudkan satu pakej gabungan mungkin dengan golf kerana saya percaya ramai yang berminat untuk melakukan kedua-dua aktiviti ini semasa percutian mereka,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam ucapan perasmian Program Pengembaraan Selam Skuba Sarawak (SAD 2014) anjuran Toursim Malaysia Sarawak di sini semalam yang turut dihadiri oleh Penasihat Sektor Selam Skuba Malaysia kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Clement Lee dan Pengarah Tourism Malaysia Sarawak, Salahuddin Mohd. Ariffin.

    Musa turut menambah, pendapatan yang dijana daripada aktiviti selam skuba di Malaysia pada tahun 2012 ialah RM500 juta dan ia merupakan peluang yang boleh digunakan agensi pelancongan untuk menawarkan lebih banyak pakej-pakej yang berdaya saing.

    “Bagi pihak Tourism Malaysia, kami sentiasa akan membantu sektor ini dengan melakukan pelbagai promosi di dalam dan luar negara namun pakej-pakej menarik perlukan diwujudkan oleh agensi pelancongan,” katanya.

    Mengulas mengenai selam skuba di Sarawak, Musa yakin dan percaya ia mampu berkembang seiring dengan kepesatan aktiviti berkenaan di Semananjung dan juga Sabah.
    “Kata orang, Sarawak dipinggirkan dalam peta selam skuba negara, namun bagi kami, ia merupakan permata yang disimpan dan sudah tiba masanya, Sarawak mula ‘dijual’ agar boleh menjana pendapatan selari dengan Sabah dan juga Semenanjung.

    “Di Miri sahaja, terdapat lebih daripada 40 buah lokasi selam skuba termasuk kapal karam peninggalan Perang Dunia Kedua (WWII), Atago Maru selain terumbu karangnya yang masih belum disentuh ekoran kurangnya kehadiran ramai penyelam skuba,” katanya. - UTUSAN ONLINE

View the full stream
Powered by ScribbleLive Content Marketing Software Platform